Tuesday, February 12, 2013

...seroNOKNYER MENYunting viDEO...SEROnok gaK MAin badmiNTON...


MALAM ni seronok main badminton....Saje jer main badminton ni dengan niat
untuk mengeluarkan peluh....seminggu sekali rasa o.k kuttt....


Selama 3 jam kami bermain dan semuanya merupakan rakan2 yang bekerja
dalam pejabat yang sama.....
Rasanya kalau tidak keluarkan peluh tentu agak bahaya
untuk kesihatan, bukan gitu...?


La ni aku nak citer benda lain pulak.....
BULAN Januari dan Februari 2013 ni, aku dah dapat membuat beberapa suntingan video.
Sebenarnya aku memang suka membuat keje suntingan video sama ada yang
berskrip ataupun tidak....Sebab minat sesangat aku sanggup
mengadap skrin komputer dari pagi sampai
tamat waktu keje....berenti masa
rehat jer...........







Ada ketikanya 
melebihi waktu pejabat aku
masih lagi depan skrin komputer.....
Aku tak kisah apa orang lain nak kata, itu dah menjadi
minat aku sejak aku mula berjinak-jinak dengan bidang video ni.......
Ini bukanlah bermaksud aku nak riyak dengan apa yang aku buat, ia cuma
kenyataan umum jer.....takde niat pun nak riyak atau sombong pada sesapa..........
Pada aku orang yang benar2 minat dengan bidang video dan penyuntingan video,
dia akan membuat suntingan bila2 masa saja yang dia terluang, tiada istilah
ikut masa kerja atau apa2 pun....Pada aku kalau kita hanya
kerja ikut masa keje itu belum lagi dikatakan orang
yang berminat dalam bidang video ni....ia
boleh dikatakan dah menjadi
tugas yang patut dia
buat sepadan dengan gaji yang dia terima setiap bulan............bukan
atas dasar MINAT......................



Inilah di antara video2 yang sempat aku sunting sejak Januari 2013. Sebuah lagi
syarahan perdana masih dalam proses suntingan........
Harap aku masih lagi punyai minat mendalam
dalam keje2 penyuntingan video...

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria