Saturday, August 28, 2010

Imbas Kembali(flashback...)

Siannyer kete....
HARI ini, Sabtu, 29 Ogos 2010; Entah kenapa, aku teringat kembali kepada peristiwa kemalangan yang telah aku alami dalam bulan MAC / APRIL 2010 yang lalu. Ops! terlupa aku nak beritau 'entry' aku hari ini bukan merupakan hal berkaitan tugas harian aku...namun ia tidak lari daripada ungkapan....."Blog aku, cerita aku dan cerita rakan-rakan aku......."

Bulan MAC/APRIL 2010 yang lalu, tugas kami memang banyak termasuk melayani latihan amali pelajar PENGAJIAN MEDIA yang menggunakan STUDIO UKM hampir setiap malam untuk latihan menggunakan peralatan audio visual dalam STUDIO UKM yang dibawah kendalian kami.

Inilah keadaan bahagian atap.





Aku ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja jam lebih kurang hampir 7.00 ptg. untuk mengendalikan latihan peralatan untuk pelajar PENGAJIAN MEDIA. Tiba di satu selekoh yang agak tajam kereta yang dipandu tidak dapat dikawal(mungkin minyak atas jalan..). Waktu tu baru saja lepas hujan. Selepas kereta tak dapat dikawal, seketika kemudian...semuanya
gelap...langsung tak sedar. Hanya beberapa saat jer aku ingat sebelum terbabas dan langgar pokok. Kereta aku langgar pokok pun aku tak ingat langsung.

Pintu sebelah kanan teruk kerana terhentak ke batang pokok.

Beginilah keadaannyer...

Aku sedar apabila aku sudah berada di atas rumput, mungkin ada orang yang mengeluarkan aku drpd kenderaan aku tu. Apabila ambulan sampai, terus masuk untuk dibawa ke Hospital Kajang.
Aku sendiri yang bangun masuk ke dalam ambulan. Walau macam mana pun ketika itu aku dalam keadaan antara sedar dengan tidak, tak sempat nak memerhatikan kearah kenderaan aku, tak tau macam mana keadaannya. Hanya yang aku ingat ialah ada seseorang yang beri sehelai kain untuk menutup luka dikepala aku yang berdarah.

Aku cuma dapat mengetahui keadaan kereta aku setelah aku pergi ke bengkel untuk menguruskan tentang 'claim insurance'. Di bengkel tersebut aku 'snap' beberapa foto dan inilah antara foto yang aku paparkan di blog ni. Mekanik bengkel tu berkata, nasib aku baik sebab batang pokok tu tak kena bahagian pemandu iaitu tempat duduk aku, kalau tak tentu kepala aku cedera parah. Cedera aku taklah teruk sangat cuma luka dikepala disebabkan terkena cermin kereta aku yang pecah. Hanya satu malam aku berada di hospital.

Dengan mengalami kemalangan tersebut barulah aku mengerti,
1. kemalangan akan berlaku sekelip mata tanpa sempat untuk kita berfikir terlebih dulu,
2. selepas kemalangan kita takkan sedar langsung, malah sakit pun tiada, jika ajal kita dah sampai mungkin kita akan sedar bila dah di 'alam yang lain...'.
3. Sakit-sakit badan akan terasa bila kita dah keluar hospital. Seluruh badan akan rasa sakit, di sana sakit, di sini sakit dan hampir sebulan jugak aku menanggung kesakitan tersebut....tapi kereta aku pula sakit sampai sekarang.....JPJ "yang baik ati" pun belum luluskan lagi untuk pergi 'inspection' kat PUSPAKOM. Nak bawa jalan jauh, mungkin kereta aku tu dah tak selesa rasanya, maklumlah kemalangan tersebut melibatkan 'chasis'. Tak tau macam mana nak balik kampung RAYA ni...? Ntah lah...apa2 pun aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada pembaca dan pandulah dengan BERHATI-HATI...ewah! dah kene batang idung sendiri pandai pulak aku nasihatkan orang lain.....o.k....
daud montak zakaria...
29 Ogos 2010; 8.00 am

1 comment:

Hanisham Ab Halim said...

Setiap yang berlaku ada hikmah. Saya pernah mengalami kemalangan jalan raya. Kereta rosak teruk tapi syukur Alhamdulillah saya tak apa-apa. Kenikmatan yang sedikit kita ada ni bila-bila je Allah blh ambik balik tanpa ada warning2....