Saturday, February 28, 2009

Floor Manager



Hand Cues


Floor Manager atau Stage Manager merupakan orang yang menyampaikan semua arahan Pengarah dari dalam Bilik Kawalan kepada 'talent' dan juga krew lain semasa penerbitan dalam studio. Floor Manager juga bertanggung jawab untuk memeriksa 'props' dan 'costume', memegang 'cue card', dengan mengikuti skrip. Pada amnya Floor manager memantau semua operasi di 'studio floor'. Bagi 'talent' Floor Manager merupakan perantara di antara Pengarah dalam Bilik Kawalan dan juga 'performers' dalam 'studio floor'. Semasa semua mikrofon dalam studio di tutup, Floor manager bolehlah menyampaikan arahan-arahan dengan suara kepada semua krew dan talent dalam studio. Apabila mikrofon di buka dan semua kamera membuat rakaman, Floor Manager menyampaikan semua 'cues' kepada 'talent' dengan senyap.


Beberapa arahan dengan menggunakan tangan telah dicipta dan digunakan secara senyap semasa persembahan sedang ke udara. Arahan tangan mesti selalu disampaikan dengan jelas dan bertenaga. Adalah menjadi tanggung jawab Floor Manager bergerak ke posisi dimana 'talent' boleh melihat 'hand cues' yang disampaikan tanpa menggerakkan kepala atau mata-mata mereka. "Cues' mesti disampaikan di sebelah lens kamera yang sedang ke udara. Semasa ke udara 'talent' tak perlulah mengakui faham dengan 'cue' yang ditunjukkan oleh Floor manager dengan mengangguk atau melambai-lambai kerana lambaian tangan dan anggukkan kepala walau sedikitpun akan kelihatan di kamera semasa ke udara(on air). Jika perlu bagi 'talent' untuk mengaku memahami 'cue' berkenaan maka bolehlah memberikan isyarat dengan mata tanpa ketara seperti bekelip mata lama sedikit daripada biasa( sebagai contoh).


Walaupun Floor Manager dikehendaki mempunyai 'eyes contact' dengan 'talent' semasa memberikan arahan namun janganlah keterlaluan kerana ini boleh menyebabkan 'performers' menjadi terlalai, hilang tumpuan atau mereka akan bercakap dengan 'Floor Manager' melebihi daripada bercakap dengan kamera.

No comments: