Sunday, February 20, 2011

Rakaman TNEC Cooling System


Rakaman ketika waktu malam di tapak pembinaan





Sedang mencari 'shot', maklumlah gelapppp....
Hari ini, AHAD, 20 Februari 2011;
Kami diminta untuk membuat rakaman video TNEC Cooling System di Lingkungan Kedua UKM.


Tapak pembinaan Cooling Sstem.



Kami pergi ke tapak pembinaan tersebut lebih kurang jam 9.15 pagi. Tiba di sana kami terus memsang tripod dan menunggu lori-lori memulakan tugas menghantar dan mengisi concrete ke tapak pembinaan berkenaan.




Aku datang ke tapak pembinaan ini bersama krew iaitu sdr. Shahrul, Suraya dan Jasril. Tugas di tapak pembinaan hari ini ialah memasukkan concrete ke dalam tapak lantai bangunan.




Menurut kakitangan yang bertugas mengawas kerje berkenaan, kerja-kerja memasukkan concrete ini memakan masa yang agak panjang dan kemungkinan hing jam 12.00 malam. Ia mungkin memerlukan lebih kurang 80 buah lori untuk memenuhkan ruang tersebut.



Oleh yang demikian kami akan merakamkan kerja-kerja tersebut sehingga siap. Kami akan membuat rakaman dalam jam 9.30 pagi, 3.00 petang, 5.00 petang dan juga jam 9.00 malam.

Dengan merakamkan secara berjadual tersebut maka kami akan dapat merakamkan 'progress' kerja tersebut hingga selesai. Kami berharap akan dapat merakamkan semuanya serta berharap sepanjang tugas rakaman tersebut cuaca akan berterusan dalam keadaan yang baik....

















daudmontakzakaria

No comments: