Friday, September 29, 2017

..event2 yang mega..

Dalam bulan SEPTEMBER dan OKTOBER setiap tahun memang terdapat event yang
Mega. Dua event yang mega ialah SYARAHAN TUANKU CANSELOR
dan MAJLIS KONVOKESYEN UKM. Kedua dua event tersebut
memang ada je setiap tahun. Jadi kami di UNIT
AUDIO VIDEO memang akan
lebih sibuk disamping
keje keje harian yang lain yang perlu
di laksanakan dengan baik. Sebaik mungkin mesti kami jalankan. 
Memang da keje kan........

syarahan tuanku canselor
syarahan tuanku canselor
syarahan tuanku canselor
syarahan tuanku canselor
syarahan tuanku canselor
syarahan tuanku canselor

Ini event SYARAHAN TUANKU CANSELOR yang baru je berlalu iaitu pada
27 September itu hari. Event ini merupakan event kedua besar
dalam UKM selepas Majlis Konvokesyen UKM.
Ia diadakan pada setiap tahun di mana tokoh tertentu
akan dijemput untuk menyampaikan syarahan di Dectar. Majlis berkenaan
turut dihadiri oleh Tuanku Canselor. Banyak persiapan yang perlu dibuat sebelum
ianya berlangsung...ramai yang terlibat.......

......................................................................................................

Event yang terbesar seperti yang dikatakan tadi ialah
Majlis Konvokesyen UKM. Kali ini akan diadakan dari 28 Oktober 
hingga 31 Oktober 2017 iaitu majlis konvokesyen UKM ke 45. Banyak persiapan
perlu dibuat sejak awal bulan malah sebelum itu lagi. Bagi kami yang
dipertanggung jawabkan untuk membuat rakaman serta
live kat screen dan membantu live streaming, awal
awal lagi da kene bersedia dengan peralatan MCP iaitu Rakaman Kamera
Berbilang.

konvo ke 44
 Sebelum majlis konvo bermula kami akan memeriksa peralatan apa yang
diperlukan untuk konvo seperti membaiki mana yang rosak atau menambahkan
peralatan yang perlu dan juga menggantikan peralatan yang kecil kecil sebelum majlis
berlangsung. Peralatan diperiksa bagi menentukan ia masih boleh digunakan
dan tidak mendatangkan apa apa kerosakan semasa digunakan...
tapi kalau nak berlaku juga, itu adalah diluar kemampuan kami..........
maklumlah peralatan tersebut...dot...dot...dot........
Alat alat perlu diperiksa ialah peralatan dalam konti, kamera video,
cctv di pentas dan di luar dewan dan jugak monitor monitor tv yang akan 
ditempatkan di luar dewan dan di atas pentas. Kamera juga akan diperiksa bagi
menentukan ia dalam keadaan baik...Apa apa pun sebuah daripada kamera
kami telah mengalami kerosakan...tak pasti sama ada boleh dibaiki
sebelum majlis konvokesyen yang akan datang ni......
Kami juga menyewa beberapa buah kamera tambahan untuk tugas 
tersebut. Lampu juga kami sewa jika perlu untuk mencerahkan
suasana atas pentas...................................

konvo ke 44
 Kami juga akan membuat bengkel MCP untuk krew yang akan
 involve dalamrakaman MCP nanti dan jugak krew baru yang nak join 
sebagai team MCP semasa majlis konvokesyen tu nanti. Bengkel tersebut 
dalam dua atau tiga hari je kut..... Tujuan bengkel adalah untuk mengingatkan kembali 
krew mcp kepada tugas semasa majlis konvo berlangsung. Semua akan terlibat
 iaitu krew jurukamera, krew floor manager, audio, krew cctv dan sebagainya....
semua mesti dipersiapkan sebelum konvo...Semua krew akan dilantik
sebagai ahli jawatankuasa rakaman. Lebih kurang
30 orang krew yang terlibat yang meliputi
pelbagai tugasan.
Biasanya krew yang terlibat
dalam tugas ini dikenali sebagai jurukamera, audio, cg atau grafik,
switcher, vtr dan pengarah studio. Sementara penerbit dan penerbit eksekutif
cuma memantau garak kerja yang sedang berlaku semasa rakaman. Floor manager
juga perlu untuk melaporkan segala perkara yang berlaku dalam dewan besar
kepada krew dalam konti. Satu lagi floor manager ialah berkaitan dengan mencari teks2 ucapan dan mencari lokasi vvip yang akan dipaparkan semasa ucapan nc.
Kedua dua tugas FM ini tidak kurang pentingnya. Jika tiada mereka
tentu sukar tugas yang akan dijalankan...............................
Semua petugas petugas ini akan dipersiapkan sebelum
bermulanya majlis konvokesyen.
Krew majlis konvo ini bukan saja terdiri daripada krew unit audio
video kami tapi juga datang dari pelbagai jabatan fakulti dan sebagai dalam UKM.
Krew unit kami memang tak cukup untuk melaksanakan tugas
event yang mega ini.........

konvo ke 44
Lain2 krew ialah jurukamera, kalau takde jurukamera tentu tak
 wujud pun visual di layar tayangan dan di live streaming dan juga di monitor
 cctv. Beberapa orang jurukamera yang bertugas pada setiap kamera secara bergilir gilir. Tedapat lima buah kamera yang berfungsi semasa majlis konvokesyen berlangsung. Semua kamera penting dan semua kamera mempunyai tugas tugas yang 
tertentu.....Tugas juru audio pula ialah menyalurkan audio dari
'house' dalam dewan ke alat2 rakaman video. Tanpa mereka tentu
video akan senyap sunyi. Dalam konti pula terdapat krew garafik atau cg yang
 akan super impose kan grafik di atas visual dan akan tayangkan slide tertentu semasa 
lagu lagu tertentu dinyanyikan oleh kumpulan koir.  Tugas switcher pula ialah menekan button di switcher untuk memilih visual2 tertentu yang diarahkan oleh pengarah
studio. Pendek kata semua krew bekerja secara bersama dalam rakaman
 MCP semasa majlis konvokesyen selama emapat hari tersebut. 
Mereka semua akan berkampung dari pagi hinggalah ke petang selama 4 hari.

konvo ke 44
Secara ringkasnya setiap hari semasa majlis konvokesyen
pertama sekali yang dibuat ialah log in kedatangan. Onkan aircond. Kemudian 
onkan sistem peralatan dalam konti. Setkan semua peralatan dalam konti. Letakkan buku 
aturcara di cg, audio dan depan pengarh studio. Letakkan walkie talkie di bilik audio dan di konti. Kemudian pasang kamera di tripod, ada lima buah kamera dalam dewan besar.
On kan kamera dan test semua kamera sama ada berfungsi atau tak. 
Onkan semua monitor atas pentas dan cctv di luar dewan untuk
tontonan keluarga yang tidak dapat masuk dalam dewan. On kan lampu spot kalau
ada. kemudian tunggu event bermula.............................

Kepada semua krew yang akan bertugas dalam MAJLIS KONVOKESYEN
UKM KE 45 ini...SELAMAT BERTUGAS SEMUA.......
28 - 31 oktober 2017.

SEKIAN..

DAUD.montak.zakaria