Sunday, October 27, 2013

seLEsai siDAng 3 & 4...


sidang 3


sidang 4

HARI ini, Ahad, 27 Oktober 2013, kami sambung lagi tugas kami membuat 
rakaman video MCP majlis Konvokesyen Ke-41 UKM di Dectar. Hari ini 
Sidang dua tiga dan empat.......

sedang bertugas...
aisyah, arenim, shahrul & azrul...

Hari ini tiba di dectar agak lewat iaitu lebih kurang jam 6.50 pagi. Hari dah cerah pon...
Masuk dectar terus log in dan mula buat persiapan teknikal. Sdr.
Kamarul dan Shahrul kelihatan da bawa kamera untuk
dipasang dalam dectar.........

syanana...
hanamichi & meor sony...
haji sulimi  
Terus masuk ke dalam bilik kawalan utama dan setting apa yang perlu. Setelah pastikan 
semua kamera o.k barulah buat kerja lain dan seterusnya tunggu
masa untuk rakaman. Sementara krew lain pula
pergi untuk sarapan.

gembira bila selesai tugas...
lorong ini sunyi kembali bila semuanya pulang....
kurang jem masa balik....esok jumpa lagi...
Hari ini rakaman Sidang 3 dan 4 berjalan dengan lancar. Hari ini juga tidak berlaku
sebarang masalah yang berat. Agak lancar dan licin rakaman video
kami. Cuma ada sedikit masalah intercom tapi apa
boleh buat bila dua sistem digabungkan
tentu akan timbul sedikit masalah.
Begitu juga dengan kami, dalam
kerja rakaman dan tayangan majlis konvo ni
ramai yang terlibat sama. masing-masing dengan tugas masing. Masing-masing
juga dengan sikap masing-masing. Kami bekerja dengan bahagian lain dalam kerja
kerja rakaman di studio sepanjang majlis berlangsung. Ramai staf yang terlibat
dan tentu pelbagai sikap dipamerkan. Ada yang ramah, ada yang senyap 
dan mungkin ada yang sombong atau riyak...ada yang
mudah senyum, ada yang masam mencuka, ada yang kedekut dengan senyuman
....dan macam2 lagi....................................Mana yang baik
tu aku memang hormat abis, maklumlah mereka
hormat kita dan kita tentu akan
hormat mereka...
Yang riyak atau sombong tu, aku tak nampak
pon keperluannya. Apa nak disombongkan...entah2 kita akan mati esok, sape
tau. Apa yang nak dimegahkan, bila kita mati tentu perlukan
doa orang lain....Lagi pon apa nak disombongkan,
bila mati kain kafan kita sama jer, putih jer...
bukan kain kafan kau sutera atau bercorak-corak.....
Jadi lebih baiklah buang jauh2 sikap sombong dan riyak tu...takde kemana pon...
akhirnya kita akan masuk ke dalam tanah dan dimakan ulat2....

Di sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew terutama
yang masih sudi membantu kami iaitu...sdr. SHOHAIMI, YUNUS, BUKHARI,
WAFIY, NAZIRUDDIN, MIMI, SYARINA, YAN,
RUKAWA, AZRUL, ISMA, HASNAH, ANIM, SULIMI, WATIE, HIDAYAH
dan tak lupa jugak SITI AISYAH & NUR NAJWA pelajar
LI Politeknik Arau, serta SDR. FIRE @ FAIRUL, kakitangan kerajaan johor 
dan juga sdr. PECAL, bekas pelajar LI tempat kami....
bantuan anda semua besar maknanya...moga TUHAN dapat
membalasnya......mana2 nama yang lupa aku sebot
JUTAAN MAAF juga aku pinta.....

....sekian dan terima kasih kerana membaca...
DAUD.montak.zakaria