PENYUNTINGAN;
Kebanyakan program yang ditayangkan di televisyen disunting semasa atau selepas rakaman sebenar dilakukan. Apabila penyuntingan dilakukan selepas rakaman dijalankan ia dikenali sebagai penyuntingan ‘post-production’. Proses ini berbeza dibandingkan dengan penyuntingan ketika rakaman ‘multiple camera production’.
Hari ini, walaupun teknik dan peralatan penyuntingan berubah dari hari ke hari namun fungsi asas penyuntingan adalah sama iaitu untuk mencantum(combine), ‘trim’, membetulkan(correct) dan membina(build). Masa untuk penyuntingan bergantung kepada program apa yang disunting. Tentu sekali berbeza kerja menyunting video klip yang memerlukan kepelbagaian ‘effect’ (kesan) dengan penyuntingan sebuah ceramah.
FUNGSI-FUNGSI PENYUNTINGAN;
Penyuntingan dibuat untuk alasan-alasan yang berbeza. Ada ketikanya kita perlu menyusun shot-shot untuk menghasilkan cerita. Di masa yang lain pula kita mungkin perlu menyunting untuk memotong shot-shot bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk sesuatu program atau memotong dan membuang perkataan ‘talent’ yang tidak diperlukan atau mungkin juga untuk mengganti shot Medium Close Up dengan shot Close Up yang lebih menarik.
Semua alasan-alasan berbeza tersebut merupakan contoh FUNGSI ASAS PENYUNTINGAN iaitu;
1. Mencantum(combine)
2. Memangkas(trim)
3. Membetulkan(correct)
4. Membina(build)
Mencantum atau menyatukan(combine)
Penyuntingan yang paling ringkas ialah bila kita mencantum bahagian program yang telah dirakam dalam satu ‘sequence’ atau urutan. Rakaman yang dibuat dengan teliti akan memudahkan kerja semasa ‘post-production’ terutama semasa penyuntingan. Contohnya ialah seperti kita menyambungkan shot-shot yang telah dirakam dalam satu majlis perkahwinan yang berlaku mengikut urutan peristiwa..
Penyuntingan yang paling ringkas ialah bila kita mencantum bahagian program yang telah dirakam dalam satu ‘sequence’ atau urutan. Rakaman yang dibuat dengan teliti akan memudahkan kerja semasa ‘post-production’ terutama semasa penyuntingan. Contohnya ialah seperti kita menyambungkan shot-shot yang telah dirakam dalam satu majlis perkahwinan yang berlaku mengikut urutan peristiwa..
Memangkas(trim)
Banyak kerja-kerja penyuntingan melibatkan ‘trimming’ bahan yang didapati menjadikan sebuah hasil penerbitan untuk memenuhi slot masa yang telah diberi atau ditentukan. Kerja ini juga untuk membuang semua yang tidak diperlukan.
Contoh, sebagai seorang penyunting ENG(electronic news gathering). Kita selalu diminta untuk membentuk atau membina satu cerita yang lengkap dalam masa yang pendik. Katakan seorang penerbit memberi kita masa selama 20 saat untuk menceritakan satu kejadian kebakaran walaupun krew ENG memberi kepada kita ‘footage’ 10 minit rakaman yang menarik. Tidak mustahil bila kita membuat penyuntingan, ‘footage’ ENG tersebut didapati mempunyai bahan rakaman yang seakan-akan sama diantara satu dengan yang lain. Oleh itu kita kurang ‘shot-shot’ tertentu untuk mencantikkan peristiwa tersebut. Misalnya, untuk menceritakan peristiwa kebakaran kita mempunyai banyak shot-shot menarik berkaitan kebakaran seperti tingkap2 dan ahli bomba ditangga sedang menyembur air tetapi tiada kelihatan visual dinding yang runtuh dan mencederakan ahli bomba. Oleh itu ‘trimming’ di sini membawa maksud membuang bahan-bahan untuk menjadikan hasil yang lebih menarik.
Membetulkan(correct)
Banyak kerja-kerja menyunting dibuat untuk membetulkan kesilapan-kesilapan sama ada dengan membuang bahagian-bahagian yang tidak perlu dalam babak(scene) atau menggantikannya dengan yang lebih baik. Cara penyuntingan ini boleh dikatakan mudah, yang termasuk membuang beberapa saat ketika ‘talent’ melakukan satu kesilapan. Tugas ini juga mengkin menjadikan ia satu tugas yang sangat rumit terutama jika rakaman kembali(reshoot) tidak sesuai dengan rakaman-rakaman lain yang telah dibuat. Sebagai contoh, beberpa babak yang telah dibetulkan atau dirakam kembali didapati berbeza sangat daripada yang lain dari segi warna, mutu bunyi atau shot-shot. Dalam kes ini tugas penyuntingan yang mudah telah bertukar menjadi satu tugas yang rumit semasa ‘post-production’.
Membina(build)
Penyuntingan yang paling sukar tapi juga amat menarik ialah tugas penyuntingan dimana kita boleh membina satu penerbitan(show) atau sebuah produk daripada shot-shot yang banyak. ‘Post-production’ tidak lagi sebagai pembantu kepada kerja-kerja rakaman( production) tetapi merupakan satu fasa utama dalam penerbitan sesebuah program.
Contoh; Bila menggunakan sebuah kamera video dalam rakaman ‘field production’ kita perlu memilih shot-shot terbaik dan menyusun mengikut urutan(sequence) semasa proses penyuntingan dalam fasa ‘post-production’.
Katakan kita ambil satu babak, seseorang keluar daripada kereta, pertama dalam LONG SHOT(master scene) – keluar dari kereta. Kemudian dari sudut yang lain dalam MEDIUM SHOT – sedang menutul pintu. Seterusnya mungkin 2 atau 3 shot dalam CLOSE UP – sedang tekan kunci untuk mengunci kereta.
Dalam fasa ‘post-production’ kita tidak dengan mudah memilih shot-shot dan mencantumkannya dalam satu urutan(sequence). Kita mesti memilih shot-shot yang mempunyai metod peralihan yang berkesan serta menentukan urutan cerita berbanding shot-shot yang asal yang tidak mempunyai sebarang cerita. Kesan bunyi juga dimasukkan seperti bunyi kenderaan, suara-suara, pintu kereta dibuka dan ditutup dan sebagainya yang dibina daripada shot-shot yang telah dirakam semasa fasa ‘production’.
CARA PENYUNTINGAN
Terdapat dua(2) cara atau jenis asas penyuntingan iaitu penyuntingan ‘off-line’ dan penyuntingan ‘on-line’. Dalam penyuntingan ‘off-line’ kita meletakkan shot-shot bersama untuk membentuk idea kasar untuk kelihatan seperti satu program yang disunting. Penyuntingan ini dikenali sebagai ‘rough cut’. Dalam penyuntingan ‘on-line’, semuanya dikumpulkan dalam fasa penyuntingan akhir.
Tafsiran umum berkaitan ‘on-line’ dan ‘of-line’
Mungkin kita berasa keliru atau ‘confuse’ berkaitan makna ON-LINE dan OFF-LINE kerana perkataaan atau istilah ini digunakan bagi perkara-perkara dan proses yang berbeza. Sebagai contoh sesetengah mungkin merujuk perkataan ini kepada peralatan yang digunakan yang mengatakan ‘off-line tidak sebagus on-line’. Yang lain pula mungkin merujuk kepada kualiti produk akhir yang telah disunting iaitu ‘on-line’ adalah produk yang sesuai untuk penyiaran atau bentuk-bentuk penyiaran yang lain, sementara bahan ‘off-line’ pula tidak. Yang lain mungkin mengenali off-line dan on-line melalui maksud penyuntingan itu sendiri. Bila penyuntingan bahan dimaksudkan dari awal untuk atau sebagai versi akhir untuk di dikeudarakan atau disiarkan atau lain bentuk persembahan maka ia dianggap sebagai produk on-line. Oleh itu criteria yang tepat untuk maksud ‘on-line’ atau ‘off-line’ ialah adalah bergantung kepada tujuan produk tersebut.
Contoh jika kita menyunting untuk sesuatu berita untuk di keudarakan dalam beberapa minit sahaja maka hasil tersebut telah dikaitkan dengan penyuntingan ‘on-line’ walaupun kita gunakan kaedah penyuntingan yang ringkas. Yang selain daripada itu adalah dikatakan ‘off-line’.
Kualiti dan tujuan adalah berkait rapat dan disebabkan produk ‘off-line’ tidak di keudarakan maka kualiti gambar adalah rendah dan peralatan tidak mahal.
Membuat keputusan penyuntingan
Penyunting yang bagus mampu membentuk cerita yang berkesan serta mampu memaksimakan minat penonton untuk menonton. Hal ini memerlukan mereka mampu mengendalikan system penyuntingan, mem’visual’kan urutan shot-shot yang licin, memilih shot-shot yang sesuai dan memilih ‘transition’ yang bersesuaian. Penyunting yang bagus juga boleh menilai masalah-masalah ‘continuity’ seperti bila seorang ‘talent’ pegang secawan kopi dengan tangan kiri dan dalamshot yang berikutnya ialah ‘CLOSE UP’ cawan tersebut dipegang oleh tangan kanan.
BASIC TRANSITION DEVICE
Bila kita letakkan dua shot bersama, kita perlukan ‘transition’ di antara kedua-duanya iaitu ‘transition’ yang member erti kedua-dua shot adalah berkaitan. Terdapat empat(4) asas ‘transition’ iaitu;
1. CUT
2. DISSOLVE
3. WIPE
4. FADE
Semuanya mempunyai kegunaan asas yang sama iaitu untuk menyediakan atau membentuk satu hubungan yang boleh diterima daripada satu shot ke shot yang lain. Bagaimanapun setiap sesuatu ‘transition’ adalah berbeza fungsinya dengan yang lain.
Cut
‘CUT’ ialah perubahan secara tiba-tiba dari satu shot atau imej kepada yang lain dan ia merupakan satu ‘transition’ yang kurang ketara, yang menunjukkan shot-shot yang dahulu dan yang berikutnya. ‘Transition’ CUT tidak kelihatan pun di antara shot-shot. Ia Cuma perubahan shot-shot. CUT digunakan untuk menjelaskan dan menguatkan satu peristiwa. Menjelaskan bermaksud menunjukkan kepada penonton peristiwa berkenaan sejelas yang mungkin. Contohnya dalam satu temu bual, yang ditemubual memegang sebuah buka yang dia tulis. Untuk membantu penonton mengenal tajuk buku tersebut, maka kita ‘CUT” ke[ada CLOSE UP buku tersebut. Contoh lagi ialah EXTREME LONG SHOT seorang pemain bola sedang membuat ‘tacle’ namun saiz shot tersebut kelihatan biasa tetapi bila kita CUT kepada CLOSE UP ia amat berkesan kepada penonton.
Dissolve
DISSOLVE ialah satu peralihan yang perlahan-lahan daripada satu shot kepada shot yang lain dimana kedua-dua imej bertindan buat sementara waktu. DISSOLVE biasa digunakan untuk menyediakan peralihan visual yang licin. Ia bergantung juga kepada ‘rentak’ peristiwa berkenaan. Kita akan gunakan ‘dissolve’ yang perlahan atau cepat bergantung kepada rentak peristiwa tersebut. Transition dissolve yang cepat dikenali sebagai ‘soft cut’. Untuk ‘transition’ yang licin dan menarik dari WIDE SHOT seorang penari kepada CLOSE UP , gunakan dissolve yang mudah.
Wipe
Terdapat pelbagai jenis WIPE. Yang paling ringkas sesuatu imej seperti ditolak keluar daripada skrin televisyen. WIPE memberitahu penonton mereka akan melihat visual yang lain dan ia menyuntik minat kepada urutan(sequence) shot-shot. Seperti ‘effect’ yang lain, WIPE tidak boleh digunakan dengan kerap.
Fade
Fade ialah perubahan visual daripada visual secara perlahan-lahan kepada gelap atau daripada gelap perlahan-lahan kepada visual. Ia sebagai isyarat pembukaan atau penamat sesuatu babak. Ia juga sebagai ‘pengasing’ diantara babak pertama dengan babak yang kedua. Jangan selalu gunakan ‘transition’ gelap kerana kesinambungan akan terganggu dengan kerap Penyuntingan meliputi tugas memilih gambar atau shot-shot tertentu dan menyusun mengikut urutan(sequence).
PENYUNTINGAN YANG KREATIF
Dalam proses penyuntingan terdapat banyak terma-terma yang perlu difahami seperti PARALLEL ACTION, SPLIT SHOT, JUXTAPOSITION, MONTAGE, TENSION, SHOCK CUTS dan JUMP CUT.
Parellel action;
Memotong shot-shot daripada dua peristiwa yang sedang berlaku yang mempunyai hubungan. Contoh seperti seorang lelaki berjalan membawa bunga, kemudian ‘cut’ kepada seorang wanita sedang bersiap-siap. Di sini penonton mesti menganggap kedua-dua akan bertemu. Shot yang berikutnya pula ialah lelaki tersebut member bunga kepada ibunya sementara wanita tersebut berjumpa dengan rakannya.
Split shot
Memperkukuhkan hubungan, contoh ialah seekor kucing sedang minum susu dalam mangkuk kemudian diikuti oleh shot kanak-kanak perempuan sedang memerhatikan kusing berkenaan. Ia memaparkan minat kanak-kanak perempuan tersebut.
Juxtaposition
Menunjukkan persamaan dua peristiwa contoh seperti sekawan lembu sedang dihalau masuk ke kandang kemudian diikuti oleh shot orang ramai yang sedang bersesak di Bandar.
Pace
Pantaskan kadar penyuntingan yang menyebabkan shot-shot menjadi pendek yang menunjukkan langkah yang pantas terutama dalam adegan kejar mengejar.
Montage
Satu siri shot-shot yang di ulang-ulang untuk menunjukkan perubahan waktu seperti perubahan musim yang silih-berganti.
Tension
2 atau 3 shot-shot yang di ulang-ulang untuk meningkatkan tekanan contoh seperti shot terkejut yang pelbagai saiz yang di ulang-ulang.
Shock cut
Contoh seorang yang sedang membuka pintu secara perlahan dan mengintai ke dalam bilik berkenaan. Kemudian di ikuti dengan CLOSE UP tangan yang perlahan-lahan muncul untuk menyentuh belakang orang yang sedang mengintai.
Jump cut
Perubahan kedudukan seorang atau lokasi yang menunjukkan perubahan masa. Contoh seorang lelaki sedang membuat pesanan makanan diikuti dengan shot dia sedang menghabiskan air minuman yang menunjukkan perubahan masa.
Matched cutting
Contoh seorang sedang mengangkat gelas untuk minum dalam saiz MEDIUM SHOT. Kemudian shot ini diikuti oleh CLOSE UP gelas di mulut.
VISUAL SENSE
Terdapat juga beberapa terma-terma yang perlu dikenali dan diketahui oleh seorang penyunting. Terma-terma tersebut ialah VISUAL SENSE dan VISUAL FLOW. Bila menonton rancangan di televisyen seperti filem aksi, kita tentu sedar aksi tersebut berasal daripada shot-shot yang tersendiri. Shot-shot ini disunting yang secara terus mampu difahami oleh penonton. Contoh seperti adegan kejar-mengejar kereta di jalanraya. Sebagai pembikin filem kita tentu sedar dan mengetahui bahasa visual. Ia adalah relevan untuk semua keadaan dalam penerbitan.
1. Continuity of action
Bila menunjukkan pergerakan berterusan subjek yang sama seperti sebuah kenderaan maka ia mestilah sentiasa ‘constant’ arah pergerakan di screen. Jika sebuah kenderaan bergerak dari kanan screen maka shot yang berikutnya ia mestilah masuk dari kanan screen dan keluar di sebelah kiri screen. Jika ia masuk dari kiri screen maka ini bermakna kenderaan tersebut kembali atau pulang.
2. Line of action and the 180 degree rule
Untuk mengelakkan visual yang tidak mempunyai kesinambungan atau ‘continuity’ pergerakan subjek, maka bayangkan satu garisan yang menunjukkan pergerakan subjek. Shot yang bagus akan sentiasa diambil dari sebelah garisan sahaja. Jika gerakan dari kanan ke kiri screen maka setiap shot mestilah dari kanan ke kiri. Jika hendak mengubah ke sebelah garisan maka masukkan satu ‘neutral shot’ dimana masukkan shot subjek dari hadapan atau belakang.
