Wednesday, December 22, 2010

Sistem Penghawa Dingin TNEC

HARI Sabtu yang lalu iaitu 18 Disember 2010 aku dan sdr. Shahrul membuat rakaman video perkembangan pembinaan Sistem Penghawa Dingin di Lingkungan Kedua UKM. Sebenarnya kali pertama kami telah rakamkan lokasi pembinaan tersebut ialah pada awal bulan Disember 2010 bersama sdr. Kamarul Baharin dan Suraya.

Sdr. Shahrul di tapak pembinaan.

Sebenarnya Penerbit Universiti Kebangsaan telah diminta untuk membuat penerbitan berkaitan pembinaan Sistem Penghawa Dingin ini bermula dari pembinaan tapak bangunan hingga ia siap digunakan. Projek ini dijangka siap pada hujung tahun 2011. Sistem penghawa dingin ini merupakan sistem yang teknologinya berasal dari Jerman. Ini merupakan kali kedua ia dibina di kampus UKM di Bangi. Dikatakan sistem penghawa dingin ini menjimatkan kuasa eletrik.

Penerbit UKM diminta untuk membuat rakaman perkembangan pembinaan sistem ini dari peringkat pembunaan tapak hinggalah projek ini siap digunakan. Rakaman tersebut akan disunting menjadi sebuah penerbitan yang boleh ditayangkan bila diperlukan.

Suraya, aku, Kamarul dan staf TNEC




daudmontakzakaria.

1 comment:

studioukm said...

Rakaman memasukkan 'konkrit' akan dilakukan pada Jumaat, 24 Disember 2010, jam 9.30 pagi...aku juga akan turut serta dilokasi rakaman.....