Thursday, November 25, 2010

Wah! lumayan tugas hujung bulan NOV. ni...

Ermmmm....tugas hujung bulan NOVEMBER dan awal bulan DISEMBER ni agak lumayan. Bukan lumayan dari segi kewangan tapi lumayan dari segi pemintaan untuk rakaman video oleh pihak-pihak dalam universiti.

Apa tidaknya...hari ini rakaman SYARAHAN PERDANA, Isnin, Selasa dan Rabu rakaman seminar anjuran IMBIOSIS di KL, Selasa pula rakaman video perasmian seminar MATEMATIK di PWTC, Jumaat pula rakaman SYARAHAN PERDANA di PPUKM Cheras, dan rakaman video LAWATAN TIMBALAN MENTERI CHINA ke UKM dan mungkin ada lagi pemintaan tugas yang masih dalam perjalanan ke SINI kut.

Mungkin permintaan rakaman yang lumayan ni disebabkan awal bulan DISEMBER pelajar akan kembali berkuliah untuk semester 2 pula. Oleh yang demikian universiti sibuk pulak dengan pengajaran dan seterusnya peperiksaan akhir. Apa2 pun tugas berkenaan akan kami laksanakan setakat yang mampu oleh peralatan dan tenaga kerja....

daudmontakzakaria

1 comment:

studioukm said...

Sabtu dan Ahad (semalam dan hari ini) Jasril dan Shahrul bertugas di sebuah hotel di KUALA LUMPUR. Nampaknya mereka tak bercuti minggu ini, selamat bertugas untuk mereka.