15 Julai 2009;
Kami, iaitu aku dan sdr Ramli bertolak ke KLIA jam 11.00 pagi dengan dihantar oleh isteri sdr. Ramli. Tiba di KLIA lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Aku hubungi sdr. Raai Osman yang terlebih dahulu sampai di KLIA. Sebentar kemudian sdr. Raai sampai dengan membawa bersama sebuah trolly. Kami muatkan beg-beg kami di atas trolly yang dibawanya serta seterusnya menyemak tempahan tiket kami. Sebaik saja selesai kami pergi pula menguruskan beg-beg yang kami bawa untuk dibawa menaiki kapal terbang.
Pandangan waktu malam berhampiran hotel
penginapan kami.
Sementara menunggu waktu untuk berlepas ke sarawak pada jam 2.00 petang, kami singgah disebuah cafe untuk mengisi perut kami yang kosong ini. Hmmm...nampaknya harga makanan dan minuman di sini lebih kepada... di mana ia di jual, bukan dari segi rasa....
Tiba masa untuk berlepas, kami bergerak ke arah pintu masuk. Biasalah lapangan terbang, segalanya di periksa dengan teliti, segala yang diperbuat dari logam semua ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam bakul untuk melalui ruang x-ray. Kalaulah kita memakai cawat besi, adakah ia juga terpaksa ditanggal? Hmmm...aku tinggalkan persolan ini untuk anda jawab...
Inilah bilik tidur di Merdeka Palace, Kucing yang
menjadi tempat penginapan kami....selesa tak?
Hmmm...malang sungguh aku hari ini, beg kamera yang aku bawa tidak melepasi pemeriksaan. Pegawai petugas membuka beg kamera yang aku bawa. Kemudian berkata, ada bateri kamera ye....Aku cuma mengangguk, risau juga aku maklumlah, mungkin dia ingat bateri kamera tersebut seperti bahan letupan, agak nya lah...atau kalau tidak pun, mungkin muka aku macam pengganas kut...tapi kalau lapangan terbang luar negara mungkin juga muka aku macam muka pengganas, mungkin, bukan begitu? Tapi takpelah, semuanya sudah selesai. Aku puji gak pegawai berkenaan kerana amat berhati-hati dalam menjalankan tugasnya, walaupun negara kita mungkin bukan merupakan sasaran pengganas.
Sdr Ramli dan Raai sedang meninjau
keluar tingkap hotel.
Dalam kapal terbang menuju Kucing, tiada suatu pun yang menarik perhatian aku. Dalam jangka masa lebih sejam setengah ini aku banar2 berasa bosan sangat, kalau aku duduk di tepi tingkap tentu tidak sebosan ini. Selain dari itu, aku bosan gak kerana semua yang memberi perkhidmatan dalam kapal terbang tersebut adalah lelaki, PRAMUGARA belaka.... Terasa sangat bosannya seperti satu hari suntuk rasa berada ditempat duduk kapal terbang tersebut....hmmm...dah nasib agaknye...
Ruang tamu bilik hotel penginapan kami......
Kapal terbang kami mendarat di lapangan Terbang Kucing kira2 jam 3.55 petang. Seterusnya kami menyewa sebuah teksi untuk menuju ke hotel penginapan. Selesa juga hotel tempat kami menginap untuk 2 atau 3 malam ini iaitu malam ini dan malam esok(15 dan 16 Julai 2009). Pada malam lusa, kami akan bermalam di rumah panjang di Santubung dalam kawasan Desa Budaya. Malam terakhir iaitu 19 Julai 2009, kami akan kembali bermalam di hotel ini sebelum terbang balik ke Kuala Lumpur.
Ini boss aku, Profesor Dr. Kamaruddin M. Said dan seorang pensyarah, Dr Jun(nama penuh aku tak tau...). Semasa di Muzium Sarawak.
Selepas sarapan pagi pada jam 8.00 pagi, kami bergerak ke Muzium Sarawak dan seterusnya mendengar kata2 daripada pihak pengurusan muzium pada jam 9.00 pagi. antara isi kata-katanya ialah,
-Negeri terbesar dikalangan 13 buah negeri di Malaysia.
-Terdapat sebilangan suku kaum iaitu Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan selain orang Cina dan Melayu.
-Terdapat tinggalan bukti manusia wujud di Gua Niah dengan terjumpanya tengkorang berusia 42 ribu tahun di sana.
Tugas kami tak lain dan tak bukan tentulah membuat rakaman video semua aktiviti mereka,
bukan makan angin tauuuuu....
Hmmm....ini sudah tentulah aku....assalammualaikum......
Selepas taklimat, semua pelajar dibenarkan melawat sekitar pameran dalam Muzium sarawak, Muzium Etnologi, Muzium Islam. Pada sebelah petang iaitu jam 1.30 petang pelajar di bawa melawat Perbadanan Perhutanan Sarawak dan Muzium Perhutanan yang mempamerkan berkaitan perkayuan.
Berikutnya juga telah diadakan lawatan ke Muzium Kucing dimana bahan-bahan yang dipamerkan adalah bahan2 berkaitan kucing-kucing. Semua bahan berkaitan kucing semua ada dipamerkan melainkan robot kucing saje yang takde...
Dewan DUN Sarawak yang baru.
Seterusnya para pelajar dibawa melawat menelusuri sungai Sarawak dengan menaiki sebuah bot besar di sungai berkenaan. Dari atas bot yang besar tersebut kami dapat melihat pelbagai lokasi tertentu yang berada di tebing sungai berkenaan.
kami juga berkesempatan melihat matahari ketika ia hampir terbenam dari atas bot berkenaan. Hmmmm....cantik sungguh cahaya merah matahari yang hampir terbenam bila dilihat dari jauh...hmmm...apa kata jika matahari yang merah menyala tersebut berada sejengkal di atas kepala kita?? Satu lagi persoalan yang aku tinggalkan untuk anda jawab...
Inilah Muzium Etnologi yang terletak berhampiran
hotel penginapan kami...
Hari ini 'check out' dari Merdeka Palace untuk ke Kampung Budaya di Santubung. Tiba di kampung budaya para pelajar 'check in' untuk bermalam di Rumah Panjang Melanau sementara kami 'check in' di rumah panjang Orang Ulu untuk bermalam satu malam sahaja.
Selepas 'lunch' lawatan ke rumah2 suku kaum dalam Kampung budaya telah dibuat.
Unit Audio Video juga telah sempat merakamkan ke dalam pita video ketibaan Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Saran Kaur. Rakaman juga dibuat ketika TNC berkenaan menaiki rakit bersama pelajar di kolam dalam kampung Budaya tersebut.
Sdr. Ismail bersama pelajar yang mengikuti program ini, dalam hutan buatan di Muzium Perhutanan
Sdr. Ramli dan Ismail sedang berehat di atas bot yang sedang menelusuri sungai sarawak.
Pengkebumian mayat dalam tempayan. Foto ini dirakamkan ketika aku berada dalam Muzium Sarawak.