Wednesday, August 30, 2017

Hari yang meletihkan jugak - minggu mesra mahasiswa 2017.

Hari Selasa, 29 Ogos 2017, kami keje dari pagi sampai malam. Letih jugak
rasanya tapi...SATU HARI je...ok lah kut...kannn......
Pagi sampai Studio UKM jam 7.15 pagi
lebih kurang. Pasang kamera 1, 2 dan 3. Pasang kebel
kamera kepada kamera. Sebenarnya sistem alatan dalam studio dah
dipasang awal sebelum pasang kamera. On kan semua kamera. Tak lama
kemudian sdr. SHAHRUL sampai dan kami pasang kamera 4.
Selepas pasang alat kami sarapan.....
Sdr. Shahrul belanja lagi hari ni...TERIMA KASIH MOGA DILUASKAN
REZEKI OLEH ALLAH SWT. Kami sarapan bersama dalam
studio iaitu AKU, sdr. RAMLI, SHAHRUL dan JASRIL.

DECTAR UKM
pelajar baru ukm..
menunggu bermula acara...

 Hari ini program yang perlu dirakam ialah BICARA TUNTAS, PAYUNG MERAH 
dan IKRAR PALAJAR BAHARU UKM. Program bermula lebih kurang
jam 9.00 pagi. Dalam Bicara Tuntas beberapa orang pelajar
telah menyampaikan bicara tuntas mereka
lebih kurang 3 minit kepada
pelajar baharu berkaitan kejayaan kejayaan
mereka. Ia bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar baharu
yang baru masuk ke UKM.


....dari pagi sampai malam sorang je kali ni...takde krew yg nak teman aku...


Lebih kurang empat ribu pelajar baharu telah masuk ke UKM kali ini. Selepas Bicara
Tuntas Datuk Naib Canselor pula mengambil giliran untuk
menyampaikan amanat beliau kepada pelajar
baharu berkenaan. Beliau juga turut memperkenalkan barisan
pegawai pegawai kanan UKM kepada pelajar baharu yang setia mendengar dalam
Dewan Tun Abdul Razak UKM.



ni pelajar 'intern'
 Selesai sahaja amanat Dato' Seri naib Canselor, program berkenaan berehat sebentar
sebelum Majlis Ikrar pula mengambil tempat. Majlis Ikrar tidak
mengambil ,asa yang lama. Selesai majlis Ikrar penyerahan
akujanji pelajar diserahkan kepada Dato' Naib
Canselor Universiti kebangsaan Malaysia.......................................
Program berkenaan tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari...............
Pgi ni krew yang bertugas ialah AKU, SHAH, JASRIL, RAMLI, KAMARUL 
dan RUHAIZAD.
Semasa membuat rakaman ini, sebuah kamera video telah rosak secara tiba tiba, 
CAM 3.
Mulanya aku ingatkan CCU yang rosak. setelah cek dengan JASRIL
alat tersebut...ternyata KAMERA sahaja yang ROSAK. 
KAMERA ni perlu dibaiki segera kerana
KONVOKESYEN UKM akan berlangsung tidak berapa lama lagi...


serah akujanji..
.............................................................................................................................

Sebelah petang lebih kurang jam 3.00 petang satu program lain pula diadakan
yang juga dihadiri oleh pelajar baharu UKM. Program berkenaan
aku lupa namanya tapi dihadiri oleh Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein 
Onn. Dato' Seri telah menyampaikan ucapan dalam program ini.
Program ini tamat lebih kurang jam 5.30 petang.



Dato' seri Hishamuddin.....

Sebelah petang krew yang sama2 bertugas ialah AKU, RAMLI, SHAHRUL,
JASRIL dan KHUSAIRI je......

..............................................................................................................................................

SEBELAH malam pula diadakan Malam Percikan Seni Pelajar Baru UKM.
Program ini bermula jam lapan lebih. Ia merupakan malam 
persembahan oleh pelajar baharu UKM.
Pelbagai cabang kesenian dipersembahkan pada malam ini....

tuka baju jeee....



Ketiga tiga majlis tersebut yang bermula dari waktu pagi, tidak ramai krew bantuan yang
hadir membantu. Program petang dibantu oleh SDR. KHUSAIRI
sementara program waktu malam dibantu oleh sdr. AIZAT.
kali ini memang tidak ramai krew yang datang
membantu. Krew GRAFIK pun tiada sorang pun yang muncul. Maknanya
tiada satu grafik pun terpancar di layar tayangan seperti program
program sebelum ini. Permintaan untuk memaparkan LIRIK lagu
yang dinyanyikan oleh NAIB CANSELOR dan mereka yang membuat
persembahan dengan beliau pun tidak dapat dipancarkan di layar. Akhirnya bila 
tiada krew garfik, LIRIK tersebut ditayang guna slaid sahaja
di layar tayangan...apa boleh buat laaa......




MALAM PERCIKAN SENI ini berakhir lebih kuarng 12.00 tengah malam.
kami tidak dapat mengemaskan kabel2 kamera sebab pelajar
baharu masih belum keluar kerana involve dalam
PERANG DECTAR...tradisi pelajar baharu UKM. Kami cuma dapat
kemas mana yang perlu sahaja...yang lain2 akan dikemaskan kemudian...


persembahan DATO' SERI NAIB CANSELOR UKM.


Sebelah malam, krew yang sama2 bertugas dengan aku ialah sdr. RAMLI, SHAHRUL,
JASRIL, AIZAT dan KAMARUL. 

Akhir sekali aku nak ucapkan TERIMA KASIH BEBANYAK kepada semua
krew yang terlibat iaitu sdr. SHAHRUL, RAMLI, JASRIL, KAMARUL, RUHAIZAD,
AIZAT dan KHUSAIRI. Aku datang keje waktu pagi, balik ke rumah
pada waktu tengah malam....huhuhu....
FUYOOO...LETIH NYA hari ini..........................................

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria