SEKARANG jam 3.00 pagi, Sabtu, 19 Oktober 2013, baru sat tadi sampai rumah dari
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Dari jam 6.30 petang, 18 Oktober 2013,
hari Jumaat, kami membuat rakaman manifesto Calon-Calon MPP
UKM Sesi 2013/ 14 di STUDIO UKM di DECTAR.
persiapan teknikal.... |
persiapan teknikal jam 3.00 ptg. |
masih bertugas walau pon letih kerana berkejar ke studio dari jauh... |
HARI ini ada sedikit 'miss communication' antara kami dengan pihak JPPel. Aku ingatkan
rakaman manifesto tersebut jam 8.00 malam, rupa-rupanya jam 5.00 petang...
Aku tengok kat hp aku terdapat beberapa panggilan dan satu
mesej dari seseorang. Masa tu aku da ada kat
rumah dan hp aku da ada dalam
laci pon........
semasa rakaman... |
antara calon-calonnya.... |
calon-calonnya... |
Bila sedar terus call orang berkenaan dan mohon maaf dan cuba gerak dan tiba di STUDIO UKM jam 6.30 petang. Lagi sukar bila krew pon da ada kat rumah masing-masing.
Dengan segera terus call semua krew terlibat untuk gerak
ke UKM. Nasib baik takde jem dari Bangi Lama.
Tiba Studio UKM, kelihatan Kamarul
da ada kat sana serta
calon-calon dan pegawai JPPel.......
calon... |
'convert ke DVD' |
Bila semua krew tiba kami siapkan peralatan dan buat rakaman untuk 5 orang calon sebelum
kami pi solat Maghrib. Selesai maghrib terus sambung rakaman hingga selesai.
Selesai rakaman kami buat kerja-kerja penyuntingan pulak.
Hampir jam 3.00 pagi baru selesai dan
'transfer ke DVD' sebab
dia orang nak DVD tu awal pagi Sabtu....
Wah......agak letih jugak buat kerja macam ni...sama seperti
tahun lalu. Nampaknya inilah tugas kami setiap tahun jika UNIT kami masih kekal lagi.
Masa rakaman macam2 ragam calon2 tersebut....ada yang tak boleh
berdepan ngan kamera, kena ulang berkali-kali. Kami
bagi jer peluang kepada mereka untuk
buat rakaman ulangan...
Walau pon begitu takde pulak calon
yang kata 'CUT' dengan sendiri bila tersilap....macam
yang berlaku beberapa tahun yang lalu bila kami membuat rakaman calon-calon MPP...
Apa-apa pon aku nak ucapkan terima kasih kepada semua krew yang turut
serta iaitu SHAHRUL, JASRIL, RAMLI dan KAMARUL....
....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria