Tuesday, September 19, 2017

Cuti & Keja..

Hari ini, SELASA, 19 Sept. 2017. Aku bercuti emergency sebab letih kerana
baru tiba dari utara selepas hantar anak ke IPTA di PERLIS.
Tiba rumah semalam jam 12.00 tengah malam...
jadi hari ini, aku cuti la.
Namun aku keje malam ni walaupun
siang tadi aku cuti. Aku keja sebab di wassapp oleh SDR.
RAMLI untuk sama sama bekerja malam ni untuk program PENJUMLAHAN
UNDI Majlis Perwakilan Pelajar UKM di dewan Gemilang UKM.



Lepas Maghrib kat rumah terus amik sdr. RAMLI di rumahnya kemudian terus pi
UKM. Tiba di opis terjumpa sdr. IZWAN. Aku dan Ramli terus amik 
alatan kamera dan terus pi ke Dewan Gemilang. Tiba di sana
macam lengang je. Dewan Gemilang ni merupakan
tempat pengumpulan peti2 undi
dari pusat2 mengundi di kampus UKM, Kampus KL
dan PPUKM.  Masuk ke dewan Gemilang dan keadaan sekitar tak bising pun. 
Aku pi rakam penjumlahan untu di meja dalam dewan. Kemudia kami rakam 
temubual dengan CIK NAJWA, Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM. 
Kemudian kami rakam suasana di dataran gemialng. Keadaan 
masih tidak meriah cuma kumpulan ASPIRASI je
 yang ada.
Kami masuk kembali dalam dewan dan rakam ketibaan peti peti undi
melalui pintu masuk utama dewan. Kemudian kami masuk dalam dewan. Kemudian 
kami keluar kembali dan rakam suasana meriah di dataran gemilang.
Dua dua pihak telah berkumpul di dataran berkenaan...
agak riuh susana di dataran tersebut.


Kemudian kami rakam calon-calon sedang memasuki dewan gemilang. Kemudian 
kami juga rakam calon calon sedang menunggu keputusan yang 
bakal akan disampaikan oleh TNC HEPA. Dalam 
dewan kami jumpa SHIDDAN
 jurufoto PKK dan HANIM wartawan PKK yang juga sama 
berada di sana  Kemudian apabila penjumlahan undi telah diperoleh TNC
HEPA mengumumkan calon calon yang telah menang dalam pemilihan MPP
 berkenaan. Setiap kali nama calon yang menang di sebut setiap kalilah 
sorakan kedengaran oleh calon2 dan calon2 lain yg dari pihak mereka.
Setelah kesemua calon yang menang disebut maka tamatlah majlis
berkenaan. Maka riuhlah kumpulan yang telah memenangi
pemilihan MPP tersebut. Kami mengambil
kesempatan untuk menemubual
PROF. DATO' NOOR AZIAH MOHD AWAL, Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni berkaitan pemilihan MPP
Kemudian kami keluar dewan untuk
merakamkan suasana riuh di luar dewan yang penuh dengan sorakan..
riuh rendah bunyinya. Penyokong penyokong
kumpulan yang menang memangnya
lebih kuat lagi sorakan mereka. Kami juga mengambil
peluang menemubual ketua kumpulan yang telah memenangi pemilihan MPP
kali ini. Setelah beberapa lama di sana, tepat
jam 12.00 tengah malam kami bergerak kembali
ke opis kami dan setelah simpan semua alatan kami pun balik kerumah.

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria.