....video di atas cuma hiasan...
HARI ini, 12 Jun 2013, aku cuti rehat...nama jer aku cuti rehat tapi sebenarnya aku
cuti sebab sakit mata. Dah dua kali aku pi klinik panel untuk check up
dan amik ubat. Bagaimana pon masih belum ada rezeki
untuk sihat. Masih sakit lagi ni dan rasa rimas..........
Sebenarnya aku dah sakit mata hampir dua minggu da...
pada peringkat awal sakit mata yang ringan jer, tapi lama kelamaan
ia menjadi lebih parah, dan terus ambil masa untuk pi check up....Apply jer ubat hari-
hari tapi masih tak sembuh. Setelah 5 hari, iaitu hari Selasa semalam
aku jumpa kembali doktor tu....dia cuci mata aku, agak sakit
gak rasanya, tahan jer rasa sakit tu dengan harapan
akan cepat sembuh. Dalam 5 hari tu aku tak cuti pon walau doktor
nak bagi MC, saje jer aku tolak....nak jadi pekerja 'baik' konon....
harap2 tiadalah kuman2 mata tu menjangkit kat staf lain...
harap-harap ler beserta dengan doa...kalau menjangkit...ah! kena 'sound'
pulak nanti dengan staf lain...........Hari ni mata tu masih lagi sakit dan terpaksa
amik cuti rehat dan duk kat rumah la ni dan duk depan komputer tuk 'update'
blog aku ni dengan tajuk ....'mata lagi'.....Bagaimana sakit
pon kalau boleh memang aku taknak MC sebab
aku rasa macam boleh tahan jer dengan rasa rimas berpenyakit mata....
Petang semalam sempat jugak membuat pemeriksaan lokasi
kat Puri Pujangga untuk rakaman seminar KAPASITI anjuran HEJIM hari ni...
Aku pi sana dengan sdr. ramli dan kamarul, hampir jam 6.30 petang baru selesai....
Hari ni, sdr. RAMLI dan SITI SURAYA membuat rakaman video seminar berkenaan.
Penganjur mahukan video dan audio yang 'clean' penceramah tu dengan tujuan
untuk di 'upload' ke YOUTUBE katanya...... Seminar tu ialah pada 12
dan 13 Jun 2013. Krew yang terlibat ialah sdr. ramli, siti suraya,
kamarul dan dikatakan jugak jasril amry...........Aku juga rasakan terselit hasrat
penganjur untuk minta kami membuat suntingan video berkenaan....
mungkin....................................
Dalam keadaan mata yang sakit tu....semalam....sempat
jugak main badminton dengan rakan sepejabat dan balik rumah
jam 11.00 malam....rupanya sakit mata tidak menghalang untuk bersukan,
tidak sama rupanya sakit mata dengan sakit lain, umpamanya
sakit gigi....kalau sakit gigi tentu sekali tak mampu nak
main bedminton walaupun yang sakit
cuma gigi jer........................
Hari ini juga ada mesyuarat PERASMIAN PUSAT
PENYELIDIKAN LANGKAWI di LESTARI, encik hasrul tak dapat pi dan
dia minta aku wakilkan sesiapa jer kerana dia bercuti. Aku juga tak dapat pi sebab
sakit mata dan bercuti, lalu aku wakilkan sdr. SHAHRUL FADLI untuk
hadir mesyuarat tu jam 3.00 petang hari ni......harap takde apa2 masalah dengan
perkara tu....maklumat awal yang kami dapat ialah kami diminta
untuk membuat rakaman PERASMIAN PUSAT PENYELIDIKAN LANGKAWI
tu oleh SPB Yang DiPertuan Agong........tarikh belum pasti....
Harap semua tugas yang dah diamanahkan pada staf UAV akan
dapat diselesaikan dengan licin dan lancar....hari ini
dan hari-hari yang seterusnya...insyaALLAH...
....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria