Tuesday, July 2, 2013

VO pertama pelajar LI Politeknik..

....sila tonton video...

sedia untuk vo...
HARI ini, 2 Julai 2013, kami membuat 'voice over' untuk program video 'BENGKEL
KESENIAN UKM 2013'. FOOTAGE berkenaan telah kami rakam
pada hari SABTU lalu iaitu 29 Jun 2013.
Sdr. Kamarul Baharin, Siti Suraya, dan pelajar LI Politeknik
iaitu Najwa dan Aisyah serta aku telah membuat rakaman footage program
tersebut pada Sabtu lepas iaitu 29 Jun lalu....

sifu...

aisyah...
Aku dah edit video tu sejak semalam, hari ini aku atur footage berkenaan buat kali yang 
terakhir sebelum dibuat suntingan akhir selepas rakaman vo, mengikut skrip
yang telah aku tulis. Bukan bagus pon skrip tuuu...tapi o.k lah daripada
tak buat langsung...kan...kan........Kerja mengatur footage
 ni aku da siapkan lebih awal sebelum
 membuat 'voice over'....

rehearsal....
cuba sampai bole....
Ini merupakan kali pertama aku gunakan suara pelajar Latihan Industri dari POLITEKNIK
ARAU, PERLIS ni,  iaitu SITI AISYAH. Sdr. Shahrul mengajarnya
macam mana cara dan teknik untuk membaca
VO serta menjaga intonasi suara
dan sebagainya......
Biasalah, bila pertama kali membaca 'vo' untuk program video, memanglah
ada kekurangan, namun pada aku ia boleh diatasi, bila
da biasa dengan perkara tersebut....
Kalau nak dengar suaranya, silalah tonton video kat atas tuuuu...

....rakam....
semak skrip...
Agak lama jugak kami berada di STUDIO UKM tu untuk siapkan voice over
berkenaan, maklumlah bukan mudah untuk dapatkan hasil
yang memuaskan. Mesti buat berkali-kali hingga
berjaya. Namun vo hari ini kami buat
dua kali jer, ekekekeke.......harap vo yang
aku pilih tu merupakan yang terbaik..................................
Apa yang aku harapkan ialah moga mereka (LI students) tu mendapat
pengalaman bagaimana kerja-kerja voice over dibuat, walau
pon alat yang kami gunakan taklah canggih mana
 pon, namun  konsep rakaman vo masih ada.......
Harap mereka berdua mendapat manfaat dan video yang da aku siapkan tu
mampu menarik perhatian penonton semua....tonton 
arrrrrrrr.................
Aku gak  nak ucapkan
terima kasih bebanyak kepada setiap individu yang terlibat
dalam pembikinan video ini. Tanpa kerjasama tentu
semuanya mustahil akan berjaya
dilaksanakan...setiap individu mempunyai sumbangannya
yang tersendiri, walau sekecil mana sekali pon,
ia tetap jugak sumbangan yang bermakna
serta amat bernilai..........
terima kasih sekali lagi.............................................
..........sekian....

....terima kasih kerana sudi membaca........
DAUD.montak.zakaria