Sunday, June 5, 2011

Sanggar Kerja & Hari Keluarga Penerbit.

.......pandangan dari tingkat 6 Glory Beach Resort.....

Mulai 3 hingga 5 June 2011, Penerbit UKM telah mengadakan Program Sanggar Kerja dan Hari Keluarga di Glory Beach Resort di Port Dickson.

...ucapan perasmian oleh Ketua Penerbit UKM, Prof. Dr. Kamaruddin M. Said
Pelbagai acara telah diatur untuk mengisi ruang jadual program
berkenaan. Bermula dari ucapan perasmian oleh Ketua
Penerbit UKM, Prof. Dr. Kamaruddin M. Said
hinggalah kepada ceramah serta juga perbincangan dengan Puan Faezah, Timbalan Ketua Penerbit UKM berkaitan segala isu dalam tugasan di pejabat...
Acara-acara lain bersama keluarga-keluarga yang terlibat untuk mengiratkan
hubungan silatur rahim di antara
kakitangan juga telah menjadi pengisi ruang jadual program.

Semua acara yang di atur tersebut tidak lain dan tidak bukan, untuk kebaikan setiap individu
yang menjadi anggota Penerbit UKM. Pandangan peribadi AKU, hanya itulah
saja cara bagi kita untuk mengenali di antara kakitangan
dengan kakitangan yang lain serta juga di antara
keluarga masing-masing. Kalau setakat hadiah-hadiah yang diperoleh dalam
acara yang disertai, rasanya....tidaklah setara nilainya dengan
nilai hubungan di antara kakitangan dengan kakitangan yang
lain, melainkan jika kita sememangnya lebih cenderung untuk hidup sendirian atau
hidup dalam kolompok kita sahaja serta
tidak memerlukan apa-apa bantuan daripada manusia yang lain...


...kumpulan akustik yang baru dibentuk dan membuat latihan kurang daripada 7 hari telah membuat persembahan semasa dinner...
Ahli kumpulan ini terdiri drpd sdr. Hazrul Abdul Halim, Kamarul Baharin Supaat, Shahrul Fadli Abdul Rahim, Azrul Khaidir dan Jasril Amry Abdul Wahid....

...Timbalan Ketua Penerbit UKM, Puan Faezah sedang menyampaikan
sesuatu berkaitan tugasan pejabat...

Walau bagaimanapun perlu lah diingat, adakah kita benar2 tidak memerlukan bantuan manusia lain...? Tidakkah kita terfikir mungkin satu hari nanti nama KITA akan NAIK dalam
E- Warga yang memaparkan kita telah pulang ke RAHMATULLAH...
tidakkah kita terfikir pada ketika itu kita amat memerlukan
DOA dan bacaaan AL FATIHAH daripada rakan2
kita yang lebih mengenali KITA SERTA LEBIH RAPAT DENGAN KITA...
Tidakkah RAKAN SE PEJABAT KITA merupakan rakan2 yang
paling hampir dan lebih dekat serta lebih mengenali kita dari segala segi...?
Tidakkah juga kita terfikir nyawa kita bila2 masa saja akan di CABUT tanpa
mengira sama ada kita TUA atau MUDA... masa itu tidakkah kita amat perlu
bantuan DOA dan sedekah AL FATIHAH
daripada rakan2 kita...Lainlah jika kita terdiri dari kalangan ulamak2 ternama yang
mungkin boleh bergantung kepada amalannya sendiri..
Oleh itu......lu pikirlah sendiri......sekian...

daudmontakzakaria...