Wednesday, July 27, 2011

Sebuah Catatan Fotografi di Pulau Tioman


PETA PULAU TIOMAN.
Cuba lihat Kg Tekek, Kg Juara, Kampung Genting dan Kampung Salang.

Aku berada di Pulau Tioman daripada 23 - 27 Julai 2011, kerana 'shooting video' Bengkel Foto anj. Unit Latihan Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Penerbit UKM. Walaupun kurang sihat kerana diserang sakit mata aku pergi juga sebab akau nak terbitkan video ni dan upload ke YouTube. Siang Jumaat tu aku gi klinik ambil ubat dengan harapan bila berada di Pulau Tioman sakit aku tu berkurang. ALHAMDULILLAH, ketika di sana sakit mata aku berkurang dan dapat membuat tugas aku dengan sempurna....








Aku bersama sdr. Jasril turut mengikuti kumpulan kakitangan UKM yang menyertai Bengkel Foto di Pulau Tioman. Kami berdua bukan peserta bengkel pun, tetapi bertindak sebagai videographer yang akan merakamkan segala aktiviti bengkel berkenaan selama 5 hari bermula daripada 23 - 27 Julai 2011.

*...Haji Ismail(kanan) sedang berurusan...


Perjalanan ke Pulau Tioman bermula dari UKM dengan bas...ermmmm...bukan bernama UKM pun bas tuuuu... kira2 jam 11.30 malam.

*...masa di pengkalan Tanjung Gemok...

Disebabkan bergerak pada waktu malam, aktiviti paling sesuai ketika itu ialah tidoq kut.... Namun aktiviti tidoq tu kerap diganggu oleh hentakan bas ketika melalui jalanraya yang beralun sama macam ombak laut bila dilanggar bot laju. Bolehlah kita katakan 'tidur-tidur ayam...' (...spesis itik tak tidur ker...).
*....dah sampai Kampung Tekek ni...

Aku tak taupun sama ada wujud atau tidak kampung di kiri dan kanan jalan yang dilalui tu. itulah kerugiannya bila bergerak waktu malam ni..... Lebih kurang jam 5.00 pagi kami tiba di Pengkalan Feri Tangjung Gemok ( napeler nama macam ni...)Rompin Pahang. Punggah semua beg-beg keluar dari perut bas... Masuk waktu Subuh, pi surau berhampiran. Pelik aku dengan pemandu bas yang 'ini', tak sabar-sabar nak 'blahhh....' Apalah salahnya hantar kami di pintu pengkalan feri tu selepas sarapan, berat oooorrr...beg yang kami bawa tu, beg pakaian dan alatan2. Beg yang kami bawak bukan ringan maklumlah nak duk 5 hari. Sedangkan pemandu bas 'satu lagi' boleh pulak buat macam tuu... Opst! lupa nak citer @ tulis, sebenarnya dua buah bas digunakan untuk membawa lebih kurang 50 orang peserta ke sana... Satu lagi lupa nak citer, bengkel ni anjuran Unit Latihan Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Penerbit UKM..

Untuk sampai ke Pengkalan Tanjung Gemuk ni memakan masa selama 5 jam lebih kurang. Di pengkalan, selepas mengambil 'boarding pass' kami bergerak menuju feri yang sedang menunggu..(ewah...macamkan feri tu nak tunggu sangat, kalau terlepas nasib ler....). Sebenarnya Haji Ismail telah menguruskan semua urusan lebih awal, tu lah sebabnya tiada timbul sebarang masalah.

*...ni depan pejabat chalet tu ler.....

*.....sesi ceramah....

Di feri semua beg diletakkan di bahagian atas feri sementara beg yang mengandungi barang berharga dibawa bersama masuk ke dalam. Dalam feri aku memilih tempat duduk berhampiran tingkap dengan harapan untuk membuat rakaman video di luar. Di bahagian atas feri tidak dibenarkan penumpang duduk atas sebab keselamatan. Malang nasib aku ketika bergerak takleh nak rakam video dari tingkap feri kerana cermin tingkapnya comot sangat....ermmm...Feri jugak terasa agak bergoyang sedikit, mungkin ombak lebih tinggi daripada biasa kut....eloklah bahagian atas tak dibenarkan untuk penumpang, maklumlah kalau tercampak ke air bukankah susah....

Fikiran aku buntu sangat berada lama dalam feri iaitu kira-kira 2 jam beb...kematu rasanya tempat tertentu... ya...dua jam perjalanan (eh! leh ker berjalan dalam air ni...) untuk sampai pengkalan Kampung Tekek... Walaupun skrin televisyen yang usang(sebab kalernya macam tak betul jer...) menunjukkan filem Melayu tapi tetap gak boring rasenyer... Dari dalam feri kelihatan pulau-pulau kecil dilintasi oleh feri berkenaan.
Sebelum sampai di Kampung Tekek, feri tersebut singgah di Pengkalan Kg. Genting untuk menurunkan atau mengambil penumpang. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.35 pagi dan waktu bergerak tadi jam 8.00 pagi.

*...leka dengar ceramah foto...

Tiba di Pengkalan Kampung Tekek jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Urusan penginapan di Chalet Peladang selesai lebih kurang jam 11.00 pagi. Jam 11.30 pagi diadakan taklimat ringkas serta tunjuk ajar asas kamera kepada peserta bengkel yang masih baru dalam bidang berkenaan. Sementara peserta yang 'otai' dibenarkan berkeliaran di sekitar Kampung Tekek untuk merkamkan apa-apa saja untuk dijadikan hasil yang mempunyai nilai estetika dalam seni fotografi. Sebelah malam pula diadakan ceramah Photoshop oleh Pn. Insyirah.
*....dalam hutan rimba ketika 'jungle tracking...'

HARI KEDUA 24 JULAI 2011
Selepas sarapan peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan bergerak ke Kampung Salang dengan bot-bot laju sementara satu kumpulan lagi bergerak ke Kampung Juara dengan kenderaan 4WD. Kampung Juara terletak sebelah timur pulau iaitu menghadap laut China Selatan. Jarak perjalanan kira2 7 Kilometer dengan melintasi banjaran yang tinggi jugak. Aku dan sdr. Jasril mengikut kumpulan yang bergerak ke Kg. Juara. Kenderaan 4WD tersebut bergerak mendaki banjaran, jalan tar yang bengkang bengkuk di sana sini. Dipertengahan perjalanan kami singgah di hutan untuk melakukan sedikit 'jungle tracking' masuk ke hutan hingga tiba di satu air terjun kecil... Peserta merakamkan segala yang kelihatan untuk dijadikan subjek rakaman foto mereka. Banyak jugak subjek yang aku dan sdr. Jasril rakam disekitar hutan tu termasuk anak-anak ikan dalam air sekitar air terjun kecil tu...Jam 11.00 pagi lebih kurang, kami bergerak ke Kampung Juara. Untuk tiba di sana, laluan bengkang bengkuk itu jugak yang dilalui kerana itulah satu2nya jalan yang ada. Di Kampung Juara pantainya bersih tiada kelihatan banyak sampah pun cuma terdapat sedikit semak, tak tau nape dia orang tak bersihkan, kalau namanya pulau percutian nape tak dibersihkan......tah pape dia orang tuuu...Air lautnya amat jernih, mungkin sebab berhadapan dengan laut luas China Selatan kut...
Semua subjek dirakam termasuk Pusat Pemuliharaan Penyu. Ramai jugak pelancong Eropah kat sini berseorangan atau berpasangan....bimbang nak tengok lama-lama maklumlah......
*...pantai kampung Juara..

Jam 3.00 petang kami kembali semula ke Kampung Tekek. Sebelah malam pula tiba giliran Ketua Penerbit Prof. Dr. Kamaruddin M Said menyampaikan ceramahnya.

HARI KETIGA 25 JULAI 2011
Selepas sarapan grup yang kami ikuti pula mendapat peluang untuk ke Kampung Salang dengan bot-bot laju sejumlah 3 buah semuanya. Grup yang satu lagi bergerak ke Kampung Juara. Aku naik bot bersama 5 yang lain termasuk En. Hazrul dan sdr. Jasril. Laju bot berkenaan bergerak dan aku yang duduk di depan amat tidak selesa kerana terhentak-hentak ketika bot laju melanggar ombak. Rakaman gagal aku lakukan ketika itu dan aku berikan kamera kepada Jasril untuk membuat rakaman kerana berada dibahagian belakang atau tengah bot akan lebih stabil berbanding bila kita berada di bahagian depan. Kami sampai di Kg. Salang lebih kurang 15 minit dari Kg Tekek. Kampung tersebut tidaklah luas sangat pun, yang banyak kat situ ialah chalet. Chalet 5 bintang yang belum dapat CF pun ada, besar sungguh kawasan chalet tanpa CF tu... Pelancong antarabangsa ramai kat sini. Memang kampung ni boleh dikatakan untuk pelancong kut. Faham-fahamlah pelancong Eropah ni memang simple pakaian yang dipakai. Pakaian yang lekat di badan mereka cuma satu 'garisan' di atas dan satu 'garisan' lagi di tengah-tengah. Dalam keadaan begitulah mereka bersidai kat matahari di tepi pantai tu dan mundar mandir di merata tempat berkenaan. Kami tidak rakam pun suasana tu, bukan saja kami malu atau bimbang malah mungkin kamera kami pun 'segan' nak rakam kut... Kami tidak berada lama di kampung berkenaan dan jam 12.00 tengah hari kami pulang ke Kg. Tekek. Visual yang kami rakam cuma chalet, aktiviti peserta dan permandangan jer... Kami bergerak dengan bot kembali ke Tekek dan kali ini aku duduk di belakang hampir dengan enjin bot dan dapatlah buat rakaman sedikit dengan kamera yang dibalut plastik bagi mengelakkan air yang mercik masuk ke bot.

Sebelah petang kami merakamkan aktiviti peserta memilih foto-foto terbaik untuk dipersembahkan pada waktu malam.
Jam 4.00 petang aku dan sdr. Jasril pergi ke Taman Laut untuk merakamkan aktivi snorkelling yang dilakukan oleh para peserta termasuk Prof. K.

*... pantai Kg Tekek....

Sungguh seronok melihat air yang jernih hingga kelihatan jauh ke dalam air di lokasi tu. Banyak jugak rakaman yang aku lakukan termasuk ikan-ikan yang banyak yang berlegar di sekeliling mereka yang memberikan makanan ikan di dalam air berkenaan.
*...Kg Tekek....

Sesi pembentangan hasil kerja dilakukan waktu malam dan sempat juga akau merakamkan beberapa orang peserta termasuk ulasan Prof. Kamaruddin. Selama 2 hari termasuk hari ini kami cuba merakamkan 'sunset' di pantai Pulau Tioman namun semuanya gagal, mungkin 'sunset' memang tiada di Tioman kut...


HARI KEEMPAT 26 JULAI 2011;
Selepas sarapan kami iaitu aku dan sdr. Jasril mengikuti kumpulan peserta lebih kurang 20 orang untuk melakukan aktiviti 'jungle tracking'. Aku dan sdr. Jasril mengikuti aktiviti berkenaan sebagai 'videographer' yang akan merakamkan perjalanan aktiviti tersebut.

*...taman laut...

Kami dibawa ke lokasi untuk masuk hutan dengan kenderaan 4WD jam 9.00 pagi. Permulaan perjalanan merupakan keadaan muka bumi yang agak landai jer...namun lama kelamaan mula mendaki sedikit demi sedikit. Laluan yang dilalui ialah merupakan jalan tanah serta meniti batu-batu kecil dan besar. Kami juga merakamkan aktiviti peserta sepanjang perjalanan tersebut serta juga spesis flora yang wujud. Terdapat pokok-pokok balak yang besar sungguh. Macam-macam tumbuhan ada di sini. Serangga yang merayap jugak kelihatan. Letih jugak mendaki kawasan hutan melalui jalan tanah ni.

*...pantai kampung Salang...

Di laluan jungle tracking tersebut kami berjumpa ramai pelancong antarabangsa termasuk dari Iran yang cantik bertudung pasangannya. Mereka minta saudara Jasril membuat rakaman foto mereka berduan berlatar belakangkan hutan dan sungai...

Setelah agak lama mendaki kami tiba dipersimpangan jalan tar untuk menuju ke kampung Tekek dan Kg. Juara. Selepas semua peserta berehat seketika, maka kami pun mula bergerak menuju jalan tar ke Kg Tekek. Jalan tar ini merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan bahagian barat dan timur Pulau Tioman yang mempunyai jarak 7 kilometer.

*...tepi pantai Kg. Salang.....

Masa awal berjalan tidaklah terasa letih sangat, namun bila dah lama berjalan dan mendaki, kaki dah mula lengoh-lengoh dan sakit-sakit. Aku rasakan amat jauh untuk menamatkan perjalanan untuk tiba di Kg Tekek tu, macam tak sampai-sampai jer....tak sabar nak tamatkan cepat. Badan pun dah letih sangat, tapak kaki pun rasa pedih kerana aku dah buat silap, pakai kasut getah tanpa sarung kaki...
Perjalanan mendaki dan menurun kelihatan tidak sudah-sudah lepas satu pendakian ke satu yang lain begitu juga lepas satu selekoh ke satu selekoh....air pulak dah habis satu botol besar. Terdapat satu kumpulan lagi di belakang kumpulan aku, Haji ismail dan Yan....
Pada mulanya Haji Ismail dan Yan bersama aku, lama kelamaan Haji Ismail dan Yan jauh meninggalkan aku keseorangan sementara di belakang aku ada lagi satu grup peserta bengkel. Di hadapan kami terdapat satu lagi grup kecil termasuk sdr. Jasril... Tenaga hampir habis rasanya dan subjek-subjek yang kelihatan cantik dan menarik dijumpa, dah rasa malas nak rakam sebab letih sesangat. Waktu menurun bukit seperti tak berkesudahan jugak, lepas satu selekoh curam ke satu selekoh curam yang lain.

