Sunday, May 29, 2016

mcp malam citra seni ukm '16

SEMALAM, Sabtu, kami membuat rakaman MCP Malam Citra Seni UKM 2016 di Dectar
jam 8.00 malam. majlis tersebut dihadiri oleh TNC HEPA......Lagi sekali aku
malas nak tulis panjang2....sebab letih......tengok jer lah
foto-foto di bawah tuuuuuu.................
Apa-apa pon terima kasih kepada semua krew yang
terlibat iaitu sdr. YUNUS, SHAHRUL, JASRIL, RUHAIZAD, KAMARUL,
RAMLI & HATA.................................

....raptai.....











Terima kasih kerana singgah di sini....

DAUD.montak.zakaria

Saturday, May 28, 2016

#malammesraukmmedia Malam Mesra UKM Media...

SEMALAM, Jumaat, 27 Mei kami membuat rakaman MCP Malam Mesra UKM - Media
di Hotel Le Meridian Kuala Lumpur.....yang selebihnya tengok jer
foto-foto di bawah, malas da nak tulis lagi.....
Terima kasih kepada semua krew, sdr. SHAHRUL, RAMLI,
JASRIL, KAMARUL & RUHAIZAD.......................................................................................


sukarnya bawak barang melalui loading bay...tidak seindah borangnya....
...sempat posing walau berpeluh lepas bawak barang...haha...
sedia dah....




Taklimat.....
dengar taklimat...
....isi perut di KL Central...lapaq sesangat....
...jumpa TNC HEAA UKM Prof. Dato' Ir Dr Riza Atiq di Surau Hotel Meridian
menunggu Maghrib...beliau jadi imam......
Terima kasih kepada semua krew....keje kita telah selesai dengan baik dan sempurna
walau pun tidak didendang...................................

DAUD.montak.zakaria

Sunday, May 22, 2016

seronoknya keje....

Minggu ni ada beberapa keje mcp yang telah kami selesaikan dengan baik...........
Biasalah...mcp memang perlukan krew yang ramai terutama
jurukamera....Jurukamera perlu ramai
kerana tugas tu
perlu berdiri sepanjang program yang
dirakam sehingga selesai.................................................................

Mcp Pelancaran Sambutan 46 Tahun UKM di Persada Cancelori...20 Mei 2016,hari Jumaat jam 9.00 pagi........

Maaf tak boleh cerita sangat sebab lupa snap foto......yang pastinya peralatan

dipasang petang khamis. Ia perlu dipasang awal kerana
pemasangan alat mcp perlukan masa
yang agak lama sikit
dan teliti....................................................................................

MCP Bintang-Bintang Berpuisi II di Persada Canselori.....Sabtu, 21 Mei 2016

Ini merupakan program tahunan UKM bersama Utusan. Ini merupakan kali kedua ia diadakan.
Kami diminta untuk membuat rakaman MCP...siapa yang minta...tak pasti..
tapi bila diarahkan buat keje, mesti dilakukan walaupun
urgent sebab ia tugas yg diamanahkan 
oleh majikan........ dan kalau ia tidak dijalankan jika kita berdaya...itulah nilai kita 
sebenarnya sebagai
pekerja yang telah diberi gaji setiap hujung bulan.............

foto KHUSAIRI...


Bintang-Bintang Berpuisi II
Krew MCP Bersama DATIN SAADAH, Penerbit UKM.
...ini tak tau kamera sape....
selepas rakaman....
Terima kasih kepada semua krew yang terlibat iaitu...RAMLI, SHAHRUL, RUHAIZAD, 
JASRIL, KHUSAIRI dan JAMALUDDIN IBRAHIM....
Terima kasih JAMALUDDIN kerana sponsor roti dan air.....moga sentiasa murah
rezeki dan sihat sentiasa..................

DINNER KOLEJ BURHANUDDIN HELMI...18 Mei 2016

Malam sebelum itu kami membuat rakaman DINNER KOLEJ BURHANUDDIN
HELMI di DECTAR UKM. Dinner tersebut dirasmikan 
oleh TNC HEPA........
Tontonlah foto di bawah tu...malas nak tulis panjang2....













foto KHUSAIRI
Terima kasih kepada semua krew yang terlibat iaitu...RAMLI,
JASRIL, JAMALUDDIN IBRAHIM, HATA, KHUSAIRI, FAKHRAN,
AHMAD YUNUS MISDI, KAMARUL?, dan lain2 krew
yang mungkin aku lupa.......

Terima kasih kerana singgah di blog ini....

DAUD.montak.zakaria


Sunday, May 15, 2016

Run...run...run...

HARI ni, Ahad, aku dan sdr. Ramli membuat rakaman video UKM GO GREEN RUN
di Dataran Gemilang. Pegi UKM seawal jam 6.30 pagi.
Tiba di Dataran Gemilang lebih kurang
jam 7 lebih sikit...
Program tersebut tamat lebih kurang jam 11.00 pagi.
Balik pejabat dan buat digitise footage yang telah dirakam tu...Awal pagi esok
akan disunting dan upload ke Utube......insyaALLAH....
Yang selebihnya tengok jer lah foto-foto
di bawah...ku biarkan ia 
bercerita.....
























Terima kasih kerana singgah di blog ini....

DAUD.montak.zakaria