Sunday, August 27, 2017

Konvokesyen Universiti2 Rusia...

Hari ini AHAD, 27 oGOS 2017, kami diminta untUk membuat rakaman MCP Majlis
Konvokesyen Universiti Universiti Rusia. Pemasangan kabel kamera
telah kami buat semasa raptai pada hari Jumaat lalu.
Jadi takde la sukar sangat untuk memasang
alat2 yang lain.......

...awal pagi niii....
sedihnyer sebab tak cukup krew....

 Sampai DECTAR dalam jam 7 suku pagi. Masuk studio...log in. Kemudian on kan
sistem. Pasang semua tripod dan kamera. Test semua sistem
kamera. Rasanya semua dah ok.



Pagi ni sdr. SHAHRUL belanja nasik lemak...tq...tq...tq. Aku nak ganti duit
tapi dia tak mahu. Jadi aku doakan dia murah rezeki
diberikan oleh PENCIPTA.  Dia selalu belanja
aku.....Jadi kami sarapan kat
tempat biasa tuuu....



Program tersebut bermula lebih kurang jam 10.00 pagi. Krew yang dapat datang
ialah RAMLI, JASRIL dan HAJI RUHAIZAD. Terima kasih
banyak semua. Tiga orang duduk di kamera selama
lebih satu jam. Krew bantuan
tak dapat hadir kerana
mereka ada komitmen yang lain...



Krew grafik pun tak dapat hadir...ada dua orang krew grafik namun sorang pun
tak dapat turn up....tak pa la....apa boleh buat daaaa............mana2 laaa....
Jadi terpaksalah aku buat grafik masa pos produksi nanti.............
Itulah sukarnya sekarang ni....tak taulah nanti kerja MCP di masa akan datang
...nak diswastakan...? Fuh! kalau universiti perlukan keje MCP
dari luar tentu tinggi bayarannya...sekurangnya 10K...



Krew kamera terpaksa duduk kat kamera lebih kurang sejam setengah...takde ganti..
kesian kan...Apa apa pon keje kena dilaksanakan juga.........
Akan datang mungkin kita boleh fikirkan untuk
ganti sistem rakaman tanpa krew
jurukamera.....mungkin selepas aku dan rakan2 veteran bersara...perlu niii...


...selesai rakaman mcp, studio kembali sunyi untuk tiba program yang berikutnya...
Walau bagaimana pon....kami dapat menyelesaikan rakaman MCP tersebut tanpa
sebarang masalah pun...siap dengan sempurna...tapi....
altenatif perlu difikirkan dimasa akan
datang bagaimana untuk mengatasi kekurangan krew......perlu....
Jadi terima kasih kepada semua krew iaitu RAMLI, SHAHRUL, JASRIL 
dan HAJI RUHAIZAD...

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria