Tuesday, August 2, 2011

Penerbitan video

1 JULAI 2011;
Semalam, kami bermesyuarat dengan Prof. K berkaitan penerbitan video oleh Penerbit UKM. Krew yang hadir ialah En. Hazrul, aku, sdr. Shahrul Fadli, Kamarul Baharin dan Ramli Adnan. Krew yang lain tidak dapat hadir kerana mempunyai tanggungjawab yang lain serta ada yang bercuti.
Dalam mesyuarat berkenaan Prof. K mencadangkan untuk menerbitkan beberapa buah penerbitan video dengan kerjasama karyawan tamu Penerbit iaitu Mr. Morris Bun. Mr. Morris Bun merupakan seorang yang pakar berkaitan filem. Beliau akan membantu krew video dalam segala aspek penerbitan video. Kehadirannya di Penerbit ialah selama 9 bulan. Dalam jangka masa tersebut beliau akan membantu dalam penerbitan video serta memberi tunjuk ajar dalam penerbitan dan juga akan memberi ceramah berkaitan bidang berkenaan.
Tajuk penerbitan yang sempat dibincangkan dengan Prof. K ialah Taman Negara, Pulau Carey, Santuary Kelah, Belum, Kenyir, Orang Asli dan beberapa tajuk yang lain. Aku berpandangan positif dalam perkara ini iaitu ia sememangnya akan dapat dihasilkan jika bekerjasama diantara krew serta dengan tunjuk ajar dan kepakaran Mr Morris Bun. Harap semuanya akan menjadi kenyataan, INSYAALLAH.
daudmontakzakaria.