Wednesday, December 14, 2011

MCP Suara Kampus V

.....sebelum memulakan tugas rakaman....

Disember 13, 2011; kami membuat rakaman video MCP Suara Kampus V yang bertajuk 'kiamat 2012, sejauh mana kebenarannya'. Sebenarnya tugas berkenaan merupakan tugas
yang agak tergempar dan tidak pun dirancang.


Pihak penganjur dari PMUKM datang berjumpa ngan aku di Penerbit UKM waktu pagi serta bertanyakan tentang penggunaan kamera video untuk rakaman di DECTAR pada sebelah malam. Sebenarnya aku tidak boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak permohonan tersebut. Oleh itu aku sarankan mereka bertanyakan En. Hazrul Ketua Bahagian Multimedia Penerbit UKM kerana dia saja yang boleh membuat keputusan berkenaan. Melainkan jika En. Hazrul tiada maka aku bolehlah membuat keputusan tersebut. Agak lama jugak mereka menunggu En. Hazrul.

...sebelum memulakan tugas rakaman...Hanamichi...

...asyik nampak.... sebelum mulakan tugas...

Pabila En. Hazrul tiba, terus jumpa aku bertanyakan hal MCP berkenaan, bagi aku jika dia kata o.k, aku pun tak jadi masalah. Cuma aku terpaksa cari krew bantuan dari jabatan
lain sebelum tamat waktu pejabat. Cara yang paling mudah untuk
menghubungi krew ialah melalui facebook...ermmmm...
berguna gak facebook ni dalam masa singkat ini.


Aku pinjam 'poster' daripada 'seseorang'(...dengan kebenaran tauuuu............), sebagai cara untuk mempercepatkan krew yang dihubungi faham rakaman mcp yang perlu dibuat pada malam tu...timekasih ler 'orang' berkenaan.... Agak cepat gak 'feedback' yang aku terima daripada rakan-rakan krew bantuan rakaman termasuk yang datang dari UKM Kuala Lumpur................. ramai gak yang sanggup membantu...

....haji sulimi di bilik audio....dia ambil alih tugas kerana sdr. ramli bercuti 4 hari....

....switcher 'baru' kami sedang bertugas dengan yang lain-lain...

Aku tiba di DECTAR lebih kurang jam 6.30 petang untuk membuat persiapan teknikal.
Namun apa yang aku dapati semua kamera dan peralatan dalam studio telah
dipasang oleh sdr. Shahrul Fadli dan Jasril Amry(Hanamichi). Terima kasih
kepada mereka berdua.


Hampir tiba waktu rakaman seorang demi seorang krew bantuan tiba di studio ukm. Ramai jugak yang dapat hadir.
Rakaman bermula lebih kurang jam 8.30 malam kalau tak silap aku.


...sdr. Kamarul Baharin sedang mengendalikan bilik kawalan sebagai Pengarah Studio...






...ermmmmmmm...????

Hairan aku...tiada seorang pun VIP atau VVIP? yang hadir malam tu tidak seperti yang diraptaikan siang tadi atau petang tadi ketika aku berada dalam studio.
Agak lupa gak aku, sebelum forum bermula terdapat nyanyian
Negara KU dan alunan nasyid oleh kumpulan
yang aku dah lupa namanya.
Sebuah tayangan multimedia juga ditayangkan, ermmm....cantik
aku lihat multimedia berkenaan....


Forum tersebut mengetengahkan dua orang ahli panel yang aku dah lupa nama mereka berdua serta seorang moderator yang jugak lupa namanya. ...ermmm....tak tau apa yang aku ingat.........Aku rasa ramai yang kenal moderator ni yang sering mengendalikan AL KULIYYAH di TV3 tu....




...sdr. Kamarul Baharin...



...dalam bilik kawalan....

Lebih kurang satu jam yang pertama aku bertindak sebagai PENGARAH STUDIO sebelum diberikan kepada sdr. KAMARUL BAHARIN untuk mengendalikan rakaman
tersebut hingga tamat....
Ermmmm....nampaknya ramai yang hadir....tetapi nampaknya yang hadir forum
tersebut kebanyakannya terdiri daripada
kaum HAWA...kenapa yer....? Adakah sememangnya kaum ADAM ni
dah hampir pupus.....? Adakah kaum ADAM akan wujud dalam
bentuk 'fosil-fosil' di zaman yang mendatang...?


Banyak juga informasi yang diperoleh daripada forum berkenaan.... Ahli penal pertama menyampaikan ceramahnya kelihatan seperti dalam bilik kuliah....
Sementara panel kedua seperti ceramah biasa yang kita boleh dengar dalam forum-forum dan majlis ceramah yang biasa kita dengar....
Walau bagaimana pun kedua-duanya o.k....kedua-duanya memberikan banyak input berguna kepada para hadirin...

...bilik kawalan....


....di atas pentas dalam dectar....

Moderator forum tersebut banyak mencuit hati hadirin....ada-ada saja
perkara yang disebut yang menyebabkan
dewan agak ceria sentiasa...

















....moderator.....
.....ahli penal....


Program tersebut berakhir lebih kurang jam 11.00 malam. Seperti biasa semua peralatan dikemas sebelum masing-masing pulang....

...ahli penal...

Terima kasih banyak-banyak kepada semua krew iaitu sdr. SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN, JASRIL AMRY, SITI SURAYA, HAJI RUHAIZAD, HAJI SULIMI, AHMAD YUNUS, BUKHARI, AZRUL KHAIDIR, KHAIDIR, YUSRI, LEN RAHMAN, SAIFULLAH, WATIE, ROSLI dan......lain2.


daudmontakzakaria.