25 Julai 2009;
Malam ini kami dari Unit Video akan membuat rakaman MCP Konsert DiRaja UKM 2009. Persiapan teknikal telah bermula sejak jam 6.00 petang lagi. Pemasangan kabel-kabel kamera video, kamera video dan peralatan di Bilik Kawalan atau Konti telah dibuat oleh sdr. Kamarul dan Ruhaizad. Sementara pemasangan peralatan audio telah dibuat oleh sdr. Ramli Adnan. Kemudian kami telah menyediakan sebuah LCD TV di hadapan Tuanku Canselor selain 2 buah layar besar dikiri dan kanan dewan Canselor Tun Abdul Razak yang sememangnya telah sedia ada. Sementara kerja-kerja grafik telah dilakukan oleh sdr. Amry dengan dibantu oleh Siti Suraya. Persiapan teknikal ini telah disiapkan lebih kurang jam 7.30 malam sebelum masing-masing pergi untuk menjamu selera serta bersolat.
Lebih kurang jam 8.00 malam seorang demi seorang krew rakaman tiba di Studio UKM iaitu sdr. Firdaus, Zulhimi, Khaidir, Wafiy, Naziruddin, Ismahashimi, Yunus, Jamaluddin Saleh atau 'Chef'' dan Hanim. Cik Hasnah tidak dapat hadir. Dia mesej kepada aku mengatakan dia balik Pahang kerana makan buahan tempatan, buahan luar tak suke ke???
Persembahan bermula jam 8.45 malam. Aturcara bermula dengan Tuanku Canselor masuk ke dewan, kemudian di ikuti dengan ucapan Tan Seri Naib Canselor seterusnya tarian dari Artisukma. Berikutnya bermulalah persembahan oleh Orkestra UKM. Konduktor orkestra ialah Dato' Johari Salleh dan sdr. Azam. Penyanyi pada malam ini yang aku ingat ialah Datuk Aznah Hamid, penyanyi lelaki aku lupa namanya, tapi dia memang ada nama la...maaf ye...
Persembahan tamat kira jam 11 malam. Kepada semua krew yang membantu dalam tugas rakaman MCP ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga datang lagi untuk menghulurkan bantuan dalam tugas-tugas yang akan datang...sekian dan jumpa lagi......