Saturday, December 22, 2018

Sisa sisa keje yg masih ada..

Hari ni Jumaat, 21 Disember 2018..aku pi keje. Ada keje yang perlu aku buat. Walaupun cuti aku pi keje jugak bukan sebab rajin tapi memang aku rajin pun..
ekekeke...ooopst! Sebenarnya aku ada tugas
untuk dibuat di opis tu.

aku keje di bangunan penerbit ukm ni...dalam tu ada opis cawangan
PUSAT KOMUNIKASI UKM...
Sebab aku cuti sampai pencen
jadi aku gerak ke ukm jam 8.30 pagi. Sampai ukm
lebih kurang jam 9.00 pagi dan aku tak terus singgah opis...aku
terus singgah di pusat kesihatan ukm. Selepas selesai aje urusan di pusat kesihatan
terus pi opis. Jumpa sdr. ramli dan amik sd card yang ada footage video
tu untuk di edit. Aku datang ukm dan opis ni untuk tugas edit
video yang dah di rakam oleh sdr. ramli
semalam dan beberapa hari
yang lalu.......

video 3 minit lebih...

video penuh....

Aku mulakan tugas edit tu
serta merta. Setelah buat keje tu beberapa
jam dari jam 10 pagi lebih kurang dan siap lebih kurang jam 3.00 petang.
Siap aja keje tu aku upload ke ukm tube iaitu chanel video ukm di you tube.. Semua video kami yangtelah diedit ada di channel tu....cuba la pi ke channel tu manalah
tau kalau2 ada video yang bermanfaat untuk anda...tak gitu.....

....satu lagi video yang sempat aku edit hari ni...

Kalau anda nak tengok video video dalam ukm tube boleh la pi ke link ni...



ok...itu aje kut....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Monday, December 3, 2018

Sisa sisa MCP untuk aku...


'baru siap edit hari ni, 4 disember 2018'


..yang ini 'short version'...

Hari ni, ISNIN, 3 Disember 2018...hari ni kami membuat rakaman MCP Majlis Syarahan Canselor UKM Ke 3 di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK atau 
DECTAR. Majlis ini merupakan majlis yang diadakan
setiap tahun dan dihadiri oleh
Canselor UKM DYMM Tuanku Muhriz.
Ini merupakan kali ketiga program ini diadakan di dewanberkenaan....
Ini link cerita syarahan canselor yang lalu....klik
la DI SINI


persiapan pentas dan sebagainya...
persiapan pentas dan sebagainya...
Persiapan dewan dectar dijalankan pada hari Ahad iaitu sehari sebelum majlis berlangsung.
Persiapan pentas dan sebagainya disediakan dan dijalankan sejak pagi Ahad.
Sementara sebelah petang pula diadakan pula raptai pentadbiran.
Kami dari Unit Audio Video PKK bertanggung jawab dalam
persiapan teknikal rakaman video berbilang kamera. Kali ini kami gunakan
alat sewaan kerana alatan mcp lama kami sudah kurang berkemampuan untuk digunakan
sebab sudah terlalu lama dan bimbang berlaku masalah teknikal semasa
rakaman nanti.

persiapan...
persiapan teknikal oleh krew jelas juta...
keadaan dalam dectar
Hari Ahad aku, sdr. shahrul dan sdr. ramli datang ke dewan untuk tujuan persiapan alatan mcp tersebut. Kami tiba di dectar lebih kurang jam 9.30 pagi. Syarikat penyewaan
alatan tersebut tiba dalam jam 10.00 pagi. Sebaik tiba mereka terus
memunggah alatan masuk ke dalam studio ukm dan
mula melakukan pemasangan. Kami sewa
mcp dengan 3 buah kamera.
Walaupun 3 kamera sahaja tetapi alatan dalam
studio perlukan kawasan yang luas jugak seperti masa kami sewa alatan
untuk majlis konvokesyen yang lalu.

kali ni 'switcher' kecik aje...
pasang kamera
pasang kamera di bawah seliaan sdr. kamarul jpj dari jelas juta...
Krew syarikat jelas juta ambil masa beberapa jam untuk siapkan pemasangan peralatan mereka. Mereka pasang kabel kabel kamera serta lain lain alatan sama ada dalam
dewan serta dalam studio. Menjelang jam 2.00 petang mereka
telah siap pasang semua alatan yang perlu.
Ujian visual dengan LED dewan tak dapat dibuat
kerana krew pusat kebudayaan ukm ada tugas lain di lokasi yang
lain....
Siap aje pasang krew jelas juta pun balik dan akan datang pada
pagi esok sebelum majlis bermula. Tugas pada hari esok tidaklah banyak
bagi mereka kerana untuk memasang kamera dan tripod serta membuat ujian semua
alatan serta disambungkan ke LED untuk paparan dalam dewan.

krew jelas juta
alat dalam studio
tunggu program bermula...dari kiri AMIRA, SANIY, AMIRA 2, YAN, FAKHRAN, YUNUS dan AKU...
Lebih kurang jam 2.00 petang tiba pulak team dari Pusat teknologi maklumat UKM untuk pasang alatan 'streaming' dia orang. Program hari esok akan ditayangkan
secara 'live' di internet. sebaik selesai pasang krew ptm keluar. Ujian
streaming tak dapat dibuat sebab krew jelas juta dah takde..uji esok aje la..
Sebenarnya
majlis esok bukan saja kami
rakam tetapi juga dipaparkan di layar tayangan dalam
dewan untuk tontonan secara 'live' dalam dewan serta juga ditayangkan
secara 'live' di internet....dalam lain perkataan di ' live streaming' kan...ekekeke... betul ke ayat tu...huhuhu...
Selesai untuk cerita hari Ahad....2 disember 2018

dalam konti...dengan amira 1, amira 2 dari ukm kuala lumpur dua dua, fakulti pergigian ..
..bersama nur fazliana ramli dan jasril amry...dalam konti...
...sempat paparkan dua orang awek pusat komunikasi korporat ukm di layar tayangan dalam dectar..ekeke...
Cerita hari isnin...3 November 2018 pulak. Pagi Isnin aku tiba di dectar lebih kurang jam 7.15 pagi. Tak lama kemudian tiba sdr Shahrul, berikutannya sdr. ramli.
tak lama kemudian lebih kurang jam 8.00 pagi krew jelas juta
pulak tiba di dectar dan mula on kan sistem
serta mula pasang kamera dan
 sebagainya.
Mereka pasang tripod dan kamera
serta cek peralatan berkenaan dari segi rakaman dan tayangan
di LED. Semuanya mereka selesaikan pagi itu sebelum program bermula jam
10.00 pagi.
Tak lama kemudian sdr. Yunus pulak
tiba. Dia bawak roti canai untuk sarapan krew yang
aku minta dia tempah dan bawak ke studio. Kami dapat tau ada
sarapan jugak pagi tu. Tak lama kemudian tiba pulak dua amira..kembar yang berbeza
ibu bapak dari ukm kuala lumpur...fakulti pergigian. Dia datang dari kuala
lumpur untuk bantu kami...terima kasih bebanyak kerana
masih sudi bantu kami hari ni......

ketika program...foto aizat gamaknya....
untuk kenangan....
untuk kenangan...
Aku dan Yunus kemudian pi sarapan pagi di tingkat atas iaitu lokasi yang sama masa kami makan semasa majlis konvo ukm dulu tu. Selesai sarapan masuk kembali ke
dalam studio dan tunggu program bermula. Ada krew yang
datang bantu kami yang aku panggil melalui
surat rasmi. Ada yang tak dapat hadir mungkin
mereka punya tanggung jawab di fakulti memasing, apa apa pun
terima kasih bebanyak kepada semua krew yang terlibat dengan kami pada hari ini...
Semua krew mula 'standby' di posisi memasing 5 minit sebelum program
bermula. Sebaik bermula kami pun seperti biasa jalankan tanggung
jawab kami sebagaimana biasa. Aku bertindak
sebagai Pengarah Studio yang bagi
arahan kepada semua krew semasa rakaman dijalankan sehingga selesai.....
Rakaman telah berjaya dibuat dengan baik...dan akan aku edit
sebelum di upload ke ukm tube.......nanti...
Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang terlibat iaitu sdr.
SHAHRUL, RAMLI, YUNUS, JASRIL, YAN, AMIRA, NUR AMIRA,
AIZAT, SANIY dan FAKHRAN....dan semua krew JELAS JUTA....
Akhirnya aku berfoto dengan semua krew jelas juta dan sebahagian krew kami 
kerana ini mungkin kali terakhir aku berkolaborasi bersama team tersebut sebab aku akan mula bersara 'option' pada 1 MAC 2019. Terima kasih kepada NUR
FAZLIANA BINTI RAMLI kerana
tolong rakamkan foto berkenaan..harap..krew semua akan dapat membantu krew selepas aku bersara sehingga bila bila selagi studio ukm masih ada dan masih berfungsi...

~ SEKIAN ~


daud.montak.zakaria

Friday, November 16, 2018

Syarahan Umum...Ustaz BadliShah.

Hari ni Jumaat, 16 November 2018...aku ada tugas hari ni. Aku kena buat rakaman video Syarahan Umum. Sebenarnya aku ada banyak
keje suntingan untuk ucapan Naib Canselor masa
majlis konvo. Jadi aku kena tinggalkan
sekejap keje aku tu. Aku tak kisah pun keje video da terbiasa 
dengan aku...



tunggu majlis bermula....
Jam 8.15 am aku kena bergegas ke Pusat
Sisiwazah UKM untuk rakaman syarahan umum berkenaan.
Aku kena pi sebab hari ini terdapat tiga kerja dimana dua daripadanya
dijalankan serentak di dua dewan berbeza. Satu keje lagi
sebelah malam...masa aku tulis blog ni la...kut...
atau memang da abis kut apa yang berlangsung kat dewan tu...
Disebabkan kekurangan staf
maka aku kena pi rakam kat pusat siswazah tu.
Syarahan umum tu dianjur oleh profesional ukm dengan kerjasama
pusat islam ukm. Aku tiba di dewan tu agak awal iaitu jam 8.30 
dan majlis bermula jam 9.00 pagi lebih kurang.

syarahan da mula...
hahaha...ni video dari mimi...ni screen shot aje...
Tiba kat sana jumpa staf ptm yang diketuai oleh
faril izaldi. Dia orang involve untuk live streaming. Aku tengok 
dia orang bawak kamera sendiri. Masa aku datang dia orang sedang cuba untuk 'live' kan visual dia orang. Aku tawarkan juga
khidmat aku kat dia orang...kalau kamera
dia orang tak keluar visual.

Namun akhirnya keluar jugak
visual di streaming, alhamdulillah, jadi takde la dia orang 
amik visual output dari kamera yang aku guna...ok la tu..Aku tonton
rakaman dalam live streaming..hermmm...cantik visualnya dan
lebih cantik visualnya daripada yang aku rakam....
mungkin kamera mereka kamera HD tu...

...bersua najwa....da jadi ibu sekarang...
Bila program bermula maka aku pun rakam lah...
sementara tu aku bukak handphone aku...la...si mimi edani pun
ada kat dewan ni...hahaha...berjela la gurau dia orang dalam grup rakaman konvo ukm tu...macam macam la dia orang ni..
hahaha...aku ingatkan aku da tak jumpa
lagi dia orang dimana mana sebelum konvo ke 47 tahun
2019 depan...sebab masa tu aku da pencen kut..insyaALLAH...memang tak sabar2 aku nak pencen...hahaha..
Menarik jugak syarahan ustaz tu...ustaz tu sering keluar tv al hijrah...Menarik jugak syarahannya...gelak ketawa hadirin dibuatnya..ok la bila gelak2 tentu kurang ngantuk kan....bukan mudah untuk dengar ceramah tanpa rasa lelap.... Nanti da siap aku edit 
aku akan upload ke utube...korang boleh tonton nanti...
Namun kat sini aku beri link sebahagian yang
 sedikit sahaja daripada rakaman berkenaan.........

Selesai rakaman aku kemas alat...tetiba pulak si najwa tegur aku...la..ada jugak dia kat sini...Korang tentu tak kenal dia ni...Sebenarnya 
dia salah sorang intern dari politeknik arau tahun
2013 kut. Dia pelajar intern unit video kami.
Banyak aku tulis dalam blog berkaitan
dia ni...hinggalah cerita masa aku pi hadiri kenduri kawen dia dulu tu...

Di sini boleh baca tulisan aku tentang Najwa dan aisyah dua orang pelajar intern kami tahun 2013...sila pi ke link
di SINI
Video nya boleh ditonton 
di SINI...eaaa..

Sekelumit daripada 2 jam video syarahan boleh ditonton di bawah eaaa...




~ SEKIAN ~


daud.montak.zakaria

Wednesday, November 14, 2018

Konvo UKM Ke 46 - catatan akhir...

 Catatan Akhir Konvo UKM..
6.30 pagi...
Hari ni hari Rabu, 14 Nov. 2018...haha...hari ni barulah aku ada peluang untuk meletakkan catatan kat blog aku ni...hajat aku memang nak
 update blog lepas tamat setiap hari masa konvokesyen ukm
 tu tapi tak kesampaian...balik rumah letih sesangat dan
 terus lelap sebab pagi esok setiap pagi
hari konvokesyen aku kena bangun jam 5.00 pagi
 lebih kurang untuk bersiap siap pi ke ukm...Aku memang tanam
 niat untuk tiba di ukm sebelum jam 6.30 pagi. Namun ada gak la terlajak sama ada 6.31 minit atau 6.35 minit...Sejak kami buat rakaman majlis konvo tahun 1993, aku memang sering datang dan tiba di ukm
 sebelum jam 6.30 pagi...itu memang biasalah
tu.......Ramai jugak krew uav tiba awal di dectar masa majlis konvo...


sebelum keje kene isi perut dulu...sebelah aku tu sdr. jasril...
inilah keadaan dalam konti...ada yang serius...ada yg senyum tapi banyak serius
drpd senyum terutama masa ucapan NC...huhuh....
...dua orang pompuan tu FM...yan & suriani...chef tu cameraman...dia orang sering bantu
kami masa mcp konvo....Yan pulak sering bantu kami dalam semua
tugas mcp setiap kali dibuat di dectar...rajin dia tu...
ni masa sidang canselor....
ni rosli....krew mcp kami dari pusat pengajian media ukm...
hata...cam 5...jurukamera glamour sebab duk tengah dewan..huhuhu...
salah sorang krew lama mcp ni...
sdr Yunus cam 1, yunus salah sorang krew otai kami...rajin sangat...panggil aje untuk bantu
mcp, pasti dia akan datang bantu....
Konvo ke 46 UKM dah pun tamat pada
13 november 2018 iaitu semalam. Ia bermula daripada 10
november 2018 yang lalu. Ia mengambil masa selama 4 hari dan diadakan di dewan besar tun abdul razak ukm. Mengimbau kembali kenangan lalu, kami dari unit audio visual, sejak studio ukm diwujudkan pada tahun 1993, kami telah diberi tanggung jawab untuk membuat rakaman MCP majlis konvo setiap tahun hinggalah ke hari ini. 
Sejak tahun 1993 kami telah membuat rakaman MCP
 konvo dengan menggunkakan alatan audio visual
 yang dihadiahkan oleh
kerajaan Jepun jenama JVC bernilai satu juta ringgit malaysia.


inilah kami...aku boleh ingat nama mereka...maknanya ingatan aku masih muda...
ekeke...ujung sana berdiri...watie, mira, nana kamarul, yan, hasnah, mimi, mira,
aku, anim dan wanie....
watie, shahrul, anim dan saniy
suasana dalam dewan...
aizat, zulhim dan badru nizam...zulhim dan badru orang lama ni....
yusri, ery, wafiy, khaeder, wanie, yan & anim...
haji ramli, haji sulimi dan belakang sdr badru nizam...
Ketika itu unit kami berada di bawah pusat teknologi 
pendidikan. Kemudian nama pusat kami bertukar kepada pusat penerbitan dan teknologi pendidikan bila da ada bangunan sendiri. Walau pun nama pusat bertukar namun tugas kami tetap sama
iaitu membuat rakaman video serta rakaman video
 mcp semua peristiwa dalam dectar ukm seperti
 yang diminta.  Apabila unit kami ditalak tiga..oopst!..haha..dan
 dipindahkan ke pusat komunikasi korporat ukm dalam tahun 2015,
 juga kami kena buat jugak keje keje video ni termasuklah rakaman mcp majlis konvokesyen ukm pada setiap tahun. Rakaman kami bukan saja sekadar rakaman tapi jugak untuk ditayangkan secara 'live'
 di layar besar dalam dewan serta di monitor tv yang 
diletakkan untuk tontonan ibu bapa
di luar dewan. Tayangan juga dipancarkan di panggung
seni...jugak untuk tontonan ibu bapa dan
saudara mara graduan yang tidak dapat masuk ke dalam dewan besar dectar.


dewan sebelum graduan masuk
beratur nak makan tengah hari
dalam konti untuk sidang berikutnya...hahaha...serius dia orang kan...baju cokelat tu
boss kami dr. sabariah...
masa bertugas dalam dectar, sempat posing...
rehat dalam studio sebelum giliran bertugas...
ni masa minum dalam studio dan jugak sembang sembang....
aku biasalah, kalau duk gini gini tentu aku selfie tambah pulak sebab nak option ni...haha

Staf unit audio video tidak ramai mana pon, sejak dulu cuma dalam lingkungan 5 atau 7 orang aje...Namun keje mcp kami mesti lakukan jua. MCP perlukan krew yang ramai...kami kami aje tentu mustahil untuk
 buat tugas tu....Biasanya jumlah krew untuk rakaman mcp konvo 
ni lebih kurang 40 orang. Kami perlu ramai krew kerana
 memasing akan mengendalikan tugas tugas 
yang tertentu..
Anda tentu pening kepala nape kami perlu ramai krew
sebegitu...jadi untuk memudahkan anda semua faham cuba semak link
DI SINI
untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan PENGENDALIAN RAKAMAN VIDEO
MULTIPPLE CAMERA PRODUCTION.....

