Thursday, July 20, 2017

Keje dan Perlunya Manusia Lain Kepada Kita..Hidup Tak Boleh Sorang2 Beb...

Minggu ni terdapat beberapa tugas yang telah kami buat. Tugas tersebut sama ada
secara berkumpulan atau pun individu. Minggu ni kami banyak
cover keje berkaitan rakaman acara sukan MASUM 2017.
Kami perlu membuat rakaman untuk
bahan arkib seperti yang
dikehendaki oleh pelanggan..............................

memanah



Pagi Isnin kami cover sukan MASUM 2017. Acara yang kami rakam ialah
acara MEMANAH. Wakil UKM nampaknya tiada dalam acara
ini. Apa2 pon tak kisahlah yang penting kami
rakam acara ini untuk bahan arkib.


sdr. RAMLI & AKU...kat STUDIO UKM...cek alat...
rakaman BOLA BALING dgn. SHAH & JASRIL...

Waktu petang aku pi STUDIO UKM sat sebab untuk uji peralatan MCP di sana.
Alat tersebut perlu diuji dan di hidupkan kerana lama sudah tidak
digunakan kerana tiada program yang dirakamkan.
Lagipun alat ini perlu diuji sebab
hari JUMAAT ada rakaman MCP Jamuan Hari Raya UKM
yang akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

dapat kembali file video setelah dibantu oleh EN. MDNOOR....



Hari Selasa pagi aku buat suntingan sukan MEMANAH. Keje tersebut siap dan aku
upload tugas berkenaan ke UKM TUBE....silalah pi SINI 
kalau nak tonton...semua video ada kat situ....klik jee..

Petang hari aku cuba buat suntingan video yang lain pulak.
Oooohhhh....malangnya aku punya
SD CARD corrupt......aiyaaaaaaaaaaaaaaaa.......
banyak bahan dalam SD CARD tu.....footage...SUKAN OLAHRAGA
MASUM...footage HARI RAYA PKK...footage
SMART MAMAK....aiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........ lagiiiiii...


ada tugas di sini menjadi MISTERI......


Akhirnya aku minta ENCIK MAD NOOR tolong RECOVER balik...dia setuju....TERIMA 
KASIH BEBANYAK Encik MD NOOR...sampai petang gak la dia buat...
Akhirnya aku dapat whatsapp dari En.MD NOOR
footage2 tersebut dapat diselamatkan....ALHAMDULILLAH....korang
nak tau, bagi aku footage video yang dirakam merupakan
MUTIARA bagi seorang PENYUNTING VIDEO..
Mana nak korek kerana itu jer SATU2 NYA FOOTAGE yang ada...bukan boleh
suh dia orang buat pelancaran kembali...atau berolahraga kembali kat
padang tuuu....ini bukan footage drama yang boleh
dilakonkan kembali...huhuhu....

bersama rakan se ofis.....
bersama rakan2...AKU, SHAH & EN. HAZRUL...


ni raptai JAMUAN RAYA....
Rabu pagi ENCIK MD NOOR bagi SD CARD kat aku...aku bukak file dan transfer 
semua footage yang ada ke  dalam EX HD aku....huhuhu....TERIMA
KASIH BEBANYAK sekali lagi ENCIK MD NOOR...
Aku terus buat suntingan ACARA OLAHRAGA MASUM 2017...siappp....
dah upload ke UKM TUBE.............

Sebelah petang aku pi DECTAR ada raptai sambutan HARI RAYA
UKM di dewan tersebut dalam pukul 2.30 petang. AKU serta krew pasang kabel
kamera dan tripod...esok pagi cuma pasang kamera jeeee......
Jam 5.00 petang balik rumah....hemmmm....tamat
satu episod untuk hari ini......

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria