HARI ini 23 september 2011;
Hari ini memang letih dan sibuk sesangat, hingga dirasakan seolah-olah tiada ruang untuk berehat namun ALHAMDULILLAH...kerana semua tugas dapat disempurnakan dengan baik. Hari ini kami membuat persiapan teknikal peralatan rakaman MCP untuk majlis konvokesyen ukm 39 yang akan berlangsung daripada 24 - 27 september 2011.
...peralatan kamera yang disewa...
...antara kabel kamera yang dipasang, kabel ni ada masalah...
Tugas kami hari ini memakan masa yang agak lama iaitu bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 10.00 malam. Masa tidak menunggu kami, ia terus bergerak dan jika kita leka,tentu kita akan menghadapi masalah...Sebenarnya bukan mudah untuk membuat persiapan teknikal untuk majlis yang agak penting ini, tidak semudah memetik jari-jemari tangan....
Peralatan yang kami siapkan ialah berkaitan kabel-kabel kamera, tripod, cctv untuk tontonan dalam dan luar dewan, pemasangan speaker, dan sebagainya. Soal memasang satu hal, lepas dipasang peralatan tersebut diuji, jika berlaku sebarang masalah disinilah yang akan memeningkan dan memenatkan....
....masking tape amat perlu walaupun dikatakan perkara remeh.....
mikrofon untuk audio...
Apa yang kami rakam akan secara langsung ditonton di layar-layar besar dalam dewan besar, layar besar di panggung seni dan juga di skrin tv di luar dewan. Oleh itu sebarang kesilapan walau kecil mana yang dilakukan oleh krew akan kelihatan secara 'live' jugak.
Oleh itu krew yang mengendalikan peralatan sewajarnya mengurangkan
kesilapan walaupun mustahil untuk dielakkan.
Kesilapan akan dapat dilihat di layar-layar besar dan kecil di sekitar dewan DECTAR.
Tahun ini juga kami menyewa beberapa perlatan daripada Jelas Juta untuk melengkapkan peralatan yang kami miliki untuk tujuan rakaman sepanjang 4 hari tersebut... Kami akan menggunakan 5 buah kamera video untuk rakaman berkenaan.
....salah sebuah kamera yang kami miliki...
...masa sentiasa bergerak dan tidak menunggu kami...
Tahun ini kami agak lega sedikit kerana kami tidak perlu menyediakan tv plasma sejumlah 5 buah di atas pentas...Kali ini kami hanya sediakan sebuah dihadapan
Tuanku Permaisuri sahaja.
Hal ini adalah disebabkan VVIP di atas pentas boleh melihat screen besar di belakang yang lebih cerah, cantek, jelas dan cun, kami pun hampir jatuh cinta dengan sceen berkenaan...harap satu hari nanti semua layar besar dalam dewan ditukar kepada 'LED'. Layar besar yang sedia ada tidak mampu untuk menandingi kecerahan layar LED berkenaan...
Persiapan teknikal di sebelah pagi disiapkan oleh sdr. Shahrul, Ramli dan aku. Sementara sdr. Kamarul, Jasril dan Ruhaizad mempunyai tugas lain iaitu rakaman video lawatan TPM ke UKM. Beberapa krew bantuan juga turut serta menghulurkan tangan mereka. Persiapan sebegini memang memakan masa yang panjang.
...pemuzik juga sibuk membuat latihan...
....dewan yang megah....
Salah satu kabel kamera yang telah dipasang mengalami masalah, oleh itu terpaksalah digantikan dengan yang lain. Kebetulan kabel tersebut adalah untuk rakaman semasa
perbarisan pasukan PALAPES di depan dewan.
Oleh itu terpaksa ditukar walaupun hari dah mencecah jam 9.00 malam. Itulah jika terjadi masalah demikian perlu dicari penyelesaiannya. Mau tidak mau mesti dicari jalan supaya masalah tersebut diatasi jugak...'by hook or by crook'...
Apa2 pun tugas tersebut dapat kami sempurnakan dan semua ujian peralatan dah selesai dan tidak timbul apa2 masalah. Diharap sangat esok akan memberi sinar bukan kabus pada kami semua. Semoga semua krew dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan licin. Diharap jugak peralatan teknikal tidak menimbulkan masalah ketika rakaman majlis berkenaan hingga selesai..... Terima kasih diucapkan kepada semua krew yang terlibat dalam pemasangan peralatan iaitu sdr. Shahrul, Jasril, Ramli, Kamarul, Izad, Bukhari, Sulimi, Yunus, Rosli, Saiful, Watie, Syanana, Zulhimi, Yusri dan lain2 yang lupa nak aku tulis di sini.....sekian dan terima kasih sebab membaca catatan ini....
daudmontakzakaria