*...inilah sebahagian peserta yang sama-sama ber'jungle tracking'...

Akhirnya setelah jauh serta lama berjalan dan hampir tiba di Kg Tekek, tiba2 muncul kenderaan 4 WD serta pemandu kenderaan 4WD tersebut singgah, menumpangkan aku serta kelihatan juga kumpulan di belakang aku sudah pun berada di dalamnya. Ketika itu aku sudah hampir sampai ke jalan tar menuju Kg. Tekek. Syukur jugaklah, tak perlu lagi aku menapak dengan langkah yang semangkin pendek dan perlahan....Tiba di chalet aku terus pergi ke tempat makan namun bukan makanan yang aku ambil tetapi 1,2,3 dan 4 gelas air saja yang aku minum...tak ambik makanan pun tengah hari tu walaupun jam menunjukkan pukul 2.00 petang lebih kurang. Di sana sdr. Jasril telah pun sampai dahulu...eksyen sungguh dia... tinggalkannya aku....ermmm...

Walau bagaimanapun aku amat berpuas hati kerana terlibat dalam aktiviti 'jungle tracking' tu....menyesal...?...oh! tidak..tak...tak...kalau ada lagi aktiviti macam ni aku akan ikut...aku suka aktivi macam ni, seronok walaupun keletihan...Sedikit pun aku tak menyesal dan jika ada peluang lagi aku akan ikut....jommmmm....

*....pokok besar yang kami jumpa dalam rimba semasa 'jungle tracking...

Masa yang di ambil untuk melengkapkan aktiviti tersebut lebih kurang 5 jam kut dan jaraknya ermmm...mungkin 7 atau 10 kilometer....kami masuk ke hutan jam 9.30 kut....dan keluar jam 2.00 petang..

*...pokok hutan, cantik....

Aku seronok dengan aktiviti ni....seronok walaupun letih...suka sertai aktiviti ni sambil merakam video, dengan cara ini aku dapat berkongsi keindahan hutan dengan mereka yang tidak pernah masuk ke hutan melalui video yang sering aku 'upload' selepas disunting ke YouTube....

Terima kasih tidak terhingga kepada pemandu 4WD yang menumpangkan aku tu yang mana aku tak sempat nak ucap pun kepadanya....

Sebelah malam pula rakaman 'presentation' peserta dilakukan.

*...cantik pokok ni...walaupun kelihatan berhantu....



HARI KELIMA 27 JULAI 2011;
Selepas sarapan kami bergerak ke pengkalan untuk naik feri dan pulang.

*...masa balik ketika berada dipengkalan feri.....Siti Suraya sedang buat rakaman...sib baik bengkel dah tamat, kalau tak ada yang warning aku supaya suh dia tumpu pada bengkel....

10.00 pagi naik feri dan mula bergerak serta ceritanya hampir sama seperti masa datang ke sini, kalau rajin sangat bacalah kembali....tiba di pengkalan Tanjung Gemuk, 2 buah bas sedia menunggu dan masukkan barang ke perut bas dan kami jugak masuk sama dan bergerak melalui Negeri Sembilan...tiba di UKM jam hampir 5 petang. Tiba di pejabat buat suntingan video yang telah diminta oleh seorang pensyarah yang memohon sebelum aku pergi ke Tioman. Masa kat Tioman juga dia cuba talipon dan hantar mesej untuk ambil hari Khamis. Aku jawab dengan sms mengatakan ia belum siap dan akan hubungi kembali. Oleh kerana dia nak sebelum puasa aku 'paksa' jugak diri ini untuk memenuhi janji dan mengembirakan orang lain. Aku 'stay back' lebih kurang satu jam dari jam 6 petang hingga hampir jam 7 malam tuk siapkan suntingan tu...buat 'master' dan mintak tolong 'Siti Suraya' (jangan lupa Suraya...) 'copy' kan ke DVD esok(Khamis). Sekianlah..............

* air tenang jangan disangka tiada Toman.....
daudmontakzakaria.

No comments: