Thursday, September 19, 2013

TPM ke UKM

PETANG tadi, Khamis, 19 September 2013, jam 3.00 petang kami membuat rakaman
MCP 'Majlis ramah Mesra TPM dengan Warga UKM'. Seperti biasa
persiapan peralatan MCP dibuat awal iaitu sebelum tengah hari.

sebelum program...
mimi, najwa & aisyah...
 Krew bantuan telah dipelawa untuk membantu melalui surat resmi. Dalam FB pon aku
dah warwarkan supaya mereka datang membantu. Bimbang juga
sebab respon dalam FB macam lengang jer....tulah
masalah kami bila kerja mcp waktu pejabat...

konti
ucapan
Walaupon aku dah banyak kali kendalikan MCP bersama-sama rakan2 tapi dalam hati
agak bimbang jugak. Maklumlah bila melibatkan orang besar-besar ni
tentu gundah tu wujud. Banyak yang aku bimbangkan
seperti studio 'blackout' dan arahan 'last minute' 
dan sebagainya...

soal jawab
ucapan
Intercom dan switcher yang bermasalah telah dapat di 'solve' kan buat masa ni...mujurlah...dan...
ALHAMDULILLAH. Tapi 'intercom headset' tu perlu dihantar untuk
dibaiki kerana da banyak yang rosak....mesti dibaiki sebelum
majlis konvokesyen pada 26 Oktober 2013.

soalan...
tpm jawab soalan..
TPM tiba jam 3.30 lebih kurang...acara dimulai dengan doa kemudian diikuti oleh ucapan
NC. Dalam konti aku terima permintaan supaya kamera fokus pada kelompok
tertentu semasa NC beri ucapan. Aku terima mesej dari Cam 3 iaitu
dari sdr. YUNUS. Tak lama kemudian EN RAZAK
masuk STUDIO UKM berikan teks
ucapan NC yang ditanda tempat yang perlu ditunjukkan di layar oleh
kamera. Perkara tersebut telah aku lakukan dengan bantuan cameraman dan juga 
krew alat 'video conferencing'. Sebenarnya program di DECTAR ni boleh diikuti secara 'live'
di cawangan  UKM di KL. Nasib baik semuanya berjalan lancar kalau tak 
lagi susah hati.....dengan kerjasama PTM. Kalau ada sapa2 nak 
tonton program tu, gitau ler. Kalau nak aku akan upload ke
YouTube, kalau tak, aku akan simpan dalam
arkib maklumlah kami ni semua krew yang buat koleksi arkib jerrrr...
Sebelum tu aku nak ucapkan JUTAAN TQ kepada semua krew sama ada krew MCP
 dan juga krew bantuan iaitu...sdr. YUNUS MISDI, CHEF, HATA, WATIE, MIMI, 
HJ. SULIMI, NAJWA RASHIDI, SITI AISYAH ADANAN, RAMLI, JASRIL, 
KAMARUL, SHAHRUL, ZULHIMI, HJ IZAD dan semua yang lain2
.............terima kasih...

...k....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

hari malaysia


ni ler video sambutan tu...

RABU, 18 SEPTEMBER 2013, sdr. RAMLI dan aku telah membuat rakaman ENG
SAMBUTAN HARI MALAYSIA di DATARAN GEMILANG
UKM di BANGI.
Sambutan Hari Malaysia ini telah dirasmikan
oleh Naib Canselor UKM. Antara pengisian aturcara sambutan ini ialah
pertandingan perbarisan serta persembahan lagu-lagu
patriotik dan juga tarian.................Juara pertandingan perbarisan antara
kolej-kolej telah dimenangi oleh KOLEJ TUN SYED NASIR.



Sebenarnya sambutan ini bertujuan untuk memperingati hari tertubuhnya Malaysia
pada 16 September 1963. Tanah Melayu merdeka dari penjajah
dalam tahun 1957. Kemudian Sabah atau Borneo, Sarawak
dan Singapura menyertai Tanah Melayu untuk
membentuk negara Malaysia.



Namun begitu Singapura telah menarik diri daripada Malaysia dalam tahun 1966.
Sementara negeri yang lain masih kekal dalam Malaysia.
Sambutan hari Malaysia sebagai cuti umum telah
mula di sambut dalam tahun 2010.
Sebelum itu hanya Sabah sahaja yang menyambut Hari Malaysia.
Kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia mengambil masa yang panjang dan
tidak semudah yang kita bayangkan. Oleh demikian sewajarnya hari kemerdekaan
dan hari malaysia ini sewajarnya disambut. Antara tujuannya ialah supaya
kita sayang kemerdekaan yang telah kita kecapi ini serta 
untuk memupuk rasa kecintaan kepada MALAYSIA....
Sambutan tersebut tamat lebih kurang jam 11 malam. Aku akan cuba 
buatkan suntingan video berkenaan dan tentu sekali
akan aku 'upload' kan ke YouTube....tunggu yerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr................

....sekian, terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria