Sunday, November 8, 2009

Studio Control Room(MCP)


Control Room merupakan sebuah bilik yang terpisah dengan studio rakaman atau studio floor. Di sini semua aktiviti penerbitan diselaraskan. Di sini Pengarah Studio, Penolong Pengarah, Pengarah Teknikal dan sebagainya membuat keputusan berkaitan visual dan audio yang akan dirakam atau di keudarakan.

Control Room dilengkapi dengan video monitors, monitor speakers untuk sound, sistem intercom, jam dan stopwatchs.

Gambar hiasan sahaja.

Video monitors;
Terdapat beberapa video monitors dalam control room iaitu Preview monitor untuk setiap kamera studio, preview monitor untuk videotapes recorder, untuk character generator dan peralatan yang lain. Terdapat juga preview monitor untuk Pengarah Studio melihat visual sebelum ia di keudarakan. Adalah merupakan perkara biasa di dalam sebuah studio tv yang sederhana besarnya terdapat lebih 30 buah video monitors.

Speaker untuk 'program sound'.
Krew penerbitan dalam control room terutama Pengarah Studio mesti mendengar bunyi program yang sedang ke udara atau yang sedang dirakam. Pengarah Studio mempunyai 'volume control' yang boleh mengawal 'volume control' monitor speaker tanpa mengaggu 'volume' audio 'line-out'.

Intercommunication systems
Selain sistem intercom yang menghubungkan Pengarah Studio dengan semua krew penerbitan terdapat satu lagi sistem perhubungan dikenali sebagai PA(Public Address) atau studio talkback untuk Pengarah Studio. Studio talkback membolehkan Pengarah Studio berhubung secara terus dengan krew penerbitan atau talent dalam studio bila program belum bermula.

Clock and stopwatches
Masa ialah satu elemen yang amat penting dalam penerbitan televisyen. Program di keudarakan mengikut jadual second-by-second yang dikenali sabagai 'log'. Alat menentukan masa Pengarah ialah jam dan stopwatch. Jam atau 'clock' bagi menentukan bila program tertentu akan bermula dan tamat. Stopwatch pula digunakan untuk 'timing inserts' seperti satu 30 saat videotape yang akan di masukkan ke dalam satu program berita.Dengan stopwatcah pengarah boleh melihat berapa lama lagi masa yang tinggal untuk program berkenaan.

Image Control
Image Control ialah berkaitan pemilihan imej video dari setiap kamera dan peralatan video yang lain. Alat ini dikenali sebagai 'switcher' yang dikawal oleh Pengarah Teknikal. Pengarah studio memberi arahan kepada Pengarah teknikal untuk memilih visual yang akan dikeudarakan.
Character Generator juga terletak dalam Control Room.CG ini akan mengeluarkan 'titles' ketika sebelum atau semasa program sedang berlangsung.

Lighting Control
Lighting control board juga terdapat dalam Control Room. Kelebihan lighting control berada dalam Control Room ialah supaya Lighting Director lebih dekat dengan krew penerbitan yang lain dalam Control Room.

Audio Control
Bilik kawalan Audio berada bersebelahan Control Room dan boleh melihat diantara satu dengan lain melalui tingkap cermin. Pengarah Audio mendengar arahan Pengarah Studio melalui intercom atau speaker intercom. Pengarah Audio perlu bilik yang berasingan supaya tidak terganggu dengan bunyi bising dalam Control Room.

daud montak zakaria...

No comments: