Monday, November 27, 2017

Bengkel video koperat anjuran UAV PKK

DAY 4, HARI TERAKHIR BENGKEL
Hari ni, Khamis dan merupakan hari terakhir bengkel penerbitan video korporat
anjuran UAV PKK UKM. hari ini setiap kumpulan berusaha menyiapkan
pos produksi video memasing. Dari proses suntingan hingga
siap. maksudnya siap dengan muzik, suara latar,
grafik dan sebagainya. 











Kumpulan dua juga tidak ketinggalan.
Maaflah....... aku biarkan mereka menyelesaikan segala galanya
dari A to Z supaya mereka ada pengalaman dalam menyiapkan penerbitan video
sepenuhnya dilaksanakan oleh mereka sendiri. Dengan cara ini mereka
akan tahu segala kepayahan dan segala yang diperlukan untuk 
menghasilkan sesebuah penerbitan video. Amali dan teori mesti berjalan seiring...
bukan berasingan. Selain daripada itu mereka juga boleh berbangga
dengan hasil penerbitan yang telah mereka usahakan sendiri..
Aku juga ingin mereka dapat rasakan kerja berkumpulan.
Sebenarnya keje berkumpulan ni bukan mudah, segala keputusan kena
dibuat dan dipersetujui bersama, bukan keputusan seorang individu sahaja.
Sebelah petang telah diadakan sesi tayangan penerbitan
memasing di PURI PUJANGGA...tayangan
perdana kut.....Bengkel tamat lebih
kurang jam 5.00 pm.

TAMAT SUDEY..............................................................


DAY THREE
Hari ni, Rabu, 29 November 2017, hari ketiga bengkel Video Korporat PKK.
Hari ini masing masing kumpulan sambung tugas memasing untuk
shooting footage2 yang perlu di shoot untuk video
korporat mereka. Jadi untuk kumpulan 2, lokasi semalam
masih lagi berada dalam jadual shooting. Bab ini perlu hati2 terutama
dari segi 'continuity'. Kalau tidak dijaga dengan betul apa yang telah di shoot
tidak akan berguna. terpaksa di shoot kembali. Itu salah satu
perkara kenapa krew yang jaga continuity perlu ada......










HARI KEDUA BENGKEL VIDEO
Hari ni Selasa, 28 Nov. 2017. Semua peserta bengkel yang telah ditentukan kumpulan
telah berbincang untuk membentuk penerbitan video memasing.
Kumpulan 2 buat perbincangan dan waktu petang
keluar untuk shooting. Mereka
bercadang...dah buat keputusan pun, untuk
buat video berkaitan OBIKE. Jadi waktu petang mereka turun
untuk shooting di lokasi lokasi yang telah ditentukan oleh mereka. Lokasi
yang terlibat ialah KOLEJ KERIS MAS, bus stand dan dataran pangung Seni....













DAY ONE
Hari ini Isnin, 27 Nov. 2017, bermula bengkel video koperat anjuran unit audio video pkk.
Hari ini merupakan hari pertama bengkel diadakan di Puri Pujangga
UKM. Ramai juga peserta yang involve. Dihadkan
seramai 25 orang. Penceramah
utama kami undang
dari syarikat produksi luar. 

kamarul...alia...aku...
sdr. shahrul dan jasril....


Kami cuma
bertindak sebagai fasilator. Kalau kami yang jadi
penceramah mungkin staf da jemu dengar kami bercakap, jadi kami
jemput penceramah luar supaya peserta terdedah kepada pembikin video luar
yg luas pengalaman. Mereka da buat beratus video koperat, dokumentari
dan sebagainya. Boleh percaya mereka tu.
Setakat yang aku dengar ceramah
tu tadi...memang dia dan krewnya mahir
dalam hal berkaitan dengan penerbitan video ni...
Yang bagi ceramah tu merupakan pemilik syarikat produksi
tersebut. Dia punyai pengalaman dalam bidang berkenaan selama lebih
30 tahun.......Individu tersebut ialah EN. SHARIF dari
ZAFTRAD...rasanya ramai dikalangan
penggiat penerbitan video kenal dia niiiiiiiiiii.......




Esok hari kedua pulak...

SEKIAN