Wednesday, February 10, 2010

DIALOG ANTARA AGAMA....

Sdr. Kamarul baharin dan Hanim

Hari ini 9 Februari 2010; kami mendapat permintaan secara 'last minute' untuk
membuat rakaman MCP 'Dialog Antara Agama'.


Disebabkan kami tiada pilihan maka surat untuk memanggil krew lain ditaip dengan segera dan seterusnya dihantar kepada krew berkenaan. Sdr. Shahrul bertanggung jawab dalam menguruskan surat berkenaan.



Keadaan dalam konti semasa rakaman MCP, kelihatan sdr. Jasril, Hanim dan Kamarul Baharin.





Masih sempat 'posing' walaupun sedang bertugas.
Sib baik tugas ni tak berapa mencabar.

Walaupun dalam keadaan yang agak tergempar namun kami dapat juga bantuan krew daripada unit dan jabatan lain dalam UKM.



Krew yang dapat hadir untuk memberi bantuan ialah sdr. Bukhari, Chef, Isma, Azrul, Khaidir, Wafiy, Firdaus, Sulimi dan Waty selain daripada staf Unit Audio Video, Penerbit UKM sendiri.




Semasa rakaman MCP....






Haji Sulimi mengendalikan audio dalam
Bilik Kawalan Audio.

Pemasangan peralatan bermula sejak 6.30 petang. Semua peralatan dipasang dan diuji.
Terdapat sedikit masalah teknikal ketika persiapan teknikal dijalankan.



Beberapa orang pelajar Pusat Pengajian Media turut berada dalam Studio UKM untuk melihat kami menjalankan tugas rakaman.





Sdr. Khaidir dari Unit Cetak Penerbit UKM dan sdr. Jingjing seorang pelajar Pusat Pengajian Media, UKM.




Pelajar Pusat Peng. Media, UKM

Sebenarnya pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi ini kami pelawa ke Studio UKM untuk melihat cara kami melaksanakan tugas rakaman video MCP.



Kami mempelawa mereka kerana selepas cuti pertengahan semester nanti mereka akan membuat latihan rakaman MCP untuk subjek pengajian mereka di Studio UKM. Subjek ini adalah merupakan subjek yang dikendalikan oleh seorang pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Asiah Sarji. Dengan melihat kami melakukan tugas berkenaan maka dapatlah serba sedikit gambaran bagaimana rakaman MCP dilakukan.






Beberapa orang pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, UKM.

daud montak zakaria...
2.00 pagi, 10 Feb. 2010