Friday, February 17, 2012

Noktah untuk BENGkel MCP 2012

....video ini merupakan rakaman dan suntingan peserta
Bengkel MCP 2012...


HARI ini, 17 FEB. 2012, JUMAAT; tamatlah Bengkel MCP kami yang telah berlangsung selama 4 hari. Dalam masa 4 hari tersebut para peserta diberi panduan bagaimana untuk menerbitkan sebuah penerbitan MCP.

...fasilitator2 bersama kumpulan 2...






Dalam bengkel tersebut peserta didedahkan dengan makna MCP, penulisan skrip MCP, Pengendalian kamera video dalam mcp dan juga menerbitkan vt atau bahan yang akan ada bersama penebitan mcp seperti iklan atau psa.

...fasilitator2 bersama kumpulan 1...

Bengkel selama 4 hari ini, kalau nak diikutkan memang tidak mencukupi untuk menghasilkan sebuah penerbitan yang sempurna. Pelajar pengajian media pun memerlukan masa sebulan untuk menghasilkan penerbitan mereka supaya dapat hasil yang hampir sempurna kalau tidak sempurna.

...penerbitan akhir mcp...

Jam 9.00 pagi peserta yang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan tersebut, mula membuat penerbitan mereka. Kumpulan 1 memulakan penerbitan mereka kerana props telah
tersedia sejak semalam.
Sebelum membuat rakaman kumpulan berkenaan membuat perbincangan untuk beberapa ketika dikalangan mereka. Tamat perbincangan mereka
masuk ke studio dan duduk di posisi masing2
untuk memulakan kerja penerbitan.


Kumpulan ini diberi masa selama lebih kurang satu jam untuk menyiapkan penerbitan mereka. Kami memberi mereka peluang untuk membuat rakaman berkenaan sebanyak 3 kali. Jika kali pertama sudah berjaya dan puas hati maka rakaman kedua dan ketiga tidak diperlukan lagi.

...kumpulan satu sedang membuat rakaman...






...dalam studio floor...

Jika rakaman pertama tidak memuaskan hati maka mereka boleh membuat percubaan kedua.
Kami boleh memberi mereka sebayak 3 kali percubaan...

Kumpulan pertama membuat rakaman selama 2 kali. Terdapat kesilapan yang menyebabkan rakaman dihentikan seketika seperti hos lupa dipasangkan mikrofon.

...sedang tekun membuat penerbitan...
...sedang giat menghasilkan penerbitan mcp...

Selesai kumpulan pertama, kumpulan 2 pula mengambil tempat. Sebelum memulakan rakaman mereka memasang 'props' untuk beberapa ketika. Selesai persiapan 'props' mereka diminta
berbincang sesama kumpulan sebelum memulakan rakaman.


Selesai perbincangan semua krew mengambil tempat masing2 sebelum memulakan rakaman. Sebagaimana dijelaskan, krew yang terlibat dalam penerbitan ini ialah PENGARAH STUDIO, GRAFIK, VT OPERATOR, SWITCHER, SCRIPT ASSISTANT, PENGARAH STUDIO, FLOOR MANAGER, CAMERAPERSON, dan JURUAUDIO.

....kumpulan 2 sedang memberi tumpuan...




.....en. hasrul..floor manager yang pro sangat, sifu niii...

Kumpulan dua diberi peluang membuat dua kali rakaman. Rakaman yang kedua dikira terbaik.
Penerbitan akhir ini tamat hampir jam 12 tengah hari. Selepas rakaman semua peserta
diminta untuk sesi bergambar secara kumpulan beserta dengan fasilitator-fasilitator, melainkan
kumpulan dua diadakan sesi fotografi sebelum rakaman kerana
jurufoto ada tugas lain lagi....


Nampaknya mereka memang sudah berusaha gigih untuk menghasilkan penerbitan yang terbaik. Masing-masing bekerjasama dengan giat. Masing-masing ambil berat tentang apa yang mereka perlu lakukan. 'Teamwork' memang diamalkan dalam setiap kumpulan.

....di studio floor...







.....semasa sesi pra tonton....

Setelah selesai rakaman, maka sebelah petang iaitu jam 3.00 petang diadakan pula sesi pra tonton dimana semua penerbitan ditayangkan dan dikritik oleh pengkritik. Kami minta 4 orang pengkritik untuk mengkritik hasil mereka. Mereka perlu bertindak sebagai penonton kepada penerbitan tersebut. Kami sebagai fasilitator tidak seharusnya membuat kritikan sebab kami merupakan tenaga pengajar dalam bengkel berkenaan.


Kedua-dua hasil penerbitan tersebut sememangnya mendapat banyak kritikan daripada para pengkritik. Bagi aku kritikan tersebut amat perlu bagi menambahkan lagi maklumat kepada peserta. Kritikan membolehkan kita mendapat feedback daripada penonton berkaitan kelemahan penerbitan yang telah kita terbitkan.

...sesi pra tonton dan kritikan oleh pengkritik...

Melalui kritikan berkenaan juga krew penerbitan dapat mengetahui apa kehendak penonton yang di wakili oleh pengkritik berkenaan. Anggaplah pengkritik sebagai penonton yang prihatin dengan hasil terbitan kita. Anggaplah kritikan sebagai perkara yang positif yang boleh menambahkan 'input' serta sebagai penaik semangat untuk menghasilkan penerbitan yang lebih baik yang mampu untuk memuaskan hati penonton. Bagi aku sebagai penceramah dan fasilitator, penerbitan kalian sudah dikira berjaya. Bukan mudah untuk menghasilkan penerbitan mcp lebih2 lagi yang merupakan 'lintas langsung' atau 'live'. Masa amat dipentingkan dalam mcp tidak boleh terkurang masa dan tidak boleh terlebih masa jugak. Tugas Pengarah Studio amat berat untuk menjaga tugas setiap krew, untuk meneliti masa, untuk menentukan masa dimana iklan akan di 'insert' dan banyak lagi. Begitu juga dengan tugas 'script assistant'. Dalam penerbitan mcp jika salah seorang krew membuat sesuatu kesilapan 'the whole' penerbitan akan hancur... Pada pandangan aku juga, ilmu mcp ini amat perlu diketahui sebab dengan menyertai bengkel ini peserta akan dapat mengetahui dengan jelas betapa sukarnya tugas berkaitan penerbitan mcp. Selain daripada itu peserta tentu tidak akan berasa malu jika bertemu dengan mereka yg terlibat dalam bidang penyiaran, kerana masih boleh berbincang panjang berkaitan bidang berkenaan dengan lebih jauh lagi. Tentu istilah seperti, OB Van (outside broadcasting van), krew 'above the line' dan 'below the line' tidak lagi menjadi igauan jika berkomunikasi dengan mereka yang terlibat dalam bidang penyiaran. Istilah lain seperti 'freeze', 'ready vt', '15 seconds to studio...', 'sound on tape', 'fade in music', 'fade out music', 'fade under music' dan berbagai lagi istilah tentu tidak lagi menjadi tanda soal yg besar dalam kepala para peserta bengkel lagi....
Akhir sekali aku bagi pihak diri sendiri ingin minta maaf atas segala kata-kata yang menyinggung dan bahasa yang songsang jika ada, semasa aku mengendalikan bengkel berkenaan......Di sini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua krew seperti sdr. shahrul, kamarul, jasril, suraya, ramli, haji izad dan lain2 yang terlibat dalam mengendalikan bengkel berkenaan.....Terima kasih juga kerana sudi membaca coretkan yg agak panjuang ini....sekian...
daudmontakzakaria

2 comments:

hilmibaba said...

Alamak baru saya perasan itu video saya...hahahaha. sorry lah En. Daud kalau video itu kurang memuaskan sedikit. apa pun terima kasih kerna sudi menggunakan vid saya itu.

Lan Bingka said...

Terima kasih kepada En. Daud dan semua fasilitator yg terlibat.. Best dapat belajar benda baru.. :)