Sdr. Shahrul sedang merakamkan DR. FADLI sedang
melihat sampel serangga.
7 ARIL 2011; merupakan hari terakhir Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Kekal UKM di Bangi. Hari ini kami bercadang untuk mengikuti RINTIS E yang dikatakan memiliki ciri-ciri permukaan berbukit, paya dan tanah pamah. Perjalanan dikatakan mengambil masa lebih kurang 2 jam yang bermula berhampiran Hutan Pendidikan Alam UKM dan berakhir di Bangi Lama.
Damai rasanya bila melihat kehijauan dan
keindahan hutan macam ni...
Selepas sarapan pagi kami dibawa dengan kenderaan pacuan 4 roda UKM menuju lokasi dimana penjelajahan hutan bermula. Hari ini jurupandu laluan ini ialah sdr. Sanusi iaitu pelajar 'master' yang amat baik dengan kami.
Sdr. Sanusi disamping pokok GAHARIU yang dah ditebang atau dicuri.
sedang berehat atas batang pokok
GAHARU yg dah dicuri.
Aku, sdr. Shahrul dan sdr. Raai Osman turut serta dalam penjelajahan hutan di sini bersama kumpulan penyelidik serangga yang terdiri drpd pensyarah dan pelajar 'master'. Sebelum ini dua RINTIS yang lain telah kami masuki.
Hutan berhampiran tanah lapang laluan kabel voltan tinggi TNB.
Hutan yang cantik pada mata akulahhh...
Pelajar 'master' yang kami ikuti mempunyai nama timangan mereka iaitu Ida(spiderwoman), Jo dan seorang lagi aku dah lupa namanya, sorry lah... Kesemua mereka ialah pompuan belaka..
Melalui Ida(spiderwoman), secara umumnya barulah aku tau spesis labah-labah yang berlainan juga dapat menentukan pencemaran yang berlaku di sesuatu kawasan. Labah-labah tinggal di mana-mana saja seperti lubang ditanah, pokok mati dan sebagainya. Web atau jaring yang labah-labah tenun di merata-rata tempat yang amat biasa kita lihat adalah merupakan alat untuk memerangkap mangsa untuk makanannya bukan sebagai sarang. Terima kasih banyak2 Ida diatas segala informasi tersebut.
Dalam RINTIS E tersebut kami berjumpa dengan grup DR. FAZLI yang mengkaji serangga. Beliau merupakan penyelidik dan pensyarah yang 'baik sangat'(bukan senang aku nak puji orang macam ni kalau tak baik betul2). Beliau dengan 'humble' menceritakan berkaitan anai-anai secara panjang lebar kepada kami. Merlaluinya aku mendapat maklumat bahawa hanya 1% saja spesis anai-anai yang merupakan serangga perosak daripada lebih 300 spesis anai-anai yang wujud. Dalam sesuatu sarang biasanya terdapat sejumlah trillion anai-anai di dalamnya. Menurut dr. Fazli, anai-anai mempunyai sistem bermasyarakat (foto by raaiosman: sedang merakam sesuatu) yang canggih hingga ada pihak yang mengkaji anai-anai sebagai satu taktik dalam peperangan. Dia juga mengatakan anai-anai kebanyakannya merupakan serangga pengitar semula bahan yang sudah rosak.
Kami bersama bidadari-bidadari 'master' yg comey2 bangat.
Foto by RaaiOsman.
Grup kami juga melalui laluan paya, mendaki bukit dan melalui tanah lapang. Kami berjumpa dengan dua batang pokok GAHARU yang telah ditebang atau dicuri. Resin(tak pasti betul atau tidak nama bahan ni, pi tanya pakar...) pokok ini boleh dijual dengan harga yang tinggi bergantung kepada gred. Harganya disekitar RM 14 ribu hingga RM 40 ribu sekilogram. Pelik aku, mengapa mereka yang menjadi pencuri tu tak membuka ladang pokok GAHARU, rasanya itu lebih mudah daripada menjalankan aktiviti mencuri di sana- sini, hampehhhh....Sebenarnya aku berasa amat puas melalui RINTIS E ini kerana banyak bahan boleh dirakamkan. Kami juga menjumpai sebuah sarang babi hutan serta tempat ia berkubang. Satu perkara yang agak pelik pada aku ialah aku tidak pernah dicumbu oleh walau seekor pun pacat sepanjang xpdc ini. Berlainan semasa di hutan Lata Jarum Raub, Taman Negara Pahang dan hutan Belum di Perak, kaki ku sentiasa jer dicumbui oleh pacat-pacat yang sexy dan menggelikan tu....
Akhirnya kumpulan kami keluar dari hutan di laluan keluar di Kg. Bahagian, Bangi Lama lebih kurang jam 1.30 petang, sebelum kami diambil oleh kenderaan UKM untuk dibawa ke UKM. Acara penutup majlis XPDC Saintifik Hutan Simpan Bangi telah dirakamkan oleh sdr. Shahrul dan Jasril Amry pada jam 6.00 petang hari tersebut.
daudmontakzakaria
No comments:
Post a Comment