3. Continuity of eyelines
Sama seperti peraturan ‘line of action’. ‘Continuity of line’ diapplikasikan kepada dua subjek atau orang yang sama ada sedang bercakap, mendengar, melihat, bermain dan sebagainya. Contoh ialah dua orang iaitu lelaki dan perempuan sedang berbual di sebuah meja. Lelaki di sebalah kiri dan wanita di sebelah kanan. Shot pertama ialah LONG SHOT pasangan tersebut.. Bayangkan ‘eyeline’ kedua-dua seperti ‘line of action’. Tidak boleh menyeberangi ‘line of action’. Kemudian CLOSE UP kepada lelaki yang pandang ke arah wanita di sebelah kanan. Kemudian CLOSE UP kepada lelaki. Kemudian CLOSE UP wanita yang sedang pandang kiri screen.
‘continuity of eyelines’
4.
Continuity of appearances
Continuity of appearances
Rupa yang umum dan khusus untuk subjek-subjek mesti sentiasa konsistan daripada shot-shot sepanjang sesuatu urutan(sequences). Dalam aktiviti shooting drama yang dilakukan pada hari-hari yang berbeza dengan pelakon-pelakon yang sama di lokasi yang berbeza yang sentiasa berwaspada dengan setiap ‘continuity’ atau kesinambungan.
a. Pencahayaan perlu sentiasa konsistan sepanjang urutan(sequence) shot-shot atau babak. Jika shooting di luar atau ‘outdoor’ mesti tunggu suasana yang sama dengan rakaman yang telah dibuat sebelumnya.
b. Aksi dan posisi juga mesti konsistan dari shot ke shot. Contoh dalam LONG SHOT seorang pelayan sedang menyediakan minuman dan dalam shot yang lebih dekat MIDIUM CLOSE UP, pelayan tersebut sedang menyediakan minuman untuk pelanggan yang sama.
c. Subjek-subjek di latar belakang juga mesti sama sepanjang babak. Contoh jika di latar belakang terdapat bingkai-bingkai foto maka sepanjang babak mesti wujud bingkai-bingkai tersebut.
d. Pakaian, make up, dan props mesti sama dan tidak berubah. Contoh katakana pelakon lelaki sedang memakai baju T hitam, kacamata hitam dan sebagainya maka dalam shot kedua dan seterusnya dalam satu babak tersebut keadaannya mesti tidak berubah.
VISUAL FLOW
Untuk menjadikan sesebuah penerbitan tersebut menarik dan menimbulkan minat penonton maka banyakkan shot-shot dan sebagainya. Babak atau urutan(sequences) shot-shot mesti pelbagai saiz. Elakkan ‘jump cut’, dimana dua shot yang saiz sama, sudut yang sama dan subjek yang sama. Contoh, seorang kanak-kanak sedang mengambil makanan dari satu sudut kemudian disambung dengan shot kedua dalam CLOSE UP, sedang menyuap makanan ke dalam mulut. Cara mudah untuk mengelakkan ‘jump cut’ ialah shot kedua dibuat dari sudut yang berbeza pula.
Reverse Angle
Reverse angle merupakan shot kesinambungan(continuity) yang amat penting. Contoh dua orang sedang berbual. Pertama paparkan kedua-dua sedang berbual. Shot kedua kedudukan kamera berada disebelah kanan subjek pertama yang merakamkan subjek kedua sedang berkata-kata. Shot ketiga pula kamera berada di sebelah kiri subjek kedua yang merakam subjek pertama sedang membalas kata-kata subjek kedua tadi.
‘reverse angle’
‘Cut-aways’ dan ‘cut-ins’ adalah contoh shot-shot yang menghubungkan diantara aksi-aksi atau posisi. Contoh, ambil shot sebuah feri sedang masuk ke pelabuhan, kemudian ‘cut-away’ orang ramai sedang menunggu. Kemudian tunjukkan semula feri pelahan-lahan berhenti di jeti. Babak ini akan berterusan ‘cut-away’ muka seorang penumpang sedang memerhatikan. Kemudian LONG SHOT penumpang-penumpang kemudian ‘cut-in’ CLOSE UP muka seorang penumpang sedang senyum.
*photo by google images.
daudmontakzakaria