Thursday, March 31, 2011

PeNuTuP IcAf


Malam tadi, 30 Mac 2011, jam 8.00 malam, kami membuat rakaman video MCP Penutup Inter College Arts Festival yang diadakan di Panggung Seni, DECTAR, UKM.
Persiapan teknikal bermula dari jam 6.30 petang. Persiapan
berkenaan merangkumi pemasangan kamera
video dan jugakabel-kabel video.
Sdr. Shahrul dan Siti Suraya sama2 membantu dari segi persiapan
teknikal tersebut. Senmentara sdr. Ramli menyiapkan
peralatan yang berkaitan 'audio'.

Malam ini krew MCP yang turut membantu dalam kerja-kerja rakaman tersebut ialah sdr. Yunus, Khaidir, Wafiy, Junior Mastermind, Arenim, Hasnah dan haji Sulimi. Jutaan terima kasih kepada mereka semua kerana sempat datang memberi bantuan.


Malam penutup ini merupakan pertandingan Seni tari antara kolej-kolej kediaman. Malam ini juga merupakan malam penyampaian hadiah untuk semua pertandingan yang diadakan termasuk seni tari, tetater, band, nasyid dan sebagainya.









daudmontakzakaria.