Wednesday, July 29, 2015

tubewell lagi.

foto ihsan dari sdr. kamarul...
TUGAS hari ni, rabu, 29 julai 2015. Aku dan Kamarul pergi ke Kolej Burhanuddin Helmi
dan Kolej Ungku Omar untuk membuat rakaman video pembinaan
TubeWell di sana pada waktu pagi. Kami difahamkan UKM
 akan membina tubewell di tiga buah
kolej kediaman yang mengalami kesukaran
untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk keperluan harian. 

foto ihsan dari sdr. kamarul...
Kami difahamkan
terdapat dua unit atau team yang bertanggungjawab dalam pembinaan berkenaan.
Sebuah team menjalankan penggalian untuk mendapatkan sumber air
bawah tanah dan satu team lagi adalah untuk membina 
sistem paip yang akan menghantar air berkenaan
ke bangunan dalam kolej kediaman yang disediakan tubewell tersebut...................
Penggalian memakan masa beberapa hari sebelum punca air
bawah tanah ditemuai. Air ditemui di kedalaman lebih daripada 130 meter.........

foto ihsan dari sdr. kamarul...
foto ihsan dari sdr. kamarul...
Sebelah petang kami melihat raptai pertandingan orkestra pelajar sekolah di DECTAR.
Program tersebut akan berlangsung petang esok dan kami akan
membuat rakaman MCP berkenaan........
Oleh kerana program itu dijalankan dalam waktu pejabat maka
mungkin kami tidak mendapat banyak bantuan daripada krew bantuan dari jabatan
lain dalam UKM.....

sekian terima kasih....

DAUD.montak.zakaria