HARI ini merupakan hari yang ke 28 kita berpuasa. Malam ini pula merupakan malam ke 29 bulan ramadhan. Mungkinkah malam ini merupakan malam Lailatul Qadar yang diimpikan oleh setiap orang Islam yang benar2 faham dengan kelebihan bulan Ramadhan...?
Petang ini selepas asar aku akan bergerak ke utara untuk menyambut hari raya di negeri sendiri. Bagi aku sambutan hari raya merupakan hari yang amat dinantikan oleh golongan kanak-kanak. Mereka lebih ternanti-nanti ketibaan hari yang berkenaan. Bagi kita yang telah jauh dewasanya hari raya mungkin bukan hari yang kita nantikan sebab kita sepatutnya lebih kecewa meninggalkan ramadhan yang lebih barokah. Dalam bulan ramadhan merupakan bulan yang sepatutnya kita menjana pahala yang banyak di mana setiap satu ganjaran akan digandakan oleh ALLAH sebanyak 70 kali. Dalam bulan berkenaan juga terdapat satu malam yang mana bila kita beribadat pada malam tersebut, seolah-olah kita telah beramal selama 80 tahun. Bagi mereka yang faham dengan kelebihan ramadhan tentu mereka sedih meninggalkan ramadhan kerana bimbang tahun hadapan tidak akan bersua lagi sebab dah meninggal dunia atau sebagainya. Bila dah meninggal tentu tidak berpeluang melakukan amalan dengan pahala yang berganda. Oleh itu kita sambutlah hari raya ini dengan seadanya, jangan berlebih-lebihan dan jangan membazir. Yang lebih teruk lagi jika kita menjana dosa dengan pelbagai perkara yang dilarang ALLAH ketika gembira menyambut hari raya.
Opst! tulisan ini mungkin dikatakan bukan ada kaitan dgn blog yang menceritakan tentang tugas audio video kita bukan...? Bagaimana pun apa yang ditulis ini ada kaitan dengan informasi yang mana tentu ada kaitan dengan ilmu komunikasi. Apa2 pun....akhir tulisan aku ucapkan "selamat hari raya, maaf segalanya...." kepada sesiapa saja yang membaca blog ini....