Thursday, November 23, 2017

CEO@faculty

Hari ni, Khamis, 24 November 2017, aku masih bercuti seminggu. Bagaimanapun
aku hadir keje untuk membuat rakaman video MCP di KLCC.
Bukan sebab rajin sesangat tapi kesian rakan
rakan yang sama2 bertugas
untuk rakaman berkenaan. Program yang
kami rakam tersebut ialah CEO@FACULTY Appreciation Night 2017 
di Kuala Lumpur Convention
 Center berkenaan.
Kami bergerak dengan coaster UKM
lebih kurang jam 10.30 pagi. Yang turut serta dalam
coaster berkenaan ialah aku, ramli, shah, jasril dan aji. Sementara
sdr. kamarul akan pi sendiri kerana dia ada bengkel. Bersama dalam coaster
tersebut juga ialah staf PKK dari bangunan Canselori iaitu en. wan, 
puan nas, puan syafa dan puan yati....


dalam bas..
sampai da..


Kami tiba di KLCC lebih
kurang jam 12.00 tengah hari...gamaknya...lupa pulak
nak tengok jam...apa2 pun memang sampai kat KLCC, tak sesat pun...
Tiba jer di dewan tempat program berlangsung kami masuk ke dalam dewan tersebut
...kami buat tinjauan je....Staf Syarikat Jelas Juta belum tiba lagi...
Opst! lupa nak cite...kami staf UAV tak bawak
peralatan MCP sendiri tetapi
akan mengendalikan peralatan yang disewa
daripada syarikat berkenaan untuk rakaman malam ni. Kami tiada
pun peralatan MCP portable yang boleh bawak memana tu...jadi sewa je la untuk
program Kementerian Pengajian Tinggi ni...APA BOLEH BUAT LAA...
Kemudian kami dari UAV terus pi ke bilik yang telah
disediakan untuk kami duduk seketika bersama yang lain...
Rehat dalam tu sat.....


nak naik lift.. 
permandangan luar dewan tersebut..


Tak lama kemudian terima call drpd staf Jelas Juta
Dia orang kata dalam perjalanan ke atas untuk bawak alatan MCP
ke dewan tersebut. Dalam jam 12.00 lebih aku ajak shah pi ke dewan untuk
melihat pemasangan alatan MCP. Yang lain2 staf UAV ikut serta. Dalam dewan kami
perhati je staf JJ buat pemasangan. Pemasangan peralatan makan masa
satu jam jugak. Banyak peralatan yang dia orang bawak.
Peralatan yang dia orang format HD....memang
cantik sesangat la visual nya.....tentunya...
Kami duk dalam dewan tu hingga
alat selesai dipasang. Kami tunggu raptai yang dikatakan
akan bermula jam 2.30 petang....Tunggu punya tunggu takde pun raptai
jam tersebut..huhuhu... Jadi kami takde tempat nak lepak...masuk kembali dalam bilik
rehat. Dalam jam 4.00 lebih kami pi ke dewan untuk tinjau apa yang
berlaku dalam dewan. Ada raptai sedikit dalam dewan tu.
Kami duk sana hingga selesai raptai. 


...ni aweks pkk...jangan cuba...sume da ada pemilik berdaftar...
staf JJ
staf JJ


 Tamat je
raptai kami pi kembali ke bilik...
Opst! takleh masuk pulak sebab terdapat
dua orang pompuan yang kami tak kenali di dalamnya. Tak jadi
masuk. Kalau lelaki tak dikenali...mungkin kami masuk gak. Kalau pompuan
rasa macam...ermmm... Jadi kami lepak je la kat anjung bangunan tersebut. Tak lama
kemudian tiba staff lain di anjung berkenaan termasuk mad nor, ikhwan, raai,
dan su serta kamarul. Kami minta kamarul dan su amik kupon
pada syafa di impiana hotel...kupon nak makan....
Dapat je kupon terus pi
dewan makan. Dalam perjalanan kami jumpa
anim dan iddan...eh! ye ke....aku pun da lupa da........
Jumpa je dewan makan kami terus masuk dan jamu selera....sebelum tu
kena bagi kupon kat staf yang menjaga dewan berkenaan. Yang aku ingat sama2
makan dalam tu selain UAV ialah ikhwan...md noor...su...ermmmm...
da lupa da sape lagi.......


dewan..
staf JJ
shah...


Selesai makan terus pi dewan, standby
untuk rakaman program. Aku terus je duduk di switcher. Bersama
aku ialah krew teknikal jelas juta. Sebenarnya yang mengendalikan rakaman ialah
staf uav pkk...iaitu pengarahan aku, sementara jurukamera ialah jasril, shah,
aji dan kamarul. Sementara sdr. ramli bantu aku menyemak
skrip perjalanan program berkenaan......sukar
jugak kalau mengarah sensorang....huhu..
Program CEO@FACULTY Appreciation Night 2017 dirasmikan oleh Menteri Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Emcee pada malam tersebut ialah Daphne Iking.
Google la dia kalau korang nak tau.....


Malam Appresiasi CEO tersebut telah berjalan dengan lancar. Bermula

lebih kurang jam 8.30 malam dan tamat lebih kurang jam 11.30 malam. Banyak
persembahan yang telah dipersembahkan oleh Pusat Kebudayaan UKM
selain daripada persembahan kesenian dari universiti
awam yang lain..........






belakang tu krew teknikal JJ
Kami telah dapat mengendalikan rakaman
tersebut dengan licin tanpa sebarang masalah. Sebagai pengarah
studio, tugas aku ialah meberikan arahan kepada jurukamera dan memilih kamera
mana yang perlu di 'take'. Tugas akan menjadi lebih licin bila jurukamera
menurut arahan pengarah. Tugas jurukamera ialah memberikan
shot yang cantik seperti yang diminta. Rakaman
akan benar benar tamat apabila pengarah
arahkan untuk berhentikan rakaman. Selepas arahan tamat
barulah semua jurukamera boleh tinggalkan kamera memasing. Selepas tamat
program. Rakaman ditamatkan dan staff JJ mula kemaskan peralatan.
Aku sempat bersalam dengan krew teknikal JJ dan
ucapkan TERIMA KASIH BEBANYAK...
Lepas tu kami staff PKK berkumpul sebentar
sambil amik amik gambar ... bersembang sambil bergurau comel.... Aku suka 
dengan situasi yang gembira dan ceria tu...hermmm...semua staff pkk ni baik2 belaka...
cuma kita jarang ada kesempatan berkumpul reramai..... Pengarah PKK 
pun ucapkan terima kasih kepada semua... Tak lama duduk2...
kami staf uav pkk bergerak untuk balik ke Bangi kerana 
coaster da tunggu da tu.........

...gigil lagi tangan aku...blur....
dengan awek2...lagi la gigil...lagi la blur....
hahaha...ini baru tak blur....mungkin ramai lelaki depan kamera...kut...macamana
pulak ada yg nampak kurus bila dalam gambar....huhu....


Tiba depan KLCC kami terus naik coaster dan gerak balik ke Bangi.
Hanya aku, shah, jasril, ramli dan aji je naik coaster sementara yang lain2 naik
kenderaan memasing atau tumpang staf pkk yang lain.....apa2
pon ALHAMDULILLAH selesai keje dengan lancar...senang hati daaa....

Terima kasih kepada semua STAFF UAV yang terlibat dalam rakaman MCP....

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria