Thursday, October 5, 2017

Bengkel MCP Day One..

Hari ini Khamis, 5 Oktober 2017, kami mengadakan TAKLIMAT RAKAMAN
MAJLIS KONVO dan juga BENGKEL MCP di Pusat Komunikasi
Korporat di Bangunan Penerbit UKM. Bengkel ini
dijangka menagmbil masa 4 hari.
Hari Pertama ini...kami cuma memberi taklimat dan teori
berkaitan MCP. Taklimat disampaikan oleh ENCIK HAZRUL sementara
teori PENERBITAN MCP dan SKRIP disampaikan oleh aku dan 
sdr. SHAHRUL FADLI.

TAKLIMAT oleh EN. HAZRUL...

TAKLIMAT

PENYAMPAIAN KERTAS KEJE SKRIP
Selepas Encik Hazrul selesaikan taklimat konvo, aku pula ambil alih untuk
menyampaikan kertas berkaitan PENERBITAN MCP
secara ringkas sahaja. Disamping penerbitan
MCP dalam studio aku juga
menyampaikan penerbitan mcp untuk majlis konvokesyen
pada hujung bulan OKTOBER ni..............................................................

TAKLIMAT DAN PENYAMPAIAN KERTAS KEJE



Kemudian sdr. SHAHRUL FADLI pula ambil giliran untuk sampaikan perkara berkaitan
skrip untuk MCP selepas aku sampaikan kertas selama lebih kurang sejam.
Setelah sdr. SHAHRUL maka para peserta yang telah
dikumpulkan dalam satu kumpulan untuk
mencari idea untuk menerbitkan sebuah penerbitan
MCP yang kemudiannya diminta untuk menulis skrip berkenaan.

PERBINCANGAN SKRIP


CARA PENGENDALIAN KAMERA
Kerja kerja penulisan skrip ini disambung ke studio ukm selepas jam 2.00 petang.
Kumpulan berkenaan menyiapkan skrip tersebut di studio ukm.
Selesai sahaja penulisan skrip kami mengajar berkaitan
pengendalian kamera. Sdr. SAhahrul dan YUNUS mengajar kumpulan
berkenaan pengendalian kamera dalam studio floor...sdr JASIL grafik...aku pun
menunjukajar berkaitan PENGARAHAN dalam Bilik Kawalan Utama.
Kami habiskan pengajaran hari ini hingga hampir jam 5.00 petang.

sebahagian drpd peserta...dan FASILITATOR..
Dibawah ialah 'Link" Kertas Kerja Penerbitan Video
MCP atau Multipple Camera Production atau Penerbitan Video
Kamera Berbilang...

Akhir sekali terima kasih kepada semua peserta dan krew yang terlibat dalam 
BENGKEL PENERBITAN MCP ini...sabar je la untuk 
EMPAT hari ni...huhuhu...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria