Thursday, October 24, 2013

seLAMat daTAng 41....(KONVO KE-41)

HARI ini, Khamis 24 Oktober 2013, kami membuat pemasangan peralatan audio visual
untuk Majlis Pemakaian Jubah Ijazah Kedoktoran PPS dan juga Majlis
Konvokesyen UKM Ke-41 di DECTAR.

dectar
peralatan yang belum dipasang
 Majlis berkenaan akan berlangsung dari 25 - 29 Oktober 2013. Hari ini juga ada raptai
pentadbiran Majlis Konvo berkenaan. Kami tidak dapat involve
dalam raptai tersebut kerana membuat pemasangan
alatan2 berkenaan, harap takde sape
pon yang akan marah.
Kalau mare kami jual....................

pemasangan...
buku tertib acara...
 Kami akan menggunakan enam buah kamera video untuk majlis tersebut. Pemasangan 
peralatan juga dilakukan oleh Jelas Juta kerana kami menyewa
tiga buat kamera dari mereka kerana
kami tak cukup kamera.

plan lokasi peralatan
shahrul & jasril amry...
 Kerja-kerja memasang peralatan tersebut aku lakukan bersama sdr. Shahrul, Jasril, Ramli dan dua orang pelajar Latihan Industri dari Politeknik Tuanku 
Syed Sirajuddin, Arau, Perlis iaitu Nur Najwa Rashidi & Siti
Aisyah Adanan. Sebenarnya mereka akan tamat
LI pada hujung bulan ni untuk kembali
ke Politeknik Arau....

masih belum siap
Pemasangan peralatan kami tamatkan pada jam 5 lebih kurang dan esok akan sambung
kembali. Namun sdr. Ramli Adnan sambung pemasangan dan ujian audio
hingga ke malam......
Sdr. Kamarul hari ini ada kerja rakaman bengkel hingga waktu petang.....
Esok pagi akan dijalankan raptai penuh Majlis Konvo
dan juga Majlis Pemakaian Jubah pHD.
Petang esok pula akan ada MCP Majlis Pemakaian Jubah
yang akan bermula pada jam 2 lebih lepas
Solat jumaat....
Krew yang akan terlibat semasa majlis ini lebih kurang 40 orang
semuanya....harap mereka dapat kelepasan
jabatan masing-masing sama
'involve' memberi
bantuan...
Kedua-dua majlis ini amat besar dan Majlis Konvo akan dihadiri oleh Canselor UKM, 
Yang DiPedrtuan Besar Negeri Sembilan. Majlis ini amat aku bimbangi
terutama berkaitan peralatan audio visual. Bimbang peralatan
'not working' di tengah2 majlis...itu
yang paling aku bimbang...
Jika peralatan bermasalah, semua layar tayangan akan kosong....tambahan
majlis yang dihadiri oleh Tuanku......seram sejuk wooooo....
Apa2 pon...mana yang kenal aku tu tolong doakan
supaya aku tak hadapi masalah macam tu...
tolong arrrrrrr..............
Ya ALLAH....lindungan kami daripada sebarang masalah sebelum, semasa
dan selepas majlis tersebut berlangsung....aminnnn....

.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria....