Foto yang dirakam oleh sdr. RAAI OSMAN. Lelaki-lelaki macho, gamaknyer....
Bandaraya MELAKA.
Kiri Hotel 5 Bintang, RM800 semalam, sewa bilik.
beca berhampiran Christ Church
berhampiran Christ Church
MASJID TENGKERA bercirikan MELAYU, CINA
dan INDONESIA.
Waktu malam di SUNGAI MELAKA berhampiran jeti feri untuk bersiar-siar waktu malam di sini.
peta MELAKA.......
JANUARI 15 - 18, 2012; kami berada di negeri yang menempatkan tinggalan A FAMOSA iaitu...Melaka. Kami berada di sana selama 4 hari kerana membuat rakaman video BENGKEL FOTO Penerbit UKM serta rakaman wawancara untuk dokumentari MR. MORITZ BUNK. Aku pula bercadang untuk menerbitkan sebuah video berkaitan tempat bersejarah di MELAKA dengan diselang-selikan dengan aktiviti peserta bengkel foto semasa amali di lapangan di sekitar BANDAR DIHILIR tersebut. Dah siap pun skripnya semalam, masa waktu dini hari....
Kami bergerak ke sana selepas ceramah foto selesai pada tengah hari AHAD, Januari 15. Krew Unit Audio bergerak ke sana dengan kenderaan sdr. KAMARUL. Kami tiba di sana lebih dahulu daripada bas UKM yang ditumpangi oleh peserta bengkel berkenaan di sebuah apartment hotel....eh1 lupa lak namanya...
Tiba di MELAKA, taklimat urus setia dan kata aluan oleh Ketua Penerbit UKM dijalankan di sebuah restoren. Berikutnya, setelah selesai taklimat, semua peserta merayau di sekitar bandar tersebut untuk mencari dan merakamkan segala subjek menarik berkaitan MELAKA. Sekitar kawasan tersebut banyak gak hotel-hotel yang dapat ku lihat. Rasanya memang ramailah agaknya pelancong di sini, tu sebab perlukan hotel tuk penginapan mereka. Ramai gak pelancong yang kelihatan samaada dari dalam dan luar negara.
Kompleks Menara Taming Sari nampaknya dalam proses penyelenggaraan yang agak lama. Tak dapatlah kami untuk cuba berada di puncaknya untuk membuat penggambaran dari menara berkenaan, merakam seluruh bandar tersebut. Muzium pun ada yang sedang dalam proses penyelenggaraan. Kalaupun boleh masuk muzium tu, bukan boleh rakam video dan foto pun...kalau nak rakam video hanya bangunan luar jer ler...
Petang tu kami cuma merayau di sekitar termasuk sekitar bangunan tinggalan sejarah seperti Christ Church, Bukit St Paul, Gereja St paul, A Famosa dan seterusnya Jonker Street. Di Gereja St. Paul, kami sempat membuat rakaman wawancara pelancong dari luar negara. Bukan semua yang kita hendak wawancara mahu memberi komitmen, ada gak yang mengelak dengan pelbagai alasan. Kami juga sempat merakamkan kata-kata seorang penghibur jalanan serta merakamkan nyanyian penghibur berkenaan.....
Di Jonker Street banyak gak rakaman dibuat. Sesak kawasan perniagaan berkenaan yang kelihatan seperti pasar malam. Kawasan ni 99% peniaga terdiri daripada kaum Cina. Macam2 barang dijual di sini, namakan apa saja yang terlintas di kepala, ia pasti ada dijual di sini. Terdapat juga sebuah pentas mungkin untuk kegunaan persembahan Cina seperti opera kut. Namun ketika kami buat rakaman, ada persembahan karoake nyanyian Cina di pentas berkenaan, ada gak yang menontonya.
Malam tu kami turun bandar gak buat rakaman di sekitar bandar waktu malam pulak.
Hari berikutnya, JANUARI 16, buat jugak rakaman video sekitar bandar MELAKA. Kami merakam keadaan sekitar dan jugak peserta bengkel foto berkenaan sedang mencari subjek dan sudut rakaman foto. Waktu malam pulak rakaman juga dibuat. Krew video sempat membuat rakaman semasa menyusuri SUNGAI MELAKA dengan feri pada waktu malam. Aku tidak sertai krew sebab kepala sakit sesangat dan tinggal jer di jeti. Sakit kepala sebab mungkin suhu MELAKA panas!.
Hari berikutnya, JANUARI 17, waktu pagi kami masuk KAMPUNG MOTEN. Kampung berkenaan merupakan kampung Melayu yang wujud sejak abad 18. Kampung ini mengekalkan bentuk rumah Melayu tradisional walaupun sekelilingnya tumbuh bangunan yang tinggi-tinggi belaka, kelihatan seperti 'antara dua darjat'.... Kami buat rakaman suasana kampung ini serta rumah yang berbentuk rumah Melayu tradisional. Kami sempat jugak membuat rakaman temubual dengan peserta bengkel berkaitan bengkel foto yang mereka sertai ini...4 orang berjaya kami temubual, yang pada mulanya sukar nak di pelawa.... Kampung ini telah dianggap sebagai warisan sejarah yang terus dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.
Seterusnya kami bergerak pula ke satu lokasi lain iaitu untuk membuat rakaman video MASJID TENGKERA. Masjid Tengkera ini merupakan masjid terawal di BANDAR MELAKA. Ia dibina oleh seorang ulama keturunan India pada abad ke 18. Ulama tersebut pernah tinggal di MEKAH selama 20 tahun. Kelainan yang ada berkaitan masjid ini ialah, ia mempunyai ciri-ciri Melayu, Cina dan Indonesia. Ciri Cina ialah ia mempunyai menara seperti menara PAGODA.
Akhirnya kami membuat rakaman pusara HANG JEBAT di Jalan Hang Jebat iaitu berhampiran Jonker Street. Sukar jugak mencari lokasi pusara ni, jalan pun sempit. Kalau baru datang ke sini tentu sesat. Ia dalam kawasan penempatan etnik Cina. kiri, kanan, depan dan belakang bangunan rumah dan bangunan kedai kaum Cina. Tiba di pusara tu aku terus membuat rakaman video berkenaan. Sukar jugak untuk mencari sudut sebab ada seorang yang macam 'kurang akal' letakkan beg plastik ntah apa isinya di bahagian kepala pusara berkenaan. Dia pun taknak bergerak dari tempat tersebut. Mau tak mau, terpaksalah aku cari sudut supaya dia tidak termasuk dalam 'frame' rakaman aku tu...kesian aku.... Dari catatan yang terdapat di pusara tu tertulis 'dipercayai' ia adalah pusara HANG JEBAT. Tentu ramai yang tahu cerita HANG JEBAT ni kan...dia mempunya pegangan 'raja adil raja disembah....(sila sambung sendiri...).
KREW VIDEO yang terlibat dalam rakaman video di MELAKA ialah sdr. SHAHRUL, KAMARUL, JASRIL AMRY dan aku...... Maka selesailah rakaman di negeri yang menempatkan kota A FAMOSA tuuu...Terima kasih kerana sudi membaca....
daudmontakzakaria.
No comments:
Post a Comment