Minggu ini selepas balik daripada KOTA BHARU KELANTAN aku sibuk menyiapkan penyuntingan video Bengkel Foto d' Kelantan. Skrip sudah aku siapkan menunbggu untuk dibaca oleh pembaca. Buat sementara ni aku sempat siapkan video klip berkaitan bengkel di Kota Bharu tu dan sudah aku 'upload' kan ke YOUTUBE. Harap minggu depan aku dapat siapkan video yang mempunyai suara latar atau narrator tu. Buat masa ni tonton jer ler video clip tu, itu pun kalau sudi. Kalau tak sudi takpe ler.....
Sebenarnya aku membuat video fokus kepada perjalanan bengkel foto tersebut sementara sdr. SHAHRUL FADLI fokus kepada perkara yang berkaitan KOTA BHARU tersebut. Kami bercadang untuk hasilkan 2 penerbitan berkaitan KELANTAN....eh! rasenyer aku dah citer dalam entry aku yang lalu kan....takpe ler...anggaplah ini satu pengumuman ulangan jer....
daudmontakzakaria