Tuesday, January 11, 2011

Rakaman video Tapak Pembinaan lagi...


Hari ini, 11 Januari 2011; kami membuat rakaman video kali pertama dalam tahun baru 2011 di tapak pembinaan Sistem Penghawa Dingin TNEC di Lingkungan Kedua UKM.
Hari ini tugas memasang tiang-tiang besi dan juga kerangka bangunan berkenaan dilakukan. Tugas berkenaan dikatakan mungkin memakan masa lebih kurang satu minggu.

Ermmm...macam rasa geram jer, kamera yang dibawa untuk membuat rakaman agak bermasalah. Dah lama dah kamera ni sukar untuk 'triger', butang untuk RECORD sukar berfungsi dengan licin. Kamera yang sebuah lagi pun bermasalah, LCD tidak berfungsi dengan baik. Visual di LCD tiada dan agak sukar untuk membuat rakaman. Dah antar 'repair' tapi masalah belum gak dapat diselesaikan. Dua buah kamera sahaja yang ada untuk membuat rakaman luar. Kadangkala terlepas apa yang nak dirakam, dia orang sedang bekerja bukan boleh diulang kembali apa yang dibuat....kalau ikutkan hati........tapi susah gak nak kata sebab kamera tu pun dah hampir 10 tahun, dah banyak jasanya dalam menyelesaikan tugas harian kami. Oleh itu ia memang patut pun diganti baru....sape2 yang ada lebih duit lebih tu bagi sini...kami nak pi beli kamera baru.....

Pagi tadi kami bergerak ke Lingkungan Kedua untuk membuat rakaman berkenaan pada jam 10.00 pagi. Di sana kami menunggu kerja tersebut dimulakan. Dua buah kren digunakan untuk mengangkat besi-besi berkenaan, sementara sebuah kren mengangkat pekerja yang memegang dan memasang kerangka-kerangka besi tersebut.
Aku, sdr. Shahrul dan Suraya berada di tapak pembinaan hingga jam lebih kurang 11.30 pagi, sebelum kembali ke Penerbit UKM.

daudmontakzakaria.

Wawancara..


Wawancara merupakan satu perbualan dan pertukaran idea, maklumat serta pandangan diantara penemubual dan sumber. Hasil wawancara atau temubual ini akan dikongsikan bersama denga khalayak. Teknik dan persekitaran amat mustahak dalam sesi temubual. Lima soalan asas dalam temubual atau wawancara ialah Apa, Siapa, Dimana, Bila, Mengapa dan Bagaimana. Penemubual perlu bijak menggunakan lima soalan asas ini ketika menemubual.

Penyelidikan merupakan sesuatu yang amat penting bagi pewawancara sebelum dia bergerak untuk membuat wawancara. Melalui penyelidikan pewawancara mampu menyediakan soalan-soalan yang berkualiti. Disamping itu penyelidikan juga berguna supaya pewawancara tidak tenggelam punca semasa mewawancara. Melalui penyelidikan juga pewawancara akan dapat maklumat yang menyeluruh.

Penyelidikan boleh dilakukan dengan membaca bahan seperti buku, majalah, suratkhabar, risalah, laporan dan internet. Dengan maklumat ini penebual menjadi lebih faham dan yakin semasa mewawancara.

*Pict. by google images
daudmontakzakaria