Tuesday, September 24, 2013

raKAman mCp koNvo 41....?

TIDAK berapa lama lagi KONVO KE-41 akan berlangsung di UKM pada
26 - 29 OKTOBER 2013. Seperti biasa beberapa minggu
sebelum majlis berkenaan kami dari Unit Audio
Video akan membuat pelbagai persiapan
sebelum majlis tersebut berlangsung
apatah lagi sibuknya bila
majlis tu sedang
berlangsung.


Biasanya beberapa minggu sebelum majlis kami akan melantik AJK Kecil Rakaman
(video & foto). AJK Kecil berkenaan akan dipanggil mesyuarat untuk
mengagihkan tugas masing2. Tugas2 yang wujud dalam
rakaman ialah JURUKAMERA, FM, SWITCHER,
GRAFIK, VTR, JURUAUDIO dan 
PENGARAH STUDIO dan JURUFOTO.... 
KEBIASAANNYA jumlah AJK Kecil Rakaman
ialah lebih kurang 40 orang. Mereka bertugas secara bergilir-gilir.
Selain staf kami yang berjumlah
lebih kurang 7 orang, krew2 bantuan yang lain yang dilantik adalah dari
jabatan dan fakulti lain dalam UKM. Surat panggilan untuk
mereka akan dibuat lebih awal.........
Mereka yang dipanggil akan diminta kebenaran pelepasan dari
jabatan masing2 secara bersurat. Dari segi peralatan pula selain peralatan yang kami
miliki, kami juga menyewa beberapa buat kamera dari syarikat luar.
Dalam hal penyewaan ini semuanya telah diputuskan
dalam mesyuarat induk KONVO.
NAMUN untuk majlis KONVO KE-41 ini kami tak pasti
dapat menjalankan urusan konvo dengan licin. Maklumlah kedudukan kami yang tunggang
langgang dan tak menentu ini agak mempengaruhi kami yang menjadi
'mastermind' dalam urusan rakaman dan tayangan
semasa majlis berkenaan berlangsung.
Semasa masih di bawah PENERBIT UKM, kami mudah untuk membuat urusan
dan semangat kami memang tinggi untuk melaksanakan tugas.
Sekarang semangat kami agak 'down' kerana kami
masih menunggu arahan tentang kedudkan kami, ke mana kami akan dicampak, di mana
kami akan di tempatkkan, adakah kami akan dipisah-pisahkan dan
akan di lontar ke mana. Semua persolan ini menyesakkan
benak kami dan yang paling ketara...semangat
kami untuk melaksanakan tugas rakaman Majlis ini agak 'down'...bukan 'down' sikit tapi
'DOWN' yang 'BANYAK'............

....sekian dan terima kasih  kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria