Saturday, October 28, 2017

Konvo UKM ke 45, sidang canselor.

Hari ini, Sabtu, 28 Oktober 2017, bermula majlis konvokesyen ukm ke 45 di DECTA
UKM. Sidang pertama. Konvo akan berlangsung dari 28 hingga 31 
Oktober 2017. Ia mengandungi tujuh sidang selama
empat hari.

6.30 AM
wira yg tidak didendang...
ibu bapa da masuk dewan...


Se awal jam 6.30 pagi
da sampai dectar. Minta kebenaran
daripada pengawal untuk masuk parkir urusetia.
Mudah je masuk kerana parkir masih ada ruang ruang kosong. Pengawal yang
menjaga di situ aku amat kenal maklumlah kami videographer,
pi mana je mesti orang kenal dalam ukm ni....yang
tak kenal tu memang buat2 tak kenal maklumlah...kan...videographer...
Masuk dectar terus log in dan masuk studio ukm. On kan
semua peralatan dalam studio. Setting semua alat
tersebut. 

tak tau foto sape pinjam ye...

TUANKU CANSELOR...tak tau foto sape...pinjam ye..
walau sibuk sempat gak posing...

ramli...audio...
Kemudian pasang kamera
satu, tiga, lima dan seterusnya hidupkan video
distributor dan tv emcee di belakang pentas. Sdr Yunus sampai
dan dia terus pi sarapan. Siapkan semua yang ada dalam studio ukm.
Kemudian sorang sorang krew sampai. Kamarul pasang
kamera empat di tingkat atas. Semua krew
sampai sebelum pukul 8.00 pagi.
Semua pi sarapan, aku tak pi sebab
bila masa konvo aku lebih selesa minum kopi dalam studio.

cameramen..pinjam foto orang....

chef & aizat..

FAKHRAN & ROSLI...
ery....pinjam foto orang...

YUSRIE amat membantu dari UKM KL...glamour duk kat pentas..
Jam 8.10 pagi semua krew da bersedia di posisi masing2. Kebanyakan
krew dalam konti bersama aku ialah pompuan, grafik, switcher, semua pompuan.
Bilik audio, jurukamera semua lelaki. FM perempuan dan lelaki.
Hari ini fm datang sorang je iaitu PN WANIE...tq wani...
Banyak membantu....................banyak sangat membantu hari ni......
Aku dibantu oleh CIK ANIM, dia banyak membantu 
aku dalam menentukan invidu yang perlu di highlight kan di screen semasa
Naib Canselor berucap.  Peluh sejuk gak kami dalam konti
semasa ucapan Naib Canselor. Anim memang
banyak membantu...Dia sentiasa berada di sisi aku dgn TEKS UCAPAN2..
...huhuhu...TERIMA KASIH BEBANYAK ANIM...
Setiap sidang dia akan bertungkus lumus mencari 'seats' vvip dan individu tertentu
 yang akan ditayangkan di layar semasa ucapan NAIB CANSELOR.

fm kat belakang tu...pn wanie...
...ni masa tengah busy...

..ni tengah sibuk...

boss kami tu...DR SABARIAH...baju BIRU tuuu...
Krew Grafik juga tidak kurang pentingnya
iatu, CIK FAZLIANA, CIK SURAYA, CIK SYANANA dan PN WATI 
serta sorang lagi krew grafik yang baru... mereka jauh sikit
dari sisi ku...hahahah.....terima kasih BEBANYAK
kepada mereka semua, siang malam taip grafik sejak sebelum konvo lagi......
Krew Switcher juga penting PN. HAZNI HANIM, PN. HASNAH, PN. MIMI dan dua
orang krew baru. Har ini PN. HAZNI HANIM dan dua orang krew
baru hadir membantu. Mereka juga setia di sisi aku...huhu...TERIMA KASIH 
BEBANYAK. Mereka ni sentiasa ada di sisi aku bila aku
jerit READY CAM ONE...TAKE ONE! huhuhu.....
Jurukamera juga amat membantu, tanpa jurukamera
skrin tentu tak ada visual yang cantik....sentiasa jer beri aku
shot bila aku minta READY CAM......cepat jer mereka cari shot 
yang aku nak...Hari ini mereka yang hadir ialah AIZAT, JAMALUDIN, CHEF,
YUSRI dari UKMKL, HATA, ROSLI, ERY, FAKHRAN, WAFIY,
BUKHARI, ZULHIM, BADRU dan lain2 yang aku lupa......
Mereka jauh dari sisi ku tapi dekat di hati gak.......hahaha..

posing...

sempat posing...

pinjam foto hazni..

pinjam foto hazni...
Krew RF Camera juga penting iaitu 
staff UAV PKK, SHARUL dan JASRIL......shot penting mereka
ialah semasa tabik hormat dan lpemeriksaan perbarisan palapes di luar
dectar yang dipancar terus di screen besar dalam dewan....
SDR. RAMLI dan HAJI SULIMI juga penting.Mereka kendalikan
audio dalam bilik audio. Tanpa mereka tentu rakaman
video akan senyap tanpa bunyi...terima kasih kepada mereka.
Mereka sentiasa setia dalam bilik audio..........
EN. MOHD NOOR pula penting kerana dia merupakan ketua

yang mengatur slaid2 untuk ucapan naib canselor....sentiasa je sibuk.....
agaknya tentu kurang tidor sepanjang majlis konvo ni kut..

Hari ini tiada masalah yang berat2 cuma
'intercom' kami ada sedikit masalah. Tamat sidang aku
dan sdr. Ramli da cuba baiki masalah tersebut....moga menjadi normal
esok pagi untuk sidang yang seterusnya......

Akhirnya...TERIMA KASIH BEBANYAK SEMUA...

*psttt....harap aku da puji sume ye......

DAUD.montak.zakaria