Hari ini, 16 September 2009, hari Rabu. Awal pagi lagi iaitu jam 8.00 pagi (eh! awal pagi ke ni...) kami dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan telah bergerak ke bangunan Canseleri dengan menaiki kereta. Semua kami seramai 5 orang beserta dengan kamera video, tripod, lampu video dan sebagainya akan membuat rakaman perutusan Hari Raya Tan Seri Naib Canselor UKM dan juga ucapan hari Raya Bendahari UKM.
Menunggu di luar pejabat Tan Sri Naib Canselor.Selesai 'parking' kereta, kami terus menuju 'lift' dan menekan butang nombor 4. Kenape nombor 4, sedangkan pejabat Naib Canselor di paras 6. Sebelum tu aku nak nyatakan sewaktu 'parking' kereta tadi, terasa amat mudah kerana dalam UKM ni memang sukar sangat nak dapat tempat 'parking'. Namun hari ini dengan 'pasport'...' kami nak buat rakaman ucapan Hari Raya Tan Seri Naib Canselor....' dengan tak banyak soal En. Pengawal Keselamatan tu beri kami ruang khas tempat letak kereta berhampiran bangunan tersebut.
Ruang tetamu pejabat Tan Sri.
Di paras 4, kami bertujuan untuk membuat rakaman ucapan Hari Raya Bendahari UKM sebenarnya, iaitu Tuan Haji Rashid. Sampai saja dipejabat beliau, kelihatan kakitangan PTM yang menguruskan rakaman ini, sdr. Meor Sony telah sedia menunggu. Tidak lama kemudian dua orang lagi kakitangan PTM seorang daripadanya sdr. Faril juga tiba di situ.
Sdr. Ramli Adnan.
Sdr. Ramli Adnan.
Seketika kemudian, sdr. Meor Sony telah memberi isyarat, kami boleh memasuki pejabat Bendahari UKM. Maka dengan segera kami membuat persiapan teknikal untuk rakaman ucapan terserbut. Selesai persiapan rakaman pun dibuat dan ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesilapan yang besar. Selesai saja tugas tersebut, kami berkemas dan menuju ke 'lift' untuk meluncur pula ke paras 6 iaitu tempat terletak pejabat Tan Sri Naib Canselor.
Tiba di pejabat Tan Seri, kami diminta menuggu sebentar di ruang menunggu kerana Tan Seri mempunyai urusan tertentu dengan Bendahari UKM. Dalam masa menunggu, bos Pusat Teknologi Maklumat, Prof. Dr. Osman Karim tiba di situ.
Kakitangan Pusat Teknilogi Maklumat, di kiri tu aku
lupe namanye, maaf dan disebelah kanan
tu sdr. Faril. Sabar menanti....
Apabila kami dibenarkan masuk, segala urusan iaitu mencari sudut rakaman yang sesuai dan juga persiapan teknikal untuk rakaman segera kami lakukan. Sebaik selesai, rakaman perutusan Hari Raya Tan Sri Naib Canselor pun kami lakukan. Proses ini berjalan dengan lancar. Sebenarnya perutusan Tan Sri Naib Canselor ini akan disunting dan di 'uploadkan' oleh pihak Pusat Teknologi Maklumat ke laman web UKM untuk tontonan semua.
Sdr. Kamarul Baharin Supaat.
Sdr. Kamarul Baharin Supaat.
Apabila selesai, rakaman kedua pula kami lakukan iaitu rakaman ucapan Tan Sri Naib Canselor untuk ditayangkan semasa Jamuan Hari Raya peringkat UKM di DECTAR pada 9 Oktober 2009 nanti. Lokasi rakaman ini kami lakukan di Galeri UKM yang terletak di hadapan pejabat Naib Canselor. Rakaman di sini pun berjalan dengan lancar sehingga selesai.
Sdr. Meor Sony dan Cik Siti Suraya. Ermmm...ini mesti
gossip ni....
Seperti biasa apabila selesai rakaman dilakukan, semua peralatan dikemaskan dan seterusnya kembali semula ke Pusat Penerbitan dan Percetakan. Kakitangan yang terlibat dengan tugas rakaman hari ini ialah:
PUSAT PENERBITAN:
Aku sendiri, sdr. Kamarul Baharin, Ramli Adnan, Jasryl Amri dan Siti Suraya serta Jurufoto sdr. Raai.
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT:
Prof. Dr. Osman Karim, sdr. Faril, sdr. Meor Sony dan maaf sekali lagi, aku lupe lagi dengan nama kakitangan PTN yang ini....maaf.
Dari kiri sdr Ramli, Kamarul(terlindung),
Dari kiri sdr Ramli, Kamarul(terlindung),
Jasril, Raai dan Prof. Osman Karim.
- Ketika menuggu di ruang tamu pejabat NC.
*Sila layari alamat web di bawah untuk menonton perutusan hari Raya
http://www.ukm.my/portal/berita%20perutusan.html
*Sila layari alamat web di bawah untuk menonton perutusan hari Raya
http://www.ukm.my/portal/berita%20perutusan.html
O.k lah...hanya ini yang dapat aku coretkan di blog ini...jumpe lagi....
No comments:
Post a Comment