Saturday, January 31, 2009

Ado lae...jangan kemano-mano....

Teratak Zaaba


Laman Bangkinang


Dewan Sekolah Kebangsaan Pataseh

Tiba waktu pagi rombongan kembara kembali berada di atas jalan raya dan bergerak menuju ke Teratak Zaaba di Jempol. Pagi ini hujan turun lagi walaupun tidak berapa lebat namun ia masih mampu membasahi bumi yang dikatakan sudah 3 hari tidak disentuh oleh titisan air hujan. Seperti biasa kami tetap setia merakamkan pergerakan konvoi kembara tersebut. Itulah tugas kami.

Di Teratak Zaaba ini peserta kembara diberi peluang melawat sekitar teratak dan ruang dalam teratak selama lebih kurang setengah jam. Sebaik selesai semua peserta menuju ke kenderaan untuk terus menyambung perjalanan yang telah dirancang dengan rapi. Semasa ini hujan telah agak teduh dan hampir berhenti terus.

Perjalanan yang diteruskan itu telah menuju ke destinasi Laman Bangkinang. Di sini para peserta yang menyertai kembara ini telah mengadakan gotong royong menanam pokok-pokok hiasan di Laman Bangkinang berkenaan. Sebahagian peserta pula sibuk memetik buah-buahan seperti rambutan dan manggis untuk dinikmati kemanisannya. Mata aku tak semena-mena tertumpu kepada sebatang pokok yang menarik untuk melihatnya...hati ku berbisik sendirian ..hmmmm...pokok Tongkat Ali rupanya...

Kami tidak melepaskan peluang merakamkan visual dengan video kamera secara 'candid shot'. Sebelum waktu makan tengah hari, para peserta telah mengikuti majlis perasmian program oleh tokoh politik yang aku dah lupo namonyo... YB Dato'.... Selepas perasmian ini sebahagian peserta kembara telah berkunjung ke Jeram.....hmmmm...lupo aku apo namonyo....

Sebelum matahari melabuhkan tirainya, peserta kembara telah bergerak menuju ke Sekolah Kebangsaan Pataseh. Di sini sempat aku bertanya Anggota Rela yang merupakan penduduk tempatan berkaitan adat Perpatih dan istilah-istilah seperti 'solai sepinggang' dan sebagainya. Di sini satu majlis perasmian telah dijalankan. Oleh siapa???... Aku pun tak tau kerana sudah keletihan untuk turut serta menatap wajah perasmi tersebut. Selesai perasmian di SK Pataseh, aku bergegas ke Pekan Jelebu atau Pekan Kelawang untuk mencari tempat penginapan di sana...

Disebelah malamnya pula telah diadakan demonstrasi Adat Berkodim di dewan sekolah berkenaan. Ramai juga penduduk tempatan datang untuk menonton sama. Sebelum demontrasi adat berkodim itu sebuah kumpulan kesenian telah mempersembahkan tarian dan permainan alat muzik tradisional mereka. Sungguh menghiburkan semua persembahan mereka hingga kaki ku seakan-akan ingin bergerak mengikut irama kesenian yang dipersembahakan oleh mereka terutama lagi rakyat...rinding merinding..oooo....rinding merinding.....terasa macam nak bergerak saja tubuh aku untuk mengikuti irama lagu tersebut.... Adat berkodim ialah satu adat penerimaan seseorang individu yang bukan ahli suku untuk masuk kedalam suku seperti untuk menjadi anak angkat. Majlis perasmian program pada malam ini telah dilaksanakan oleh YB Dato'...ops!! lupo lagi esey ni....maaf yo...

Kesemua program ini telah kami rakamkan dengan sempurna.....