Sunday, May 8, 2011

Penerbitan Video Bengkel Foto d' Endau Rompin Pahang.



Video di atas ni lah hasilnya, sila tonton....

berhampiran ladang kelapa sawit ini bas bocor tayer..

HARI ini, 7 Mei 2011, kira-kira jam 6.00 ptg. kami baru balik dari Endau Rompin Pahang setelah beberapa hari berada di sana sejak 4 Mei lagi. Kami di sana dengan tujuan untuk membuat penerbitan video Bengkel Foto di sana. Aku dengan Suraya terlibat dalam penerbitan tersebut setelah sdr. Hanamichi menolak kerana terlibat dalam sukan...


...berhampiran pantai inilah chalet kami.....

4 Mei kami bergerak dari Bangi jam 9.00 pagi. Kami bergerak melalui Negeri Sembilan. Agak malang bila tiba disebuah ladang kelapa sawit yang terpencil, tayer bas yang kami naiki bocor kerana terlanggar lubang. Selama lebih kurang 2 jam kami tersadai di sana.
Sampai di Kampung Jawa jam menunjukkan pukul 4.00 petang. Di kampung tersebut terletaknya chalet di mana peserta bengkel ditempatkan.
....lebih kurang jam sebelum 6.00 pagi...

4 Mei 2011, lebih kurang jam 9.00 malam, sdr. Hazrul memberikan ceramah beliau berkaitan komposisi dan sebagainya.
5 Mei 2011, lepas sarapan pagi, grup yang telah ditetapkan semalam, dikehendaki membuat rakaman foto di luar iaitu satu grup pergi ke sekitar sebuah pulau dan dua grup lagi pergi ke Taman Negeri Endau Rompin.
Aku dan Suraya mengikuti grup ke Taman Negeri Endau Rompin. Menurut 'guide' kami laluan yang akan kami daki memakan masa selama 3 jam lebih kurang dan perjalanan pergi dan balik meliputi jarak sejauh 5 Kilometer.
...cantiknyer.....

Pada awal pendakian, aku rasa seronok sangat melihat hutan yang hijau dan disulami beraneka warna flora. Aku rasa amat teruja bila melihat banyak subjek-subjek yang menarik yang tentu menjadi mangsa lensa kamera video yang aku pegang. Lama-kelamaan aku berasa amat letih ketika mendapati banyak pendakian terpaksa dilalui seolah-olah seperti tidak kesampaian untuk tiba di kemuncak yang dikatakan setinggi 1,200 kaki dari paras laut.
Masa aku dalam keletihan, Suraya mengambil alih untuk membuat rakaman hingga lah kami sampai di tanah rata yang lapang yang ditumbuhan pohon-pohon kecil dan rendah di puncak, yang dikatakan setinggi 1,200 kaki dari paras laut. Semasa pendakian aku dan Haji Sulimi sememangnya sering tertinggal jauh di belakang. Dalam perjalanan mendaki tersebut terdapat beberapa tempat persinggahan untuk berehat sebelum menyambung kembali perjalanan seterusnya. Suraya yang telah jauh di hadapan bersama rakan-rakan yang lain, membuat rakaman subjek-subjek yang diperlukan. Sebenarnya di sini memang banyak subjek-subjek yang menarik, seronok sangat aku membuat rakaman sebelum keletihan yang amat sangat menyerang aku.

...jernih dan dinginnyer air yang mengalir...

Walaupun aku berasa amat letih namun jika ada aktiviti seperti ini dimasa akan datang, aku pasti akan turut serta, asal saja aku tidak GERUN dengan pacat yang sentiasa mengukur laluan hutan....
Kami mula mendaki sejak jam 10 pagi lagi dan tiba dipuncak lebih kurang jam hampir jam 4.00 petang. Di tanah rata dipuncak setinggi 1,200 kaki tersebut, memang banyak sangat subjek yang menarik untuk dirakam seperti Periuk Kera, Orkid hutan yang bergantungan, Pokok Bonzai, Tongkat Ali dan sebagainya..namun masa itu badan sudah agak keletihan sangat dan hanya tinggal sisa-sisa tenaga sahaja. Kami cuma merakam subjek-subjek yang benar2 perlu sahaja, yang belum kami rakamkan lagi. Kebanyakan rakaman di sini dilakukan oleh Suraya, aku rasa macam dah tak berdaya dan dah banyak botol air masuk ke badan termasuk air anak2 sungai di puncak kerana kehabisan air yang dibawa bersama semasa mendaki..

...cantik periuk kera ni....

Semasa menuruni bukit tersebut aku rasa memang dah letih sangat-sangat tapi mesti juga diteruskan dan menurut 'guide' kami, perjalanan menuruni bukit mengambil masa lebih kurang 1 jam. Semasa menuruni bukit ini aku rasa seolah-olah macam tidak sampai ke bawah sama seperti perasaan semasa mendaki, walaupun perjalanan kami bukan menentang graviti ketika itu.
Kami tiba dibawah lebih kurang jam 5.00 petang, bayangkan berapa lama kami mengambil masa untuk mendaki dan menurun dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang...? Grup yang berada dalam kumpulan terakhir bersama aku, yang aku masih ingat ialah aku, hazrul, wafiy, haji sulimi, suraya, syanana, dan ada yang aku dah lupa nama mereka...

...orkid hutan yang cantik...

Semasa dalam bas untuk kembali ke Kampung Jawa dari Taman Negeri Endau Rompin berkenaan aku diserang 'krem', terasa sakit amat sangat, rasa berair mata menahannya, tapi aku tahan jugak hingga sesiapapun tidak sedar aku sedang menahan kesakitan seperti nak mati rasanya...itulah ego seorang lelaki, tahan selagi boleh. Perjalanan bas ke Kampung Jawa memakan masa selama lebih kurang satu jam. Akhirnya dapat juga sakit tersebut menjadi berkurang setelah aku urut perlahan-lahan. Kali pertama aku kena 'krem' ialah ketika buat rakaman di Taman Negara Pahang semasa program 'Global Student Mobility' di sana. Mujurlah sdr. Ramli membantu aku masa tu....Di Chalet jugak aku sekali lagi diserang 'krem', nasib baik Haji Sulimi membantu aku, lega sedikit...

....cantik semasa matahari mula timbul...

6 Mei 2011; kami pergi berkunjung lagi ke Taman Negeri Endau Rompin, tapi kali ini kami berada disekitar air terjun Mahkota yang berketinggian 50 atau 70 meter, tak pasti mana satu yang benar....kami juga bergerak ke hilir melalui sungai yang memakan masa selama lebih kurang 1 jam untuk sampai ke 'base camp renjer hutan'. Nasib baik perjalanannya kali ini tidak mendaki tapi menuruni mengikut aliran air sungai dari Air Terjun Mahkota...kalau mendaki tentu aku akan tarik diri sejak awal....Perjalanan kami kali ini adalah melalui perangkap PACAT yang amat banyak sepanjang laluan, yang terdiri daripada cucu-cicit pacat yang halus-halus hinggalah kepada datuk pacat yang sebesar-besarnya dalam spesis pacat. Sepanjang perjalanan ini seringkali kedengaran suara isteri Tarzan yang sering menjerit iaitu 'Jane' kerena takutkan pacat-pacat... Rasanya hutan masih belum atau tidak sesuai lagi untuk 'Jane' yang takutkan pacat....

hijau jerrrr...

Hari terakhir iaitu 7 Mei 2011; acara terakhir bengkel ialah persembahan foto2 oleh peserta di dewan. Foto-foto ini dipertontonkan dan dikomen oleh Prof. K, Raai dan sdr. Hazrul.....Kami lakukan rakaman terakhir di sini dan juga rakaman temubual dgn peserta selepas penyampaian sijil oleh Prof. K.





Sebenarnya di sini aku juga sempat merakamkan suasana ketika matahari naik namun rakaman tersebut tidak memuaskan hati aku dan cuba untuk membuat rakaman pada subuh 7 Mei, namun mendung pulak tiba...langsung tidak dapat rakaman yang aku harapkan itu.... Aku turun pantai seawal jam 6.00 pagi semata-mata untuk mendapatkan visual tersebut.. Apa-apa pun aku berpuas hati kerana dapat merakamkan subjek2 dalam hutan walaupun dengan penuh kepayahan. Skrip juga berjaya aku siapkan secara kasar ketika dinihari di chalet tepi pantai tersebut, harap boleh disunting dan disiapkan dengan cepat....Kalau ada lagi rakaman dalam hutan seperti ini tentu aku akan menyertainya InsyaALLAH....
Selepas makan tengahari kami bergerak dengan bas ke UKM Bangi pada jam 1.00 petang. Tiba di Bangi jam menunjukkan lebih kurang 6.00 petang. Selepas simpan peralatan video aku terus ke DECTAR untuk bertugas dalam rakaman Multiple Camera Production hingga jam 11.30 malam sebelum bergerak balik ke rumah....Ini bermakna aku belum lagi tiba di rumah sehinggalah jam hampir 12.00 malam. Alhamdulillah krew untuk rakaman MCP di DECTAR agak cukup-cukup jer....dan TERIMA KASIH BANYAK2 kepada mereka yang datang membantu....
daudmontakzakaria