Monday, December 11, 2017

MCP Festival Teater UKM 2017.

Hari ni AHAD, 10 Disember 2017....kami keje lagi...semalam mcp santapan diraja
bersama alumni. Macam biasalah...aku tiba di studio ukm jam 6.00
petang. Kelihatan sdr. shahrul dan jasril da samapai studio. 
Begitu juga dengan sdr ramli.

persiapan teknikal
persiapan teknikal


 Lepas log ini aku sama2
buat pemasangan alatan mcp. Alatan kat konti
sudah di on kan semua oleh sdr. shahrul. Kami pasang
semua kabel kamera dan sebagainya. Tidak lama kemudian sdr. kamarul sampai.
Semua kamera dipasang pada tripod.




Program yang kami akan rakam malam ini ialah FESTIVAL TEATER UKM 2017.
Selesai pasang alatan kami tunggu program bermula. Lebih kurang jam
8.00 lebih program tersebut bermula dan ianya dihadiri
oleh TNC HEPA. 



Program ini bermula dengan
persembahan teater. Tiga buah teater dipersembahkan.
Kemudian pengyampaian hadiah kepada pemenang kategori antaranya
pelakon pembantu wanita terbaik, pelakon pembantu lelaki terbaik, pelakon wanita
terbaik, pelakon lelaki terbaik, pengarah terbaik dan sebagainya.


pengacara...
Malam ini kami bekerja dengan dengan krew yang paling minima iaitu tiga
orang jurukamera yang terpaksa berdiri lebih 2 jam, seorang juru
audio dalam bilik audio serta aku sorang dalam konti..
.....huhuhu....apa boleh buat laaaaaaaa.....
Juara FESTIVAL TEATER UKM 2017 dimenangi oleh KOLEJ PENDETA ZAABA.

TNC HEPA sedang sampaikan hadiah


sorang je malam ni...
Terima kasih kepada semua krew yang
terlibat malam ni iaitu sdr. shahrul, jasril, kamarul dan ramli..........

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria