Thursday, November 29, 2012

Diam tak diam dah hujung tahun...


Diam tak diam...rupanya kita dah sampai ke hujung tahun 2012. Sekarang ni dah hampir
awal bulan DISEMBER 2012. Tak lama lagi kita akan tinggalkan
tahun 2012.....mungkin penuh dgn kenangan
dan nostalgia yang takkan
mampu dilapukkan oleh hujan
dan takkan mampu dilekangkan oleh panas mentari....


Dalam tahun ini kami dari UNIT AUDIO VIDEO, PENERBIT UKM,dahpun 
 berjaya melaksana dan menyelesaikan beberapa tugas sama
kcil dan jugak besar. Tugas yang terbesar kami ialah 
KONSERT DIRAJA UKM pada bulan JANUARI 
dan dihadiri oleh CANSELOR
UKM serta juga
MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE 40 yang telah dijalankan 
pada OKTOBER lalu.....................


Disamping itu kami juga telah berjaya menerbitkan beberapa buah
penerbitan video lebih 14 penerbitan berskrip dan yang 
terbesar ialah penerbitan video
untuk TNB ENGINEERING CORPERATION...iaitu sistem
hawadingin yang menjimatkan elektrik....


Selain daripada itu juga kami telah berjaya menerbitkan beberapa buah 
penerbitan termasuk beberapa buah video berkaitan rumah
peranginan persekutuan. Dalam penerbitan
video Rumah Peranginan Persekutuan
Morib kami dibantu oleh beberapa orang
PELAJAR LATIHAN AMALI iaitu USTAZ AREEF,
USTAZ PIAN, USTZAH FARAH, USTAZAH AFIFAH dari UKM dan
seorang lagi dari UNIKL sdr. FAESAL KASSIM...



Selain daripada itu jugak kami telah berjaya menerbitkan beberapa buah 
video termasuk video Jabatan Kejururawatan dan 
Global Students Mobility.....



Bukan setakat itu sahaja, kami jugak telah berjaya menerbitkan beberapa 
buah penerbitan yang lain yang diharapkan mampu menjadi bahan
 tontonan penonton  di YOUTUBE...
anda boleh melayari link ini untuk menonton terbitan kami
di YOUTUBE......


Kami juga berjaya merakam dan meng 'youtube' kan beberapa buah rakaman 
video MCP yang dianjurkan oleh PUSAT KEBUDAYAAN UKM
di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK........
sebahagiannya telah kami 'YOUTUBE'
kan untuk tontonan umum...


Segala tugas-tugas tersebut tidak akan berjaya tanpa bantuan semua krew
 Unit Audio Video termasuk krew bantuan MCP yang dipelawa dari
luar unit kami...
Kami akan terus menjalankan tugas kami dengan sebaik yang mungkin
dan berharap akan mampu menghasilkan penerbitan
sebagaimana yang diharapkan di masa
akan datang.........


Oleh itu aku ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua 
krew UAV iaitu sdr. SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN,
RAMLI ADNAN, HJ IZAD, JASRIL AMRY
 dan SITI SURAYA SULAIMAN.


Aku jugak ingin mengucapkan jutaan terima kasih
jugak kepada krew bantuan dari LUAR iaitu
AHMAD YUNUS, ZULHIMI, JI, YUSRI, CHEF, JAMALUDIN SABRAN,
ARENIM, WATIE, SYANANA, MIMI, HASNAH, YAN,
WAFIY, AZRUL, KHAIDIR, SHUKRI, HATA,
ISMA, HIDAYAH, HILMI, JUNIOR,
HJ SULIMI dan yang lain2
yang mungkin aku
terlupa nama
mereka..
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA...
...terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

Sunday, November 25, 2012

GENdang antaBANGSA Ukm...




HARI ini, sabtu, 24 november 2012, kami mempunyai tugas iaitu rakaman 
MCP atau Multiple Camera Production sebuah program
iaitu INTERNATIONAL DRUMS 
FESTIVAL anjuran
Pusat Kebudayaan
UKM di
Dewan Canselor Tun Abdul Razak, DECTAR,
UKM.


 ....persiapan teknikal...

 .....sebelum bertugas mesti isi perut dulu...

Macam biasa jugak persiapan teknikal dijalankan lebih awal dan ketika
aku tiba di studio jam 6.15, kelihatan sdr. shahrul, jasril dan haji izad
sedang membuat persiapan teknikal...

 .....tekun bekerja sambil wassup...opst!

 ....tumpuan mata ke screen...

 .....masa untuk mengisi ruang kamera hp....

Permulaan tiba di studio aku agak risau atau bimbang tidak ramai yang
datang membantu, maklumlah bila aku warwarkan kerja tersebut
FB dengan harapan ramai krew akan hadir, tidak ramai yang 
memberikan respon yang positif...
masing-masing ada komitmen
mereka sendiri....

 ....pengarah studio....

 .....dengan harapan tidak akan lupa lagi....'orang tu' pun
hadir keje malam ni.......

 .....bilik kawalan audio...

Krew bantuan mcp iaitu junior ada kerja dengan projek student masscom, 
JI ada kerja membantu penyelidikan di luar kawasan,
wafiy ada kenduri, khaidir pula adik bertunang
dan yang lain2 tiada jawapan yang konkrit...

 ....arenim....aku amik foto hang, jangan marah k.....

 ....arenim....aku amik lagi foto hang....

 .....mata masing2 lekat di monitor....

Nasib baik masih ada lagi beberapa orang krew yang dapat membantu
termasuk dari ukm kampus Kuala Lumpur.....tq...bebanyak....




Program ini menampilkan persembahan pukulan gendang dan tarian daripada IPT
dalam negara dan luar negara. Antara kumpulan yang
mengambil bahagian ialah UKM, UPM,
Universiti Thailand, Filipina, Indonesia,
Vietnam dan sebagainya..
Menurut krew kami dalam dewan, terdapat sebuah krew dari 
sebuah stesen tv datang  membuat liputan....
tak tau aku untuk  apa gunanya
'footage' yang dirakam tu..



Agak menarik jugak persembahan mereka pada malam tersebut. Aku
akan membuat suntingan video ini dan akan di 'upload' ke You
Tube dalam saiz fail yang kecil.......sesiapa yang berminat
 untuk mendapatkan salinan silalah berhubung 
dengan Penerbit UKM Bangi.....
Di sini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua krew iaitu YUNUS MISDI,
YUSRI, SULIMI, WATIE, HIDAYAH,
HASNAH, ARENIM, HAFIZ
TAIB,  SHAHRUL,
KAMARUL, HAJI IZAD,
JASRIL AMRY, SITI SURAYA, dan yang
aku lupa nak sebut tu harap maafkan aku....

FAESAL KASSIM yang janji nak hadir nampaknya
tidak mampu hadir mungkin berada jauh dari Selangor. Ada 
sorang lagi macam BERJANJI nak hadir untuk
melihat kami membuat rakaman MCP
nampaknya jugak tidak mampu
untuk menghadirkan diri...
k lah...mana2 lahhh...
....terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

Friday, November 23, 2012

...buKU...oh..BUku

Dalam seminggu ini selain kerja-kerja video, kami jugak membantu dalam
tugas mengemaskan stor buku Penerbit UKM...minggu ini...

 ...boleh tahan gak banyaknyer....

 .....semuanya membantu....

 ....masih sempat ucapkan 'hai......'

Sebenarnya ini merupakan kerja gotong royong yang melibatkan semua
kakitangan tanpa kecuali... jugak tanpa mengira
kedudukan.

 .....sila panjat...

 .....'peace' di tangan....hati jugak ikhlas kan.....?

 .....'freeze'....aksi untuk foto ni...

Stor berkenaan perlu dikemaskan kerana Penerbit akan memasuki era ISO
yang memerlukan semuanya kemas dan teratur.

 ....kerjasama perlu tanpa mengira bidang tugas...

 ....masih sempat ber 'posing'...

 ....timbunan 'ilmu'...

Kerja-kerja tersebut diperuntukkan selama seminggu namun
kelihatannya ia sukar untuk disiapkan
dalam masa seminggu...

 ...rehat sat...

 ....ambik angin...

 ....barisan bantuan....

Kerja-kerja ini perlu kepada rasa ikhlas dalam diri setiap individu,
jika tiada keikhlasan tentu akan terasa sukar untuk
terlibat dalam tugas sebegini
yang mungkin tiada
kaitanpun dengan
kerja hakiki
masing2...

 .....kenangan sebelum berpisah dgn 'ilmu'...

 ....masa yang ditunggu-tunggu...

....keje-keje gak...kesihatan perlu dijaga....
tanpa sihat tiada keje...

Disamping tugas ini, seperti biasa unit kami tetap juga menjalankan tugas
hakiki kami iaitu membuat rakaman video seperti yang 
diminta oleh pihak dalam ukm.. antaranya
syarahan perdan dan sabtu malam
nanti rakaman mcp 'GENDANG
ANTARABANGSA' di
DECTAR atau
DEWAN CANSELOR TUN
ABDUL RAZAK UKM...
..sekian dan terima kasih kerana membaca...
DAUD.montakzakaria.

Friday, November 16, 2012

...gaZA...oh GAza...



HARI ini aku ingin menulis lagi berkaitan perkara yang bukan berkaitan
tugas harian aku.....Aku ingin menulis berkaitan
Gaza yang menjadi negara
penduduk Palestin.


Sebagaimana yang kita ketahui sekarang ini berlaku lagi pencerobohan
yahudi Israel terhadap negara Gaza Palestin tersebut.
Beberapa orang pejuang telah syahid termasuk 
AHMAD AL-JABARI, komander
bersenjata HAMAS,
Briged Izzudin al-Qassam.


Mungkin ini sebagai permulaan untuk Yahudi menceroboh kembali
GAZA setelah selesai pencerobohan dalam tahun
2008 yang lalu yang tidak mencapai
objektif antaranya untuk memusnahkan
senjata pejuang ISLAM GAZA.....


Tanah Palestin memang telah menjadi medan rebutan pelbagai pihak
sejak sebelum masehi lagi. Semenanjung Gaza ini terletak di 
sempadan Mesir di sebelah barat daya dan Israel di 
timur dan utara.
Keluasan Gaza ialah
lebih kurang 365 kilometer persegi
dengan penduduk yang berjumlah 1.7 juta
orang. Majoriti penduduk Semenanjung Gaza
ialah Palestin Islam Sunni.


Gaza pernah dijajah oleh Israel dalam peperangan 6 hari dalam tahun 1967.
Israel meninggalkan Gaza dalam tahun 2005. Sejak Julai 2007
Hamas membentuk kerajaan di gaza selepas
pilihanraya Palestin tahun 2006.
Dalam tahun tersebut
Hamas telah memenangi
pilihanraya Palestin namun Fatah
tidak mahu menyerahkan kuasa lalu Hamas
diistihar oleh Fatah sebagai kumpulan pengganas atas tekanan US.
Oleh itu Hamas mengambil kuasa secara kekerasan
dan mendirikan kerajaan di Gaza sejak tahun
2007 sementara Fatah di Tebing Barat.
Perang atau pencerobohan
terbesar berlaku terhadap Gaza oleh Yahudi Israel
dalam tahun  2008. Pencerobohan selama 22 hari tersebut
telah mengorbankan lebih kurang 1,400 orang palestin yang kebanyakan
adalah orang awam serta melemahkan ekonomi dan memusnahkan
infrastruktur Gaza. Di pihak Israel, mereka kehilangan
13 orang askar yang terbunuh dalam
pencerobohan tersebut..
Kali ini...YAHUDI ISRAEL menceroboh lagi...
dan sebagai saudara se ISLAM kita sewajarnya berdoa untuk
mereka jika kita tidak mampu berjuang
bersama mereka.....
...terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, November 15, 2012

...wah! dah setahun berlalu video ni...

ermmmm...dah setahun...

Semalam hari Rabu 14 November 2012..... minggu ni ramai yang sambung cuti,
begitu gak dengan krew unit aku...masing2 sambung cuti...
tinggal aku dengan seorang krew serta
seorang pelajar Latihan
Industri.
Bekerja dalam
minggu yang penuh dengan cuti ni
agak bosan...ngantuk pun ada...semua ada..
Untuk menghilangkan kebosanan aku 'selongkar'
pita2 atas meja aku...terjumpalah sebuah pita yang dah
setahun atas meja aku...dulu pun memang berniat untuk buat suntingan
pita berkenaan tapi sebab banyak tugas lain yang menjelma
maka pita tersebut 'tersadai' atas meja aku tu.....
Dengan membuat suntingan pita tersebut
dapatlah aku menghilangkan
rasa bosan dalam
minggu yang penuh dengan
cuti-cuti ni.....
Biasalah.....bila dah siap disunting
hasil suntingan tersebut aku 'upload' kan ke
YOUTUBE...eh! adakah yang nak tonton video yang
dah setahun berlalu ni....apa2 pun tak kisahlah, pada aku tentu ada yang
akan menontonnya....sekurang-kurangnya untuk mengimbau
nostalgia yang telah berlalu pergi........
Jadi....terisilah rasa bosan aku
untuk hari tu tapi...
apakah bahan untuk mengisi kebosanan aku
lagi untuk minggu yang penuh dengan cuti ni esok......?

...terima kasih kerana sudi membaca coretan 'boring' niii....
DAUD.montak.zakaria

Sunday, November 11, 2012

fesTival gameLan uKm 2012


....haji izad & faesal kassim...

MALAM tadi Sabtu 10 November 2012 jam 8.00 malam kami membuat
rakaman MCP Festival Gamelan UKM 2012
di DECTAR UKM.

....shahrul fadli.....

....jasril amry & shahrul fadli...

Kerja-kerja persiapan teknikal dijalankan sejak jam 6.00 petang.
Kami gunakan tiga buah kamera sahaja untuk rakaman
malan itu....


Sdr. Shahrul telah sampai awal, aku pulak sampai lebih kurang jam
6.00 petang diikuti oleh sdr. Ramli. 

....minum dulu sebelum kerja rakaman...yan, yunus & zulhimi....

Cuaca di luar dewan tidak berapa baik kerana hujan turun dengan lebat.
Bimbang jugak aku jika krew ramai yang tak boleh datang
maklumlah suasana sejuk malam tu tentu
sukar untuk meninggalkan
rumah....bukan begitu...

....hafiz taib & jasril amry....

....wafiy, faesal kassim, jasril & yan...

Setelah selesai persiapan kami rehat sebentar menunggu program bermula.
Dijangka program bermula jam 8.30 malam. Dalam masa
menunggu, seorang demi seorang krew tiba
di STUDIO UKM.

.......kamarul & yan.....

....amar baharuddin...

Malam itu VVIP yang hadir ialah Datuk Johari Salleh. Sebenarnya
program ini turut disertai oleh IPT yang lain antaranya
Universiti Petronas dan UNITEN..



Rakaman bermula lebih kurang jam 8.30 malam. Krew MCP ramai jugak 
yang hadir walaupun di luar hujan mencurah-curah.
Dalam studio amat sejuk lebih daripada
biasa kerana mungkin 
cuaca luar yang
sejuk.


Kerja-kerja rakaman pada malam tersebut tidak berjalan dengan lancar.
Berlaku kesilapan teknikal yang amat menyedihkan jugak.
Agaknya 'ORANG TU' takde kut, itulah sebabnya
rakaman malam tu tidak lancar..
gamaknyer....


Walau bagaimanapun tiada apa yang boleh dilakukan, kesilapan tu dahpun
terjadi....terima jer ler.... Harap janganlah hal berkenaan
berlaku lagi dalam rakaman-rakaman
yang akan datang...
Di sini aku ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu
YUNUS MISDI, HAFIZ TAIB, WAFIY ADLAN, 
ZULHIMI, WATIE SHARIF, YAN, FEISAL KASSIM
(PELAJAR LI), SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN,
HAJI RUHAIZAD, RAMLI ADNAN, JASRIL AMRY  dan HAJI SULIMI.
...terima kasih sekali lagi untuk kalian semua....
....terima kasih jugak kepada semua yang sudi membaca, jika
ada sebarang komen, silalah komen...
DAUD.montak.zakaria