ni lah suasana dalam konti...tu tuan haji bukhari...
lapik perut...chef, ikhwan dan aizat..
nak cuba rf camera tu...anim ni...
suasana dalam konti yg biasa...
Dalam penerbitan video MCP krew yang terlibat
ialah penerbit, pengarah studio, penolong pengarah atau
pembantu skrip, switcher, grafik atau CG, Floor manager dan jurukamera. Dalam tugas kami ni, krew jurukamera paling ramai....Krew akan bertugas secara bergilir gilir mengikut kesesuaian masa.
Sejak tahun 1993 krew yang kami pelawa 
bekerja bersama
kami dalam mcp sering bertukar silih berganti...
ada yang sudah tak bertugas di ukm dan ada jugak yang telah bersara. Ada jugak yang dah tidak mahu lagi bersama kami, mungkin
 dah jemu dan ada jugak yang telah pi ke alam lain...
doakan moga dia dirahmati ALLAH SWT eaaa....


..antara suasana biasa dalam studio..
..antara suasana biasa dalam studio..aku ngan watie...watie ni selalu aku pujuk
supaya terus bantu mcp kami...dia menurut aje..melainkan jika dia nak tambah zuriat..oopst!
masih sempat wefie...yan, jamaludin, hasnah dan aku..ketiga tiga memang
macam krew mcp tetap kami, sentiasa bersedia membantu apa aje rakaman mcp pon...
dalam studio ukm...
Buat masa ini krew luar uav yang merupakan krew lama...bukan tua tau...ialah HAJI SULIMI, sdr. AHMAD YUNUS MISDI dan SDR. 
BADRU NIZAM...yang lain lain rata ratanya krew yang 
agak baru dan masih muda belia...masih mengancam...hahahaha.......Yang
 lama tu masih lagi bertahan hingga hari ini...
mereka sentiasa bersedia untuk bertugas bersama kami bila dipelawa...Dikalangan yang paling lama ialah HAJI SULIMI....nak pencen macam aku gak...

Sejak tahun 1993 kami gunakan peralatan rakaman mcp jenama JVC yang dihadiahkan oleh kerajaan Jepun yang nilainya ketika
 itu SEJUTA RINGGIT MALAYSIA. Alat berkenaan
 format SUPER VHS format analog...bukan
format high end pun...namun
 ketika itu sudah
memadailah walaupun ketika itu tv
 gunakan format beta kalau tak silap. Ketika ini format 
high end da tiba ke tahap 4K dan kebanyakan stesen tv gunakan format
HD. Dalam tahun 2004 kami tukar kebanyakan alat dengan alatan jenama SONY. Bajet untuk beli alat berkenaan merupakan
 bajet UKM la....Namun alatan tersebut bukanlah
alatan broadcast yang high end....yang high end ketika itu
ialah alatan DIGITAL...kami masih lagi berada ditahap format ANALOG yang masih di bawah....apa boleh buat la....Jadi sekarang kami
 minta untuk diganti dengan alat format HD...masih belum
 dapat bajet lagi..aku pun da nak pencen dah
 pun....huhuhu....


konvo ke 46
konvo ke 46...belakang tu fakhran...yang depan tu aku da lupa nama...maaf ea...
fakhran, masa mcp kami sedang rancak dia sering aje ade membantu...available lagi tu...
...konvo ke 46...depan...ery dan yusri...belakang kiri tu wanie, krew awal kami terutama
rakaman mcp konvo...Yusrie dan ery pon rajin bantu...yusri tu tokeh udang..
bijak orangnya, dia tau jantan atau betina udang walau ada dalam air...ekeke..
konvo ke 46...krew cam 2...yg lelaki...
Kali ini dalam majlis konvokesyen 2018 kami sewa semua alat untuk rakaman mcp kerana alatan yang kami ada telah uzur dan bimbang untuk digunakan dalam majlis yang penting dan penuh protokol. Kalau guna alat lama dan ia bermasalah ketika majlis sedang berlangsung...
sape yang nak jawab...sape....

Alatan yang kami sewa semuanya kami yang kendalikan cuma syarikat bekalkan krew teknikal incase kalau berlaku sebarang masalah teknikal....Alatan kami JVC da berusia lebih 20 tahun 
sementara alatan SONY dah lebih
10 tahun. Rasanya da perlu ditukar dah....
memanglah belanja yang besar diperlukan untuk
ganti the whole system tu tapi berbaloi untuk jangka masa panjang...
Contoh kiraan mudah...jika dalam UKM ada 3 event sebulan 
untuk gunakan rakaman video mcp, sewa alat rakaman sekali ialah 20 ribu RM. Kalau sebulan 60 ribu RM. Kalau setahun jumlahnya lebih kurang 720 ribu RM. Kalau 20 tahun lebih kurang
14 juta RM sebab alatan berkenaan boleh tahan selama 20
atau 25 tahun...bayangkanlah...kita boleh
jimat lebih kurang 4 juta RM dalam 20 tahun jika kita belanjakan
10 juta RM untuk beli alatan baharu tersebut...tak gitu....hahaha...apa boleh buat la....Barang baharu biasanya tidak akan 
mendatangkan masalah kan...samalah
dengan suami baharu atau isteri baharu...ooopst!


jurukamera dan FM
sempat lagi posing tu...depan sekali tu mimi, salah sorang krew mcp kami yang rajin datang mcp
terutama masa masih bujang...la ni da ada 'orang rumah'....
rancang nak rakam scp...ni bos unit uav, en. hazrul....
 Ok lah...kita tinggalkan cerita alatan baharu dan bajet tu.....aku nak cite tentang rakaman konvokesyen ukm ke 46 ni pulak....Kami mula berkampung di dectar ramai ramai pada 10 november 2018. 
Pepagi lagi aku da tiba di ukm lebih kurang
jam 6.30 pagi. Masa tu mudah nak masuk parking yang
 dijaga oleh keselamatan ukm kerana ada pelekat urus setia di cermin kete aku tu...terima kasih kepada rakan keselamatan ukm. Masuk dectar terus je log ini, kadang2 awal sebelum 6.30 pagi...kekadang
 lewat sikit jam 6.35 pagi....Tiba di dectar krew syarikat 
yang pasang alatan mcp tu da sampai dulu...
tak pernah pun aku mendahului
 mereka. Mereka perlu datang awal untuk on kan semua sistem rakaman mereka tu. Krew uav yang lain ada jugak yang tiba di dectar 
dengan aku. Majlis konvo 2018 ni..kami krew uav tidak 
susah seperti tahun2 sebelum ni sebab 
alatan yang disewa dipasang oleh 
syarikat, kami cuma pasang mana alat2 yang lain
yang kami sediakan aje. Mudah sikit la kali ni..Kebanyakan kami
cuma jadi  krew untuk operate alat rakaman saja bukan pemasangan alatan...mudah kan sikit..apa boleh buat la.......

...aksi lepas lunch ni....
...aksi lepas lunch ni....
...aksi lepas lunch ni....tq ikhwan hashim...
Kebanyakan krew kami tiba sebelum jam 8.00 pagi sebab majlis mula jam 8.15 pagi. Sebelum bertugas kami semua pi sarapan 
di tingkat atas dectar. Kali ni aku tak terlepas sarapan
 kat atas sebab aku agak tidak sibuk seperti
 tahun tahun yang lalu.....Pada tahun
tahun yang lalu aku sibuk dengan pemasangan 
alatan dan sempat minum dalam studio aje...kali ni boleh dikatakan setiap pagi aku sarapan di tingkat atas tu....

K ali ni krew kami lebih kurang 40 orang dengan pelbagai tugas yang aku da sebut kat atas tu...krew kamera paling ramai yang bertugas 
secara bergilir untuk 6 buah kamera sepanjang
 rakaman majlis konvokesyen tersebut.
 Rasanya jurukamera lebih kurang 20 orang kut...aku pun
da lupa berapa...asyik lupa aje...mungkin sebab aku da tua kut...dan patut pun nak pencen....hahaha...

Sepanjang masa bertugas tu semua krew boleh bekerjasama dengan baik walaupun ada kalanya penuh dengan tekanan...hahaha...
Yang ini aku suka, semua mereka terbaik belaka dan 
sedia bertugas di posisi memasing dengan
 keadaan tanpa merungut pon....semuanya ok aje
 dikalangan krew semua...bertugas, bergurau, minum minum
 kat studio dan sebagainya...Setahun sekali berjumpa tentu rasa ceria aje kan....dan tentu ada benda baru yg nak dikongsi kan....


bincang serius ni...team teks ucapan...anim dan cik matnoor...

...masa ucapan nc tumpuan tetiba naik kepada 200 peratus...hahaha...
semua beri perhatian penuh...
macam tunjuk ombak tsunami aje...ujung sana nana...rajin dia datang walaupun
hari akhir, lepas program fakulti dia selesai...tq nana...Ujung sini anim..
sering aje bantu kami dalam mcp konvo...tak miss tiap2 taun...tq anim...
Hari pertama pada 10 november 2018...aku jadi pengarah studio...biasanya seperti tahun2 sebelum ini...sidang satu atau sidang canselor sekarang ni akan berlaku beberapa kesilapan masa 
rakaman, memang begitu la keadaannya...jadi 
aku sebagai ketua dalam pengendalian
 alatan rakaman sentiasa aje 
sanggup hadapi risiko ini walaupun sebelum ini iaitu 
beberapa tahun yang lalu aku tak duduk sebagai pengarah studio
sidang pertama...Jadi untuk sedia menghadapi kesilapan aku sedia
pegang pengarah studio sidang pertama tu...aku tak kisah
 pun...kalau silap, biarlah ia silap, apa nak kecoh kecoh...kan...kan...kan...hahaha...Sebagai
 manusia kita mesti berani terima teguran...kalau tak berani terima teguran pi lah duk umah aje dan sembunyi dalam peti besi..keluar masa maka aje..haha...ooopst!...tapi kalau da duk dalam peti sape pulak
nak cari makan...apa boleh buat laaa..

Semua krew diminta berada di posisi memasing
sekurang kurangnya 5 minit sebelum majlis bermula pada
 jam 8.15 pagi waktu malaysia.....Bila masa bertugas semua krew bertugas secara profesional...beri komitmen yang tinggi kepada tugas memasing. Mereka telah melaksanakan tugas dengan baik
sangat...memang dari dulu lagi, walau bertukar krew
 tapi masih mereka beri keutamaan kepada tugas...
malah yang yang rajin sesangat hingga jadi sawan kamera...hahahaha...ooopst!

Masa bertugas mereka bertugas dengan
 baik dan beri tumpuan pada tugas. Masa berehat mereka
 berbual dan sentiasa aje gembira dan tak lekang dengan gurau senda....
perangai gila gila pun ramai...tapi mujur la takde yang gila...kami memang tak amik krew yang gila...kalau gila gila tu memang
 tak ape ponnnn...

Serius nyierrr....belakang tu siti suraya dan anim...team teks ucapan...la ni siti
suraya da takde masa nak bantu video, sibuk dia dengan team teks ucapan..tudung putih tu
anim...banyak sangat bantu kami dalam memberi lokasi individu yang perlu di focus dengan kamera...dua dua tu masih available...kalau nak kenal pi jumpa dia orang sendiri..oopst!
saja je candid...macam sesi luahan perasaan aje...hahaha...
muka ada ceria lepas ucapan nc...
bukan senang nak dapat peluang berkumpul macam ni...peluang aku da takde...
belakang sekali JI, kamarul, mimi, hasnah...duduk kiri saniy suraya,
cik matnoor, anim dan aku...
Tugas kami dalam mcp ni yang paling paling...amboiii...
sampai 2 x paling....stress ialah masa ucapan nc...Dalam konti
 memang semua mata lekat kat screen visual depan kami...arahan sentiasa berbaur dengan kekerasan...tangan sentiasa ada
 di butang switcher....semua beri perhatian yang 200%
kepada peranan dan tugas memasing...
Masa ni muka memasing 'serius' aje...stress pun ada....
macam la...hahaha...apa boleh buat la...kesian kan...kan....hahaha...opst! Bila abis aje ucapan NC masing masing kelihatan lega buat sementara...cuma satu kumpulan tu
je yang terus berada dalam stress dan perlu bergegas 
sana sini untuk kejar ucapan seterusnya hinggalah pada sidang yang terakhir...Sidang akhir, barulahkumpulan ini  kelihatan lega yang berkekalan...hahaha..opst! 
...itupun kelegaan yang sementara sebab tahun tahun akan datang kena
buat macam tu jugak....hahaha...ospt! tak baik gelakkan
orang kan...kan.....

sidang 7...sempat aku tinjau dalam dewan...
sidang 7 sidang terakhir...
sempat posing dengan chef...ketua jurukamera 2
jugak orang lama ni....
mengintai peluang...hahaha...
Aku....nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew tak kira sape pon...semua krew tau...mungkin taun ni merupakan tahun terakhir aku involve dalam ajk rakaman
mcp majlis konvo ukm. Tahun 2019 mungkin aku da pencen kut dan tak
lagi nak terlibat dalam majlis konvo ukm...mungkin aku hanya
mampu tonton melalui 'ukm live streaming'
aje kut....mungkin akan dapat
tonton krew jalankan tugas dan perhatikan 
shot shot termasuk yang silap 'take' kut....hahaha......opst!
apa boleh buat laaaa....Aku dah pun mohon untuk 'option' , rasanya cukup la tu dah berkhidmat hampir 35 tahun...ok la tu kan...kan...biarlah yang muda muda untuk melakar sejarah mereka sendiri
 pulak.....tak gitu....

Tenaga pon da tak mampu untuk menghadapi segala tugas yang semakin hari semakin mencabar...atau memang keje tak 
mencabar pon...mungkin umor aku aje yang da banyak...
bukan da tua...tu sebab aku da tak mampu memikul
 tanggung jawab keje lagi dah....hahaha..

Tapi tulah bila kita duduk dalam universiti memang kita rasa kita lambat tua..bila tenaga da berkurang baru kita rasa kita da banyak umur...bukan tua...tapi...banyak umor
 aje...Bukan apa staf baru silih berganti dan masih muda2...
pelajar yang masuk pun silih berganti dan
 muda muda belaka...itu sebab tak sedar umur makin hari
 makin banyak sebab sentiasa melihat generasi yang usia muda lebih ramai daripada yang da banyak usia...tak gitu..
....hahaha...perasan kan...kan....


Tan Sri NC jugak melawat konti...malah melawat semua yang ada dalam studio ukm..
Prof. Dato' Osman Karim pun ada....
Tan Seri Naib Canselor sempat melawat kami yg sedang bertugas...
semua dari UKM Kuala Lumpur, rajin dia orang bantu kami walau jauh..terima kasih banyak
ea...khaeder, dan dua mira....yusrie pun dari KL tapi tiada dalam foto ni...
rakaman...
bila sidang akhir selesai...seronok kan...krew kami dan krew syarikat luar...
 Selepas berakhir Sidang 7 iaitu sidang terakhir konvokesyen ukm ke 46,
krew mcp adakan majlis untuk aku pencen dan sambut ulangtahun kelahiran sorang lagi krew iaitu puan wani. Macam macam la 
dia orang ni...aku memang tak jangka pun
 benda ni dibuat...aku tak kisah pun ada majlis atau
 tak untuk aku pencen nanti...pada aku sama aje..umor aku tetap jugak bertambah, lambat laun aku pencen jugak.....

Apa apa pun dalam tak kisah tu pun, sebak jugak aku bila ada yang wujudkan majlis ini untuk aku...hahaha...tapi taklah sampai aku menitiskan air mata..
hahaha....aku kena jaga jugak status 'maskulin' aku tu..
hahaha....lelaki tetap lelaki kan...haha...
tapi...tu lah sebak dan sedih gak aku nak
tinggalkan mcp dan krew mcp yang dah banyak tahun
aku bersama ada dalamnya...kan...kan....apa boleh buat laaa......


...aku pun geli tengok aku pegang pisang goreng macam tu...aww...kah aku...
huhuhu...taklahhhh.....
terima kasih semua....
2 mira...ada sesapa nak kenal ke...masih available..eh! ye ke available...huhuhu..opst!
terima kasih...
Aku ucapkan jutaan terima kasih sesangat kepada mereka yang
sudi buat majlis tu...terima kasih sesangat...moga anda semua sentiada diberkati dan dirahmati ALLAH SWT sentiasa...dunia hingga ke syurga....
Aku harap jugak semua krew akan terus beri sokongan dan 
kerjasama kepada pengganti aku yang akan meneruskan
 legasi rakaman mcp untuk semua majlis dalam
ukm termasuk rakaman mcp majlis
 konvokesyen ukm sehinggalah rakaman
mcp ini dijumudkan satu hari nanti...itu pun kalau dijumudkan...kan...kan...mana la tau...kan....tolong ea...tolong...beri sokongan kepada pengganti
aku nanti...InsyaALLAH konvo 2019 aku dah

pencen dah kut......
Aku dan beberapa krew uav tunggu hingga lepas maghrib baru kami bergerak balik setelah selesai kemaskan alatan uav dan kemaskan studio ukm serta syarikat sewaan
 alatan telah selesaikan kemaskan peralatan mereka...
...ok.....selamat tinggal konvoukm ke 46...


posing akhir masa konvo...
kami sering berbeza...ekekeke...
konvo da abisss...
akhirnya dectar ditinggal kesepian....
Akhir sekali aku memang sayang kepada semua krew mcp sebab memang banyak jasa anda semua kepada ajk rakaman konvo ukm...sayang sebagai rakan sekerja 
bukan sayang macam sayang isteri tau...dan jugak
bukan sayang seperti golongan lgbt.....ekekeke...
ooopst!...gurau aje tu.....

*Aku nak mintak izin kepada semua krew yang foto2 mereka aku gunakan dalam blog ni...eaaa...

~ SEKIAN ~


daud.montak.zakaria