Monday, April 6, 2009

Pakma oh.. Pakma



Aduhhhhh....letihnya pagi ni, rasa macam nak cuti je, tapi memikirkan tentang tugas tak jadi rasanya nak cuti. Hari ini tiba lewat di pejabat iaitu lebih kurang jam 7.30 pagi. Terus saja den meng 'on' kan mesin penyuntingan. Kemudian den mula membuat 'digitizing' semua 'footage' yang telah di rakam di Lata Jarum, Raub, Pahang tempoh hari. Selesai proses tersebut, terus den membuat penyuntingan 'off line'.


Setelah siap penyuntingan 'off line', terus den talipon Ali Imran supaya dia menghubungi Prof. Dr. Jumaat jika dia ada masa untuk datang ke Pusat Penerbitan untuk preview 'footage' yang telah den edit itu. Tidak lama kemudia mereka pun sampai dan menonton bahan yang telah den edit itu. Program yang den edit itu mempunyai durasi selama kira-kira 4 minit dan den beri tajuk 'Menjejaki Pakma di Lata Jarum, Raub, Pahang'. Kelihatan Prof. Dr. Jumaat bersetuju dengan bahan yang den edit itu. Mereka kemudian berlalu pergi. Video ini akan digunakan semasa majlis penutup seminar di Fraser Hill nanti bagi mendapatkan dana untuk satu ekspedisi saintifik. Den juga akan turut berada di Fraser Hill nanti sepanjang seminar iaitu dari 13 - 15 April 2009. Dengan itu dapatlah den melihat reaksi atau maklum balas penonton apabila mereka menonton video yang den sunting itu.


Seterusnya den menyambung tugas membuat penyuntingan 'online' pulak. Tugas ini selesai lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Kemudian den berhenti berehat. Den mesti berhenti untuk berehat kerana den bukan robot Jepun yang terpaksa kerja 24 jam dengan tiga 'shift' pekerja manusia tu. Den bercadang untuk memasukkan muzik latar belakang pada hari esok kerana petang ini ada tugas lain yng perlu diselesaikan.