Monday, December 16, 2013

EduFest 2013



SEMALAM, Ahad, 15 Disember 2013, sepatutnya hari bercuti, tapi kami
ada tugas...ada tanggung jawab. Kami membuat rakaman
MCP yang diminta oleh pihak yang membuat
permohonan. Sebenarnya program 
tersebut bermula sejak
dari pagi. Namun kami cuma membuat
rakaman pada waktu petang sahaja. Jadi, kami bertugas sementara
orang lain bercuti.....




Program yang kami rakam ialah program EDUFEST. Ia merupakan sebuah forum
yang menampilkan penceramah ternama, motivator terkenal
dan penghibur muslimah yang dikenali....




Biasalah.....persiapan teknikal dibuat lebih awal iaitu lebih kurang jam 12.00 tengah hari.
Ia perlu dipasang awal untuk mengelakkan masalah. Hal berkaitan teknikal 
bukannya mudah. Dalam teori macam betul, bila dah pasang
mungkin berlaku sesuatu yang tidak dijangka, ia
bukan semudah menulis dikertas.
Jadi mana-mana pihak yang tak faham
berkaitan teknikal, rasanya lebih baik diam jer....biar pihak yang
lebih tahu menyelesaikannya....opstttt!




Forum yang kami rakam tersebut bertajuk 'REMAJA, AGEN PERUBAHAN MASYARAKAT'.
Agak menarik jugak forum tersebut. Nanti bila da selesai aku edit,
akan aku upload ke YouTube, bolehlah kalian
tonton dan moga ianya memberi
manfaat kepada semua....


Program rakaman tersebut selesai lebih kurang jam 5.00 petang. Walaupon begitu kami 
takleh 'log out' sebab 'server' bermasalah...server...oh....server.....
Di sini aku nak ucapkan
terima kasih kepada semua krew yang terlibat sama ada krew Unit Audi Video
serta juga krew yang datang membantu iaitu, sdr. SHAHRUL, RAMLI,
KAMARUL, HAJI IZAD, JASRIL, YUNUS MISDI, ISMA 
dan YAN....terima kasih sekali lagi.....

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria