Thursday, December 14, 2017

MCP Pelancaran SUKIPT

HARI ni KHAMIS...14 Disember 2017. Kami dari unit audio video pusat komunikasi
korporat ditugaskan untuk membuat rakaman video di Panggung Seni
DECTAR UKM. Program tersebut ialah PELANCARAN
SUKIPT UKM 2018. Timbalan Menteri
Kementerian Pengajian Tinggi
akan melancarkannya.

ni raptai semalam...aku dan kamarul datang....
raptai semalam....


 Aku tiba studio pepagi lagi
lebih kurang jam 7.20 pagi. Itu pun tak cukup pagi,
 biasanya jam 7.10 da ada depan opis.Terus pasang kabel kamera.
Tak lama kemudian sdr. kamarul sampai, kami terus pasang semua kamera dan
 on kan semua alat dalam konti. Selesai je pasang alat. Aku bancuh 
kopi tuk minum dalam studio.

persiapan teknikal...
persiapan teknikal...
Tak lama kemudian sdr. kamarul bawakan nasi lemak untuk aku sarapan pagi.
Sarapan tu disediakan oleh pihak penganjur dan diletakkan di loby
panggung seni.  Kamarul kata dia nak sarapan 
di panggung seni bersama staf pusat
kebudayaan ukm. Namun tak lama kemudian dia masuk
 bawak nasik lemak untuk sarapan dalam studio...bersarapanlah kami berdua
dalam studio.....

persiapan teknikal...
selesai persiapan teknikal...
sarapan pagi nasik lemak...kamarul amik dari panggung seni....


Tak lama kemudian aji ruhaizad tiba di studio....kami
sume tunggu program bermula. Sebelum tu kami masuk dalam panggung seni
untuk melihat persiapan terakhir oleh staf kpt dan juga ukm. Bersembang
lah kami dalam panggung seni dengan staf kpt, kebudayaan dan
 sorang yang bertindak macam event management dari 
pusat sukan usim yang diberi tanggungjawab
untuk mengatur program
berkenaan...tak silap aku nama dia IKMAL...dia kenal rapat dengan ASRI
kat USIM tu.....

persiapan terakhir...
da bersedia tuk rakaman...


Selesai sembang panjang kami pun masuk studio tunggu event bermula.
Tepat jam 11.15 sdr. kamarul da ada di kamera standby.
Lebih kurang jam 11.40 timbalan menteri
masuk dewan bersama dengan pengiring iaitu NC
dan TNC UKM serta Setiausaha KPT. Dari sini rakaman
pun bermula hingga tamat pelancaran. Hari ini kami bekerja cuma tiga orang
aje iaitu aku dalam konti, kamarul kamera 2 dan ruhaizad kamera tiga...huhuhu...


tunggu event bermula...
emcee...


Sib baik program tu tak lama iaitu lebih kurang sejam je...tak lama la jurukamera
berdiri di kamera memasing. Selesai je program terus pi makan tengah hari.
Semua kamera dan tripod dah dimasukkan ke dalam studio
oleh kamarul dan aji.



selfie ngan timbalan menteri kpt...huhuhu..


Selesai makan kami kemas semua
kabel kamera dan kabel audio. Kami cuma gulung
dan masukkan ke dalam studio aje. Terima kasih bebanyak HERMAN 
KEBUDAYAAN kerana beri audio kepada kami. Kabel audio sdr. ramli sediakan
 sebelum bercuti. Aku terus masukkan ke input video casset recorder
 je....tq. Rakaman audio tu ok.....
Waktu petang kami pi opis kat bangunan
penerbit ukm. Aku edit video pelancaran tu..tapi tak sempat 
siap...harap esok dapat siapkan dan upload UTUBE. Minggu depan aku
 mula cuti dua minggu dan tentu tak dapat tumpukan 
kepada keje...

pelancaran oleh timbalan menteri kementerian pengajian tinggi YB DATUK DR. MARY YAP....
PENAJA


Apa apa pun aku akan datang separuh hari kat
opis sekali sekala untuk siapkan suntingan video yang lain lain
yang masih  banyak belum disiapkan lagi....huhuhu....harap boleh.......
Lupa nak beritau...SUKIPT tu SUKAN INDTITUT PENGAJIAN
TINGGI...kalau tak silap.........

SESI FOTO
PENAJA...
KIRI SEKALI TNC HEPA UKM, TENGAN TAN SRI NAIB CANSELOR, TIMBALAN MENTERI...&
KETUA SETIAUSAHA KPT.
TAMAT PELANCARAN...


Apa apa pon anggaplah keje tu sebagai ibadat.. sebab mencari rezeki untuk
isteri dan anak2 tu wajib dan berpahala jika ikhlas....kan...kan.....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria